Thursday 31 January 2013

Projek 1/2013


Lama tak hapdate, Miz sekarang banyak projek kontraktor Kelas C. Hehehe.. Tapi yang menjadi adalah yang ni lah.. hasil pertama 2013. Maternity pillow. Yez! Best gile guna bantal ni.. asal buatkan untuk Cik Su, tapi sebelum Cik Su ambik - dahkena rogol dulu kat rumah... Hmm..last-last Miz buat la lagi satu untuk diri ku (dan diri-diri mu juga hehee...). 

Er, Miz tak pregnen ke apa ke, tapi sebab bantal ni memang 'bestest'.. boleh je guna.. Siap amend sendiri hujung tu Miz 'cangkuk'kan supaya bila baring menyandar kat situ, part tu akan masuk kat celah belakang pinggang dan support our back.. memang heavennnnnnnnnnn sangat.. 

Ahhh...


Bentuk dari website comercial

Hasil ke dua..

Boleh di pusingkan dan duduk ala-ala perasan duduk atas bean bag. kalau ada baby boleh buat nursing/breastfeeding support pillow.. takde baby kecik - belasah je lah!

Bantal yang menjadi mangsa rogol.. Minta ampun Cik Su!


Tuesday 22 January 2013

Asrama atau rumah ?


Dulu dapat result Penilaian Darjah 5, terkinja-kinja nak pegi sekolah berasrama penuh. Kawan-kawan semua mohon. Miz pun sama  naik seronok bawa balik borang untuk diisi. Penuh harapan. Tup-tup, mama tak kasi pegi sekolah asrama penuh. Down sangat. 

Lepas tu mama pujuk, dia kata “Anak Mama tak ramai, dua orang ni je.. kalau Elle pegi asrama, tinggal la Mama dengan Ayah sorang-sorang. Adik kecik lagi. Tak dapat Mama nak manja dengan anak Mama, esok-esok Elle dah besar tak boleh nak manja-manja dah”. 

Bagai disiram air salju, terus sejuk hati dan-dan tu jugak. Bila kawan-kawan dapat tawaran Miz tak rasa cemburu pun, sebab jawapan pada diri sendiri dah disemat dan dipegang dalam hati. Alhamdulillah, sekolah biasa dan tiggal di rumah pun SRP dan SPM cemerlang juga.

Sekarang Haikal.
Tahun 6, UPSR. Tahun depan dah masuk sekolah menengah. *Gulp* Cepatnya masa berlalu.
Rasa tak nak lepaskan anak tu belajar jauh-jauh. Miz dah rasa bibit-bibit kerinduan yang Mama rasa sewaktu masa dulu.

"Biarlah dia belajar berdikari"
"Di asrama, dia belajar disiplin diri, belajar pun teratur"
"Mana boleh tidur petang, aktiviti penuh sampai masa nak tidur"
"Senang tak bergaduh lagi pasal nak main komputer 24 jam"
 
Ayat-ayat yang diberikan oleh ibubapa yang menghantar anak ke sekolah berasrama penuh (Eceh.. macam la keputusan UPSR Haikal dah confirm 5A.. hihihii).

Walau bimbang emosi mengatasi rasional tapi biarlah anak ini tempoh di sarang lebih lama sebolehnya. Rasanya keputusan dah tetap dengan Along, apa jua keputusan Haikal, dok bawah ketiak ibu aja lah!

Monday 21 January 2013

1M4U



Kisah (sedih?) dari blog HIP HIP HOOREY.
 
Masalah sejagat keluarga yang bekerja di Malaysia.Hantar ke nursery pun boleh tahan gak mahal. Jadi, sebenarnya mengambil pembantu bekerja di rumah lagi jimat. Pembantu tu akan buat ALL in one. Tapi, pembantu naik lemak la sekarang. Hukum ekonomi: DD > SS = tocang naik.

Patut orang-orang kita kena pandai ambil peluang beramal beribadat membantu keluarga yang memerlukan sambil berniaga. dapat untung skit2 cukuplah.. niat asal nak beramal dengan membantu kan.. sediakan perkhidmatan 'home manager' wanita tempatan.. kerja takat uruskan rumah jek. Anak lain cerita..

Masalah utama setiap rumah adalah CMS - Clothes Management System. Percayalah. Bertimbun baju tak berlipat. Basuh baju senang kacang. Sumbat masuk sabun tekan on. 20 minit siap. Nak melipat, nak susun, nak mengosok haduhaiii... merintih jiwa dan raga. Tapi jika ada bantuan dari pihak luar, sangat menjernihkan keadaan. Sekurang-kurangnya ibu-ibu bekerja ni bila balik rumah - baju dah siap basuh, berlipat, bergosok. Rumah dah wangi dan bersih.Kurang stress. Balik masak pun hati senang (lagi senang kalau dah beli lauk siap-siap). Ambik anak dari nursery boleh tumpukan masa bermain-main dengan anak. Spend quality time with them. Not the menjerit time.

1M4U. I am for you. Takde orang nak buat servis ni kaa... Besar pahalanya.

Dompet Comel


Kalau tak der cerita, berminggu-minggu sonyap sunyi je.. kalau tak, sejam boleh update dua cerita lagi. Hmm..

Tah macam mana Miz boleh tersesat ke blog orang Korea nih.. Nanti ada masa nak buat dompet macam ni untuk kupu-kupu syurga kat rumah tu. Kena buat satu sorang, kalau tak berebut. Sekarang, belajar dulu wokeh, kasi fahammm..

Cantik kan..

 Boleh tengok cara yang diajar langkah-demi-langkah (tengok gambar je la - yang ditulis tak tau nak baca) dan selamat mencuba. Sapa dah jadi bagitau, senang nak tempah. :-)


Sunday 20 January 2013

Packing style


Sepatah haram Miz tak faham. Tapi bila menengoknya – walahai, pandainya orang Korea ni mengemas barang dia. Sungguh kemas, teratur dan praktikal. Kalau Air Asia memang menangis tak untung orang packing barang boleh tolak harga udara.. harga udara? Boleh tengok kat sini kay...


Sangat praktikal bila kita nak menggunakan pesawat tambang murah tu.. Tang packing balik kampung, tak payah susah-susah - bantal peluk dan bantal masam hangkut semua sumbat je dalam keta..