Thursday 29 October 2015

Cara berjimat dengan tempat penginapan


Masa mula-mula nak cari tempat penginapan - aku banyak membuat perbandingan untuk penginapan 5 pax - satu bilik... kalau boleh nak mencari semurah mungkin!


Ni carian hasil dari Booking.com. Wah - mencecah RM1k kos hotelnya! Bila di bandingkan banyak-banyak hotel / hostel hasilnya lebih kurang dan agak mendukacitakan juga.

Kesimpulannya: Kos hotel menjadi mahal bila kita dalam kumpulan berlima. Mesti ambil lebih dari 1 pecah bilik (3pax+2pax).
Harga bayar 2 bilik -  lebih value added jika mengambil satu apartment secara total!

 


Berbeza dengan hotel - apartment yang disewa memberi kebebasan untuk kita melakukan aktiviti di dalam rumah. Boleh memasak, boleh makan sama-sama (1 rumah VS 2 bilik sekiranya sewa hotel), ada ruang untuk anak-anak bermain dan aku suka pendedahan yang anak-anak aku perolehi dari apartment di sana - kebersihan, peralatan, tatarias, toilet yang bersih macam ofis (hehe) serta kelainan dari rumah sendiri (loteng, sofabed, tangga sorok dsb).. Sesekali melabur untuk dapat kelainan itu!
 

Trick Airbnb:

Kalau pegi husband-wife atau dengan kawan-kawan, sebaiknya masing-masing mempunyai akaun airbnb sendiri. 

Kenapa?

Sebab setiap kali A invites B, dan B membuat tempahan - A dapat mata dari segi $$. 
Contohnya - Memula aku buat tempahan di Geneva.  Kemudian aku invite Pakcik Mie. Lepas tu aku gunakan akaun Pakcik Mie untuk buat reservation di Paris. Once dah confirm payment, aku dapat EURO20 masa tu bernilai RM80.
Kemudian aku gunakan akaun aku sendiri untuk buat reservation di Amsterdam. Dari EURO100, tinggal Euro 80 sahaja... pengurangan EURO 20 tadi dapat digunakan !
Jimat la skit kan... hehehe....

Lagi ramai dapat invite dan membuat tempahan, lagi banyak diskaun boleh kumpul! 

Tapi sekerinya mengembara secara solo atau berdua - mungkin boleh cuba coach surfing - ianya PERCUMA! Aku belum lagi berkesempatan nak mencuba - tapi bagi sesiapa yang pernah mencubanya - silalah kongsi pengalaman anda!

Tuesday 20 October 2015

Tips Memilih Apartment untuk di sewa (Tips Airbnb)

Ada juga terselit sedikit kekesalan .....
"Patutnya aku......." dan "Kalau lah......"

Hehehee..

Tips memilih apartment

1. Pilihlah yang dekat dengan station tram/tren/bas. Senang nak angkut/simpan beg, tak perlu berjalan jauh untuk ke stesyen dan sekiranya tiba lewat malam, tidak perlu risau keselamatan kerana apartment dekat sahaja. 


2. Pastikan komunikasi dengan tuan rumah dilakukan secara terperinci dan lebih awal untuk alamat /landmark yang tepat bagi lokasi rumah tersebut. Perjelaskan semula landmark yang agak umum.. seperti -  behind the pizzaria / in front of the river / accross the bridge ..
Nanti bila dah sampai baru tahu ada 4 - 5 pizzaria kat situ, yang mana satu??
 Lebih baik minta terus GPS Location apartment tersebut.

3.Utamakan yang ada lif! Lebih lebih lagi jika kita ada beg yang berat dan besar! The elavator is EVERYTHING!!!

4. Apartment yang boleh check in awal. 
Ini faktor yang paling besar sekiranya flight kita sampai awal pagi..  boleh terus simpan beg dan teruskan dengan program yang dirancangkan!


Geneva: Kalau lah dari awal aku comfirm betul-betul alamat dengan Hayley, tak le buang masa dekat 1 jam pusing seret beg macam kera kena belacan cari rumah. Tanya orang semua tunjuk tempat yang lain-lain... memang boleh gaduh laki bini. Stress! Dari jam 5 tiba Geneva, jam 6 lebih baru dapat masuk rumah, dan semua orang dah penat seret beg. Masuk rumah kejar solat dan malas dah nak keluar.. Hampeh..
Rugi dekat-dekat RM74 sebab dah beli tiket konon lepas letak beg nak pusing sekitar Geneva.
Good thing: Apartment ada lif. Fuh lega! Peralatan sangat lengkap, toilet best, bersih dan view sungai sangat spectacular!
Review: Lokasi : 10 | Harga : 8 markah | Overall : 9 markah

