Wednesday 19 November 2014

Pukul bini










Terkejut bila tau ada kawan kena pukul. Dengan laki sendiri. 

Macam.. eh, bukan ke ni modal orang nak buat drama je ke? Kan..

Ibu muda, anak baru nak setahun, gaji besau, pegawai tinggi. Lawa, sedap mata memandang.
Suami - Keja bukan calang calang, dari family kaya, gaji lagi besau dari bini dia.
Kenapa sampai nak pukul bini sendiri? Bahlul la sangat.

Bila aku serkap jarang nampak lebam di lengan, "Woi ko kena pukul ke ni" dia cepat cepat tutup. Tapi lepas tu baru dia buka mulut. 

Bagai zaman tengkujuh sekarang,mencurah-curah dia cerita. Rasanya tak tahan dah tu. Nak cerita dengan mak bapak, boleh jadi krisis, nak cerita dengan kawan, takut jatuh air muka suami.

Punca: Suami dia sangat ego. Tak boleh diri dipersoalkan. Secara asasnya memang bini tak boleh menjawab langsung. Kalau dah wanita zaman sekarang, belajo tinggi tinggi, public speaking hari-hari, mana ada yang tak menjawab? 

Punca juga: Suami pandang rendah keluarga isteri. Adik ipar yang tumpang duduk kat rumah pun dia selamba suruh keluar cari tempat lain. Bini mana yang tahan, kalau adik sendiri laki halau?

Mertua juga diremehkan dan dipersoalkan bila si isteri ni bagi duit. Ditanya, bapak awak kaki judi, mak awak boros beli barang asyik berhutang, buat apa awak bagi duit lagi..
Bini mana yang tahan keluarga kena hina macam tu.

Apa lagi, PANGGG! kena lah sebab melawan/ menjawab...

Entahlah, aku sebenarnya tak tahu nak bagi nasihat macam mana. Takut kita pula dijadikan asas kepada sesuatu keputusan itu.

Hakikatnya, aku memang tak suka. 

Dari si anak membesar dalam suasana mak di pukul, dia hilang hormat kepada ibunya, sebab ibu tak hormat diri sendiri.

Dari cuba pertahankan satu ikatan yang tiada kebahagiaan, kebebasan dan hormat menghormati, lebih baik nyanyi lagu Mas Idayu tu. Lebih baik aku angkat kaki.. aku bosan, bosan dengan sikap mu.. hehehe.. Perpisahan adalah jalan terbaik.. Cari laki lain yang boleh lindungi dia, dan anak itu boleh membesar dengan bapa tiri yang baik.. yang boleh mendidik dia dari kecil bahawa senya wanita itu perlu dihormati, dilindung dan dikasihi.

Wanita itu juga perlu tahu hormat diri sendiri.

Balik ni nak peluk Along kuat-kuat. 

Terima kasih Yang sebab tak pernah jentik I. Tak pernah tinggi suara walau pun kena bebel teruk dengan I.

Terima kasih Ya Allah! 

What would you do?

 

Wednesday 29 October 2014

Trend baju mengandung ketat

Aku nak minta maaf awal-awal,apa yang ditulis menyinggung perasaan sesetengah orang, tapi hakikatnya, yang salah tetap salah, walau 100,000 ribu orang yang membuatnya.
Benar tetap benar, walau seorang sahaja yang membuatnya.

Kebanyakan aku tengok sekarang, semakin ramai ibu-ibu muda semakin bergaya.. Berbadan dua bukan alasan untuk kelihatan buruk. No.. Tidak sepatutnya begitu."Pregnancy is something to celebrate, with joy".

Cuma sekarang, sebab jubah dah menjadi trend, tak terlepas la preggy moms memakai jubah...  Tapi apa yang menimbul 'ralat' aku adalah kerana pemilihan jubah lycra/spandex ibarat sarung balut nangka. Satu inci kulit pun tidak kelihatan, ditutup rapi, tapi segalanya kelihatan. Perut tertonjol sehingga menampakkan pusat, punggung, dan nasib baik bahagian dada di tutup dengan tudung, syukur terlindung sedikit...

