Wednesday 6 April 2016

Prosedur Tukar Hakmilik Kereta dan Tukar Nombor Pendafataran Kereta

Alkisah....

Sang Biru telah berkhidmat dari tahun 1994.. banyak jasanya.. tapi Sang Biru kerap sangat menye-tress kan CikPuan dia.. selalu mati-mati tengah jalan... Emosi CikPuan sering terganggu dek kerana kelakuan itu.. tak ayu la tengah2 jalan kena tolak kereta...


Maka, Sang Biru akan diberikan kepada tuan baru dan CikPuan akan mendapat Sang Lebah baru yang berwarna hijau..

Maintain nombor lama

Kes aku pening skit, sebab urusan tukar pemilik kereta bersekali dengan urusan tukar nombor kereta.

Jadi - selesaikan lah dulu cerita TUKAR NOMBOR PLAT kereta, baru lah tukar nama PEMILIK KERETA.

Yang tukar plat tu (nombor registered kereta baru dengan nombor lama Sang Biru) diuruskan oleh agen Sang Lebah..

Prosedur tukar hakmilik kereta, sekiranya telah ada pembeli. 

Mula-mula:

1. [OWNER LAMA] Kena masuk Pejabat JPJ - isi borang untuk tukar nama pemilik kereta dan "thumb print" dalam sistem JPJ.
- Bawa geran asal. 
- Isi borang 
- Perlu tahu nama serta IC owner baru
Urusan ini boleh dibuat terus sebaik sahaja kereta ada pembeli.

2. [OWNER BARU] Buat appointment dengan PUSPAKOM (melalui telefon). Seeloknya telefon lah seminggu lebih awal dari tarikh perancangan kita, sebab kadang-kadang slot PUSPAKOM penuh. 


Bawa kereta untuk pemeriksaan pada tarikh dan slot masa yang telah ditetapkan (Boleh je wakilkan sesapa kalau ada orang boleh suruh). Isi borang dan tunggu lah pemeriksaan di buat. Dah lepas pemeriksaan, kena tunggu lagi untuk report keluar. Total semuanya - RM30 je. Kalau takde masa nak pegi PUSPAKOM, gunalah perkhidmatan pemeriksaan bergerak - tapi kena lah bayar RM130, dan diaorang boleh datang buat pemeriksaan kat rumah kita.

Urusan PUSPAKOM ni kena sediakan:
- Geran kereta
- Standby IC owner
* Sila pastikan report PUSPAKOM adalah atas nama OWNER BARU, sebab urusan seterusnya semuanya atas tuan baru....
* Dalam hal ini, saya buat urusan ni, sebab tak percaya nak simply serahkan geran pada orang lain sedangkan dia belum habis bayar.

3. [OWNER BARU] Buat insurance
- Mana-mana syarikat insurans boleh buat. Sekarang kat Pejabat POS pun dah ada kaunter untuk insurans kenderaan. Dokumen diperlukan:
- Geran kereta
- Report PUSPAKOM
- IC owner baru
- Duit secukupnya (mengikut anggaran value kereta)

4. [OWNER BARU] Masuk JPJ semula - Untuk tukar nama pada geran kereta. Kena sediakan dokumen:
- Geran asal kereta
- Insurans atas nama owner baru
- Report PUSPAKOM
- RM100

Sekiranya Owner Lama dah masukkan "thumb print", almost dah selesai sebab pemilik baru boleh terus pegi JPJ selesaikan urusan penukaran nama kerana JPJ telah ada rekod persetujuan dari pemilik lama.


Tuesday 5 April 2016

Shopping di Ho Chi Minh - Lagi!

Aku pegi lagi ke HCM! Hahaha! Kali ni bawa Pakcik Mie pulak - kebetulan ada tiket AA yang murah - rembat. RM200 pegi balik.. Horeey!

Hotel pun aku pilih yang antara termurah yang ada, RM192 untuk 3 hari 2 malam. Sangat berbaloi. Hotel tu ok lah, selesa untuk tidur dan within waking distance.




 

Kali ni pergi, ada kelainan sedikit. Kami membeli tiket dari agen - kawan kat ofis lama. Alhamdulillah, murah beli dgn dia dan terasa seolah-olah orang jaga kita.. hehehe... siap remind, time utk check in tiket, masa kena ada kat airport.... tips2 kat HCM dsb.. manja la skit...