Amsterdam: Patut aku cari apartment yang boleh check in awal... sampai awal jam 8 pagi,lepas tu baru nak kol tuan rumah tanya boleh nak simpan beg sahaja dulu.. Huh nya dia bantai charge satu beg EURO9 dan aku ada 3 beg - Dah rugi RM108.
Apartmeny tingkat 2, tiada lif. Mengah!
Good thing: Apartment ni dekat dengan tram point, kedai pizza dan attraction within walking distance. Tata rias urban modern - selesa dan "empuk", toilet best, Peralatan memasak mencukupi.
Review: Lokasi : 10 | Harga : 7 markah | Overall : 8 markah

Rome : Juga kes sama.. Flight kami tiba jam 3 pagi di Rome. Boleh check in jam 1 petang. Jadi alternatif adalah tidur kat airport dulu sampai kol 7.30am dan kemudia baru pegi ke Central Station untuk simpan beg. Nasib baik satu beg EURO6 sahaja... but still - aku rugi RM72... banyak boleh beli souvenier tu...
Good thing: Apartment ni dekat dengan stesyen metro dan dekat dengan Carrefour. Ada lif, kelengkapan sangat lengkap, toilet sangat-sangat best, ada mesin basuh (MAK SUKA!).
Review: Lokasi : 10 | Harga : 7 markah | Overall : 8 markah

Paris : Sampai jam 11.30 dan boleh terus check in.. tapi masalah lain pulak.. Komunikasi! Bilanak kol signal di kawasan tu tak jelas.. terputus-putus... ni lagi geram.. Dah sampai tapi tak jumpa rumahnya.. hehee
Kemudian apartment berada di tingkat 4 dan TAK ADA LIF!! 
homaigoat! Lesson learned! 
Lokasi dengan stesyen metro dalam 7 - 8 minit berjalan kaki. Sebenarnya tak jauh sangat, tapi bila pulang malam dalam keadaan letih - 8 minit jauh jugak tu, khususnya dengan budak-budak!
Kawasan kejiranan adalah "middle-class" dengan majoriti pendatang yang beragama Islam jadi mudah nak dapatkan makanan halal. Cuma.. ada juga perasaan takut bila tengok kiri-kanan orang berkulit hitam.. racist jugakah aku??
Good thing: Peralatan memasak sangat mencukupi (siap ada bawang putih dan bawang merah aku siap habiskan hahaha), ada mesin basuh dan bersih.
Review: Lokasi : 7| Harga : 8 markah | Overall : 7 markah

Lauterbrunnen : Kami tinggal di asrama. Satu bilik berlima. Harga semalam untuk 5 orang sama harga 1 malam apartment di Paris! Setakat 3 hari kami di sana, memang sesuai sangat dengan lokasi dan harganya..
Good Thing: Lokasi ok, kemudahan ok, harga ok.
Review: Lokasi : 10 | Harga : 8 markah | Overall : 8.5 markah

Ibis Amsterdam : Penginapan yang dipilih kerana sampai di Amsterdam waktu malam dan dipilih kerana free shuttle bus dari airport. Rugi lah kalau ambil apartment kan. Kemudahan sangat baik dan berbaloi dengan harga yang murah, bersih dan menepati hajat untuk berehat. Cuma agak jauh dari kota Amsterdam.


Review: Lokasi : 10 | Harga : 10 markah | Overall : 10 markah

  Di masa hadapan aku mungkin pilih:
- Sekiranya pergi berdua - mungkin nak try hotel cap ayam...
- Apartment - MESTI ada lif!
- Lokasi yang BETUL-BETUL SEBELAH stesyen metro/tram/train
- Ada kemudahan untuk check in AWAL  
- Boleh tumpang beg secara FREE


Monday 5 October 2015

Kos Keseluruhan Percutian Di Eropah

Di sini aku kongsikan jumlah perbelanjaan yang terlibat, khususnya dari segi tambang dan tempat tinggal, mudah-mudahan dapat membantu.

Kos ini tak termasuk makan, minum, duit masuk toilet, jajan, upah sakit kaki, upah merajuk, upah key chain dan lain-lain kos yang tidak nampak... 