Kenapa 'ralat'? Umum mengetahui, tempoh mengandung adalah tempoh yang penuh dengan limpah pahala yang Allah limpahkan kepada wanita yang sedang mengandung. Alangkah ruginya sekiranya bukan pahala yang diundang, tapi sebaliknya.

Oleh itu, aku menyeru (berapa kerat sangat lah yang singgah sini sampai nak seru) kepada para suami, bapa, sahabat, tukang jahit, adik-adik, bakal ibu, ibu senior - agar sama-sama kita saling mengingati dan sama-sama mencari keberkataan Allah, dan moga kita sama-sama dapat menghindari dari kemurkaanNya...

Amin..


Tutup tapi yang ditutup itu SANGAT nampak





Thursday 25 September 2014

Passport Holder

Lama dah buat... Ingat nak jual, tapi... macam sayang pula :-) Nak pegi obersea tah bila kan... 

Bila di buka gini rupanya... 


Kulit luarnya...


Boleh isi passport seketul, boarding pass, tiket, duit.. apa-apa lah selagi muat..


Bila tutup, gini lah ghopernya.. buleh muat dalam handbag, tak tercari-cari segala keperluan masa kat depan pegawai imigresyen tu...
 

Kelas kan mak jahh.....

Polyester Fibre / Kapas Sintetik / Maternity Pillow

Hi... bigger font means clearer picture, right.. :-P

For those looking for loose fibre (polyester) with good quality, white, and very hygienic, this is the person you should talk to:

Pakcik Mie 019 6537807
He gave best price for 10kg = RM145. 

And for those who are looking for maternity pillow, Pakcik Mie is also THE MAN, same number :-)





10kg pack

 

Wednesday 6 August 2014

Prosedur Beli Rumah 2nd Hand

Lama tak singgah.. 
Ok, ada maklumat baru Miz nak share..

Baru-baru ni Miz beli rumah 'Flat Hijau' di Putrajaya. Tak melalui agen ataupun orang tengah. Direct dengan owner. Jumpa dalam Mudah.com.my je pun. Alhamdulillah rezeki.. jimat skit duit agen tu :-)
Tapi kalau ada agen - semua agen lah uruskan. Pembeli keluarkan $$$$ sahaja... huhu.

Sebelum beli rumah:
Kena ada CASH in hand. 
Apsal? Biasanya cakap je "I DO" dengan tuan rumah /agen - 3% mesti dah mengalir.
Contoh jika kos rumah RM185k, 3% dari adalah RM5550.
Ni sebagai tanda jadi - jangan sampai rumah kita ndak tu dia jual kat orang lain.

Masa bayar 3%:
Buat surat perjanjian. Mention la lebih kurang kita beli dgn harga sekian yang telah dipersetujui bersama, tarikh serah duit. No ic.. lebih kurang gitu.
Jumpa sendiri owner masa serahkan duit, bawa surat perjanjian. Surat ni adalah sebagai resit bukti serahan duit.
Minta owner sediakan salinan SAP/SnP rumah, salinan IC pemilik dan salinan bil air/api rumah dia dok sekarang..
- saje je.. kot ada apa hal - kita boleh tuju rumah dia. 

Balance deposit lagi 7%
Perlu diselesaikan dalam masa 1 bulan dari tarikh serah 3% tadi. Ini la peranan cash in hand. Kalau takde kena buat personal loan untuk cover balance 7%. cth 7% adalah  RM12,950.

Cari peguam dan cari loan yang sesuai
Sebaiknya peguam jangan share dengan owner. Kalau ada pilihan cari la peguam sendiri. Biasanya owner akan cadangkan untuk guna peguam dia - jimat kos dan senang skit katanya.. 
In my case, nasib baik ada lawyer adik ipar suggest, owner macam-macam hal nak letak harga lain pulak kat SnP, lebih rendah sebab kononnya murah skit harga stamp duty, harga lawyer, harga sebagainya lah...lelain balance dia soh settel asing dari SnP.
Baik jangan. Setuju RM185k, maka RM185k lah dalam SnP.
Lawyer kita (buyer) akan sediakan SnP/SAP bagi pihak kita, so takde la berat sebelah.