Dari airport, kami naik bas untuk ke Pusat Bandar. Keluar dari airport, pusing kanan. Ikut rakyat Malaysia otai2 yang keluar dari airport tu.. jalan depan skit (lebih kurang depan Burger King) - ada bas tunggu kat situ. Kalau takde bas, maksudnya bas belum sampai.. so tunggu kejap. Ada 'usherer' yang suruh kita tunggu kat tiang situ... Di sini aku rasa sedikit tertipu dengan bas.. hahahaa!

Bas bernombor 152 - ada 2 kaler:
- warna biru, sedikit buruk tambangnya VND5000 dong (sekitar RM1). Masa aku tiba kat tiang tu takde pun bas biru, mungkin dah terlepas sebab aku terlambat (gi beli prepaid dulu)
- warna merah (yang aku naik) tambangnya VND30,000 (dalam RM5.50)
* jadi, kalau tak kisah - naik je lah mana-mana bas.. sebab RM5.50 masih murah berbanding kalau naik teksi kena VND200,000 (dalam RM35). tapi aku rasa sangat tak puas hati.. hahahaa...!

Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Bas akan berhenti di bulatan kuda di depan Pasar Ben10.


Gambar dari Google -ni bas yang yang tambangnya VND5000

Agenda aku pun berbeza skit kali ni, aku tak shopping sangat, tapi melawat Notre Dame dan Post Office. Penat jugak jalan weh..dalam 20 minit juga..cuma, jalannya santai-santai sambil selfie tak lah terasa penat sangat pun. Kepada yang berhajat nak pegi ke tempat ni, boleh je Waze, atau print siap-siap peta, atau snap gambar post office/Notre Dam simpan dalam HP - nak tanya arah, tunjuk je gambar tu kat orang2 tempatan di sana, diaorang boleh tunjukkan.. Tak susah pun nak cari. 


 
Terasa saiz yang berbeeza bergambar dengan makcik-makcik Viet ni!



Budak-budak tengah buat projek History dan kena bergambar dnegan tourist. Layankan je lah..

Comelnya gambar super impose ni... Suka suka!
Hmm - Suka sangat lah tu!

Agenda kali ni juga aku namakan agenda makan. Sebab aku introduce Pakcik Mie dengan kopi Vietnam, smoothie buah, Pho, dan apa-apa je lah boleh makan di sepanjang jalan Nguyen Anh Ninh tu..




Agenda lain - Well shopping la jugakkan.. hehe!

1. Lotus seed - RM70/kg
2. Tudung printed Neelofa cotton RM35
3. Tudung printed Neelofa tepi jalan (chiffon) - RM5
4. Kopi 3in1 - RM9 (Aku ada tertipu memula kedai aku singgah dia jual RM15!)
5. Kasut anyam Khadija n Sofea RM70/each
6. Beg Kipling munga-munga untuk ku RM35
7. Messanger Beg Campers Pakcik Mie RM65 kat deret kedai Jalan Le Loi
8. Backpack (Size S) jual kat pasar malam RM25 fixed price - tak pening nk tawar dah




    

    
Tudung printed cotton lycra (Neelofar)

Beg Kipling - RM35 beli kat luar pasar - kedai hujung jalan Nguyen Anh Ninh, tak perlu pening nak tawar menawar

Kasut Sofea dan Khadija, RM70 setiap satu. Rasa macam tak cukup tawar pulak.. huhuu.. Tapi MIL datang rumah cuba kasut ni dia memang sedap pakai, sebab tapak jenis getah yang elok. (nak sedapkan hati aku sendiri lah)

Lebih kurang macam ni lah utk Sofea/Khadija tapi corak bunga nya lain 



Beg macam ni ada juga aku tengok, siap boleh sling kat bahu, tapi harga dia letak RM80, Bila fikir balik, banyak dah beg aku... insaflah....


Aku juga tempah sekali lagi blouse dan seluar - sebab masa tempah dalam pasar Ben10 tu aku tak puas hati. Kali ni aku gamble tempah kat kedai belakang jalan Nguyen Ahn Ninh.. Dipilih kerana - pilihan kain-kainnya cantik2 dan PakcikMie berkenaan ada kain utk kemejanya... The Result: Puashati sebab kain cantik, dan hasil selepas siap menepati body aku yang memang kena tailor-made ni. Pakcik Mie pun puas hati dengan kemeja dia. Memang cantik!

Cuma bab harga, kedai ni mahal banyak -   RM120 bagi seluar/blouse/kemeja berbanding RM80 yang aku buat dari kat dalam Pasar Ben10 dulu. 


Eh, banyak jugak  yang aku beli kan!

Best jugak pegi HCM ni... kalau ada rezeki, tiket AA murah lagi, insyallah nak bawak the kids pulak...