RM        
CHF
EURO
Tiket Penerbangan (Pergi Balik) MAS
12,730  


Capitain Train (Paris - Geneva, 5, Adult/Children)


205
Schilthorn (Adult, 2)

80

Easyjet Basel – Amsterdam


169.09
Easyjet Amsterdam – Rome


206.45
Easyjet Rome – Paris


349.76




Airbnb Geneva, 1 nights              


152
Mountain Valley Hostel, Lauterbrunnen, 2 nights

280

Airbnb Amsterdam, 1 night


345
Ibis Budget Amsterdam, 2 rooms, 1 night
442


Airbnb Rome, 2 nights


236
City Tax, Rome, 2 Adult


20
Airbnb Paris, 2 nights


304




Swiss Pass (Adult, 2)

420

Reservation Golden Express (5 seats)


50
Geneva Day Ticket (Adult CHF8, Child CHF5.6)


32.8
Amsterdm Region Day ticket 13.5 x 5
Zaans Schaans/Volendam)


67.5
Amsterdam City ticket (48 hrs x5)


60
Fiumicino Leonardo Express (Euro14 x 3)


42
Roma 48 hrs ticket ( Euro 12.5 x 5)           


62.5
Terravision Airport Transfer (Euro6 x 5)


30
Hop on Hop Off Green Line x (3 + 2)


48
Taxi CDG - Gare de Lyon              


46
Taxi Airbnb – CDG


60
Carnet


42
RER to Disneyland


62
Disneyland 2 Parks Off Season Ticket


296

13172
780
2886.1

JUMLAH KESELURUHAN DALAM RM

27836.4


Anggaran kos untuk seorang adalah RM5570, selama 12 hari perjalanan - tidak termasuk kos makanan. Kos sehari untuk seorang adalah RM464.16 manakala kos purata bagi seorang adalah RM5567.28.

Untuk makan, aku memang siapkan bekal dari Malaysia lagi. Air kotak Drinho Ice Lemon Tea 4 paket (6 kotak setiap paket), ketupat mini 4 kampit, beras, pulut, Nasi Briani Brahim, lauk Brahim dan roti Gardenia. Tidak dilupakan, periuk kecil comel bagi memasak nasi dan ketupat mini. Jika hendak berjimat, begini lah caranya. Beg memang berat - sampai patah pemegang beg akhirnya! 

Tapi sepanjang di Switzerland, kami tidak mengeluarkan kos untuk main meal(kecuali semasa mendaki Schilthorn)! Cuma belanja kecil juga la bila pegi Coop - beli stawberry, lemon tea, aiskrim, jajan - itu semua memang tidak dapat disangkal!

Rebus sebelum tidur air penuh. Besok pagi bangun subuh gajah dah elok kering. Nak lagi mudah, potong siap siap dan Masuk plastik zap.
Berkelah di tengah panas terik di Murren (kat Malaysia mau pengsan buat macam ni). Aku ajak picnic bawah pokok Pakcik Mie tentang habis-habisan. Dia kata tak dibuat orang.. hmmfftt...
Dinner di hostel. Tu la periuk yang berjasa sepanjang percutian kami.
Bukak bekal di Disneyland. Aku gamble bawa masuk makanan. Nasib baik tak kena buang.
Makan sambil tunggu turn. Lapar gila. Mat Saleh nengok je - dia pun lapar kot... Aku buat poyo je.
Esok pun makan ketupat juga. [Di kawasan Arca Louvre]
Aku jadi pencatu. Bergilir suap Sofea, Khadija dan Haikal. Pakcik Mie pun aku sumbat sekali.
Lain-lain, aku akan rebus ketupat pada malam hari dan keesokkan harinya -Potong, kupaskan dan Masukkan dalam plastik individu. Taburkan serunding dan sambal ikan bilis. Mana-mana tempat kami pergi, itu lah makan tengahari kami!

Aku rasa, dapat jimat banyak buat macam ni. Cuma sekali rebus periuk kiut aku tu dapat 15 ketul saiz mini sahaja. Purata satu mulut dapat 3 paket. Boleh lah, tampung lapar. Sekiranya ini tidak dilakukan, kos untuk makan adalah lebih tinggi. Biar beg berat, tapi berbaloi baloi!

Tips 1: Jika ramai ahli keluarga, sangat berbaloi 2x masak ketupat. Satu periuk nasi saiz paling kecil mampu menampung 15 paket ketupat saiz mini. Sebenarnya kalau kami cukup makan, tak perlu beli banyak jajan pun! Jajan tu dibeli sebab masih lapar!

Tips 2: Aku rasa berbaloi juga bawa air Drinho tu. Beli di Mydin untuk dapatkan harga paling murah. 
Jalan mana-mana  minum air mineral (refill dalam toilet) dan air manis sebagai energy booster. Kalau 1 Euro dan RM4 you.. Itu sorang .. kalau berlima? 2 minggu?? Huhuhuu..
Downside: Beg akan berat tapi akan menjadi semakin ringan!