Bank - ambik je mana-mana bank yang bagi loan paling maksimum.. hehehe... Miz tak cara sangat BLR ke apa ke, janji dia nilaikan rumah tu tinggi. 
Cth: Harga rumah RM185k, tapi kalau bank X valuekan rumah tu sebagai RM170k sahaja, maka loan yang dapat hanya 90% dari RM170k tu sahajalah.
Kalau bank Y valuekan rumah tu sebagai RM180k, itu lah bank yang Miz akan guna.

Apa-apa balance yang tak cukup dari loan bank - kena topup sendiri... (Again - Bank Rakyat penyelamatku)

Untuk kos peguam, boleh terus tanya peguam, berapa servis charge encik untuk handle beli rumah subsale? Senang cerita. Ada yang taruk 2%.. ada yang taruk 1.7%.. jadi tak malu bertanya selamat skit poket.

Sebenarnya ada beberapa lagi kos-kos lain yang terlibat, contohnya kos valuekan property, kos stamp duty, kos MRTA dan lelain.. 

Boleh rujuk juga di website En Jamal dan download kiraan excel yang beliau sediakan (Subsale Property Cost Estimator). Boleh la agak-agak berapa kena sediakan duit...

Kalau tengok - macam bannyak je kena standby kan... apatah lagi budaya tak menyimpan ni sangat menyakitkan.
Tapi syukur alhamdulillah, rumah yang Miz beli dah selamat disewakan... dan sewa bulanan tu, memang cukup untuk cover loan rumah dan loan bank rakyat. Ada lagi berlebih.

Syukur alhamdulillah yang amat!
 

Tuesday 17 June 2014

Cara Renew Road Tax + Insuran Kereta

Tujuan posting ini adalah untuk peringatan kepada diri sendiri!

Tapi sesapa pun boleh baca, sama-sama kita memanafaatkan pengetahuan ini :-)

Bila Road Tax Mati / Insuran kereta tamat tempoh:

MULA-MULA:
Renew Insuran dulu.
* Miz guna je kemudahan di muka depan Maybank2u. Cari bawah tajuk "Insurance".

KEMUDIAN:
Buat Road Tax
1 - Masuk website myeg https://www.myeg.com.my/
- Kalau belum ada user id, sila lah create.
- Peringatan: 10 aksara sahaja ya untuk user id dan password, kalau lebih dia jadi gila.

2 - Dah dapat log in, just masukkan no kereta dan no ic pemilik. dan alamat tempat untuk delivery.

AKHIR SEKALI :
- Tunggu deliveryboy hantar!

Sangat-sangat mudah dan memudahkan.

Terima kasih kepada inisiatif kerajaan - ini lah dikatakan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan... Khennnnn!!

Friday 16 May 2014

Handmade bag - luggage bag



Tadaaa...... 
My handmade luggage bag.. walaupun macam nak menangis untuk siapkan satu-satu beg ni.. tapi hasilnya pada penamat cerita amat berbaloi.... 
Cantikkan!
Dalamnya macam ni :


Beg ni order dari kawan... :-) yang seblumnya telah mengorder juga beg ni:


Perit dan penat sangat berbaloi apabila hasilnya sangat melapang dan menghiburkan hati!!

Monday 28 April 2014

Lampin Kain Bayi - Cloth Diapers Borong

Sapa yang ada anak:-

1 - Tahu betapa kos ank besarkan anak adalah sangat tinggi sekarang. 
2 - Anak dia minum susu Enfalac/grow lagi tahu betapa tinggiiiii nya kos nak bagi anak makan.
3 - Anak dia pakai cloth diapers - juga terasa perittttnya nak menyumbangkan kepada alam sekitar milik anak-anak kita pada masa depan <3.

Untuk Item 1 dan Item 2 - Miz tak dapek nak nolong, melainkan cadangkan tukar kepada susu Dumex/Lactogen (itu pun dah mahal sekarang) dan belilah stroller jenama Sweet Cherry.

Untuk Item 3 - Miz terjumpa lubuk borong. Tak tahu kesahihan tapi para ibubapa boleh lah mencuba hubungi tuan kedai tu.

Boleh la berpakat dengan para ibu yang lain, nak buat bisnes pun boleh sebab murah terlajak harga dia jika dibandingkan dari di pasaran..


 We share becoz we care :-)


Tuesday 25 February 2014

Perabot terpakai dari hotel

Bila tengok sofa dah tenggelam mula gatal nak ganti baru kan.. malu bila ada tamu datang, orang nak duduk pun serba salah :-(
Lama Miz pakai sofa ni, rasa berbaloi dan puas pakai... Beli masa nak masuk rumah dulu tahun 2006. Wow - dah 8 tahun guna! Masa tu rasa mahal dah.. Set sofa je dah nak RM3k. 3 seater + 2 seater + Coffee table + Chaise lounge + deco lamp.




Tapi.. bila intai-intai sofa, yang berkenan semuanya ribu riban nak terkoyak bajet bulanan... Fuh..
Cari punya cari, saya terjumpa blog "Deko Bajet" . 

KIN PEUN. Chai & Chai Trading.

Dengan semangat yang waja Miz pun apa lagi heret Along pegi survey kedai-kedai tu.

Memula pegi kedai KIN PEUN ni. Memang best sangat, kalau sofa, meja makan, kerusi berlengan (taruk depan TV bestnyaa....) memang banyak pilihan. Tapi kena pilih betul betul, sebab perabot dari hotel, jadi ada yang nampak comot, yang nampak baru dan masih elok. 

Harga? Nak kata murah sangat - takde lah, diaorang pun orang berniaga kan.. tapi sangat mampu milik. Kalau nak murah boleh pegi kedai Cavenzi, sudahnya pakai tak lama dah rosak khannnnn....



Tapi... kos penghantaran dari kedai ke Putrajaya sangat mahai... atas faktor tu lah tak jadi amek.. huhuu... 

Sama juga dengan Chai & Chai Trading. Kat situ lebih banyak barangan pejabat.. Tapi Miz suka dia banyak pilihan almari..hari tu tengok ada jual tiles carpet (carpet ofis) cantik dan bersih bersih juga.. RM9.50 satu tiles 2 kaki.. tapi dok peram-peram, tengok semula habis :-(



But then again - isu kos penghantaran.

Tak dapek dah nak nolong.

Jadinya, sehingga hari ni, masih menggunakan khidmat sofa berjasa itu.. huhuu...

Tuesday 18 February 2014

Review: Tudung Express Murah, Cantik dan Ada Kelas!!

Hampir kebanyakan yang dilihat - penduduk Malaysia yang bertudung menggunakan tudung express (Miz tak guna perkataan berhijab kerana hijab lebih ehemm.. ehem..menepati ciri tuntutan Islam)

What is Tudung Express?
- Yang boleh terus dipakai, tidak perlu banyak adjustment dan tanpa perlu di strika terlebih dahulu.
- Yang sedia muncung 'bumbung' diatas dahi . Lebih mesra dipanggil 'awning'.

Bagi yang mencari tudung express tidak mahal, simple tapi elegant, ni antara lubuk yang saya pernah pegi... kalau ada yang lain boleh la share yaa...

1. Qaira Hijab
2. Sugarscarf
3. Asterisk Boutique
4. Colourful Collections


Tudung kat sini takde la yang berpaku-paku, ada ribbon bagai, cukup simple, tapi ada kelas!

Selamat Membeli yaa!




  


Monday 10 February 2014

Jangan asyik nak sentap

Sejak dua menjak ni, alhamdulillah.. Miz rasa sangat cool dan waras sekali. Dengan anak-anak pun dah tak menyinga mana dan dengan Along pun dah lebihkan pandangan dengan penuh kasih sayang.. hehehe...

Itu lah Allah bukakan jalan 'terserempak' dengan youtube Prof Muhaya dalam ikim.fm...