TAMBAHAN: SYUKUR ALHAMDULILLAH KAMI PEGI SEBELUM rm JATUH!  

Tuesday 29 September 2015

The End : KUL - CDG - KUL

Tips kat Airport CDG:

1. Sila pastikan kita tiba di airport awal.

Flight MAS kami jam 12 tengahari, tapi jam 7.30 pagi dah naik teksi untuk ke airport. Teksi Pakcik Mie dah booking siap-siap dengan driver yang sama masa kami sampai kat airport Orly.
Sememangnya sesapa yang boleh ber-french memang sangat membantu part-part ni.. Kebanyakan pemandu teksi di Paris kurang fasih berbahasa Inggeris, tidak seperti di Amsterdam dan Swiss. 

Kenapa mesti tiba awal?

A: Ada masa untuk check-in kan beg

- Sampai je airport terus lah buat check in sebelum ramai orang beratur. Perlu selesaikan urusan check in beg baru boleh buat VAT. Kenapa? Kerana untuk buat VAT dia perlukan Passport.

B: Ada masa yang cukup untuk buat tax-refund (VAT)

- Proses VAT ni ikut nasib. Kalau malang nasibnya, panjanglah barisannya. Maka - selesaikan lah urusan check in beg barulah beratur untuk proses VAT ni. Hati tak ler berdebar je takut flight terlepas atau kaunter check in tutup.
- Sila pastikan barang tu ada kat beg berasingan dgn beg yang dah di check in - kengkadang officer kat kaunter nak tengok barang tu ada, bukan resit palsu.
- Perlu beratur untuk dapatkan cop kastam dulu, baru beratur semula di kaunter syarikat untuk serahkan tuntutan kita.
- Tuntutan ke CREDIT CARD jauh lebih mudah, lebih murah dan cepat dari tuntutan tunai. Tidak perlu beratur, masuk dalam peti surat sahaja.
Sila tengok betul-betul kat resit yang dapat VAT tu. Serahan VAT akan ikut syarikat sepertimana di resit kita.


Tapi jangan bimbang, VAT ni sebelah-sebelah tu je. Cuba pusing-pusing skit. Saya hari tu - pegi tanya kat tourist guide China je mana nak masukkan resit tu.

Boleh juga rujuk blog ni dan ini untuk sedikit idea tentang tax refund.
Ikut je penunjuk arah untuk ke tempat tax refund ni

 C: Ada masa yang cukup untuk tengok airport CDG dan DUTY FREE SHOPPING!!
- Entah kenapa, kami jumpa beberapa kedai yang tak berapa happening (habis gak duit beli coklat) dan kedai Long Champ je... ingat ada yang Channel ka, kedai jam ka, apa kaa... Mungkin kat terminal lain (CDG-KUL adalah di Terminal 1). Kalau rajin explore boleh pegi ke terminal lain. itu sebab penting sampai awal dan masa ini lah boleh ronda-ronda...

ok, habis sudah cerita ku, pengalaman kami sekeluarga melancong ke 4 buah negara bermula dri Switzerland, Amsterdam, Rome dan Paris. Kini aku dan Along dalam misi untuk mengumbul dua guni lagi untuk destinasi seterusnya. 

Ku tinggalan cerita ini dengan beberapa gambar sebelum dan selepas..

Sebelum ke Europe - ini adalah saat aku suprisekan anak-anak! 

Ni masa mula-mula bagitau the kids kita nak pegi Europe - tunjukkan diaorang tiket Disneyland! Depa tak percaya! And then Kakak was like "Wah! Kayanya kitaaa!!Yeay-Hi!!" Hehe... precious sangat moment tu!

Dan di bawah adalah gambar-sambar semasa nak berlepas ke Paris dan gambar dalam flight KUL - CDG


Menunggu di KLIA - One step closer! 

 Dapat naik dulu -  jasa bawak budak-budak Sofea dan Khadija! Hehee




 



 


Seat Business Class.. Kami paling last keluar dari kapal terbang, cabin crew pun sporting - suruh ambik gambar kat sini.. Hehe merasalah duduk kat seat besar dan lebar ni...


Sebelum keluar kapal terbang, sempat lagi posing di seksyen Business Class :-)


Dah sampai CDG 
  
Gambar-gambar setibanya di CDG dan semasa menunggu teksi


 

The ladies tunggu The Gentlemen ambil begasi
Ok, settel begasi! Next is to Gare de Lyon
Tunggu giliran teksi ke Gare de Lyon. Sejukknyaaa.... around 9 am...13 darjah celcius
 

Along dok sembang dengan driver teksi....



~ T A M A T ~