Pemangil ramai yang mengadu kisah.. kecik hati dengan anak-anak, mertua yang sering membezakan menantu, suami tak layan, adik beradik tak nak bantu jaga mak.. macam macam lah..

Tapi Miz terpaku dengan respon Prof (sebab Miz pun selalu gak terasa hati):

"Buat apa kita nak kecik hati atau sentap ni, orang yang tinggi pemikirannya sering berfikir dia akan mati sekejap lagi. Kalau dah berhadapan dengan sakratul maut tu, sempat tak kita fikirkan - eh tadi aku sentap dengan si polan.. Tak... Bila nyawa sudah berada di kerongkong, yang terlintas adalah amal ibadat atau dosa yang kita lakukan.. Soal sentap tak ada dahh.."

Hehehe - best kan jawapan tu!

Prof kata, kalau kita nak terasa hati - baik kita rasa kesian kat orang tu.. dia mungkin mati sekejap lagi.. kesian orang tu... dia belum mendapat hidayat dari Allah..
Maafkanlah dia..


Bila ditimbang dosa dan pahala, yang kita sentap tu dapat dosa, yang kita maafkan tu dapat pahala.


Nak yang mana...? Haaaaa kannn.....



Kufur nikmat suami

Assalamualaikum..

Wah, sejak 'berkenalan' dgn Prof Muhaya ni, macam-macam 'kecelikan' yang dapat..

Antaranya...

"Wanita yang masuk syurga adalah wanita yang menjaga solatnya, auratnya dan tidak kufur nikmat suami". 

Betullah, semua orang tahu - tiket syurga solat kan.. same as jaga aurat. Tapi Miz selalu tak sedar tentang diri ini sering juga kufur nikmat suami.


Suka ungkit pemberian suami? 
Suka ungkit apa yang suami tidak beri?
Tidak berterima kasih pada suami?
Sering lupa kebaikan suami?
Tidak bersyukur ADA suami? 

 Daripada Sayidatina Aisyah .h.a., telah berwasiat Rasulullah s.a.w.

"Hai Aisyah, adalah kebanyakan wanita apabila diberi; tiada bersyukur dan apabila ditimpa bencana tidak sabar. Apabila dipalingkan muka daripada mereka, mereka akan mengadu-ngadu dan mengkufuri nikmat.

Memperkecil Jasa Suami

Aku bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah yang dikatakan mengkufuri nikmat itu?”

Sabdanya, “Kerana bahawasanya wanita itu di bawah jagaan kaum lelaki, kemudian beroleh anak dua atau tiga orang, lalu berkata, Demi Allah tiada aku lihat padamu (suaminya) walau satu kebajikan.

"Hai Aisyah, apabila berkata seorang wanita kepada suaminya; tiadalah kulihat satu kebajikan pun daripadamu; maka ditolak oleh Allah segala amalannya.

"Apabila seorang wanita menyakiti suaminya dengan lidah, maka Allah akan menjadikan lidahnya pada hari kiamat sepanjang tujuh 70 hasta lalu diikat ke belakang tengkuknya.

"Seorang wanita memandang suaminya dengan pandangan jahat dan memalingkan mukanya daripada suaminya, maka pada hari akhirat Allah menghempas muka dan tubuhnya.

"Apabila seorang wanita itu tidak bertukar tempat tidur atau berpindah tempat tidur dan menyukarkan kerja suami, mengingkari nikmat yang diberi suami atau khianat pada dirinya, ia akan dihitamkan mukanya di akhirat dan kelabu warna matanya. Akan diikat ubun-ubunnya kepada kakinya lalu diletakkan syaitan di atas mukanya di dalam neraka. 
~Kredit to : http://mummyhana.blogspot.com/2012/03/kufur-nikmat-ni-salah-satunya.html"

Astargfirullahhh... sedarlah Miz.. solat tidak tinggal puasa tidak tinggal aurat dijaga sepanjang hayat - masih masuk neraka.. kenapa? Kerana Kufur Nikmat Suami....