Monday 29 April 2013

Antara kerjaya dan keluarga



Mana lebih penting?

Bagi yang bekerja sendiri – mungkin persoalan tersebut tidak timbul -"You are your own bos"!
Yang makan gaji ni
Dalam hati berkata – kita kerja kerana keluarga, nak bagi kesenangan pada keluarga (dan juga pada diri kita sendiri – jangan nafikan hakikat itu)
Di mulut juga sering berbicara – “family comes first”.

Ye ke?

Tanggungjawab terhadap kerja – boleh diabaikan ke?
Amanah yang telah diberi – di tolak juga?
Hasil titik peluh memikul amanah ini lah yang diberikan pada keluarga, yang mengisi perut anak-anak.
Ketepikan amanah, abaikan tanggungjawab = bukan ciri khalifah yang baik, bukan Islam yang dituntut.

Macam mana?

Tuntutan kerjaya sering memerlukan pengorbanan.
Pengarah saya sering berkata – antara kerjaya dan keluarga –  DAHULUKAN kerja!
"Ya – kamu boleh pilih keluarga, TAPI INGAT – kamu akan bebankan orang lain untuk menjalankan tanggungjawab kamu!"
Tersentuh di hati – Dato' ni bukan Islam, tapi dia lebih muslim dari seorang Islam itu sendiri.

Ketua saya juga mengatakan benda yang sama – kalau tak boleh outstation sebab suami tak bagi –jangan kerja. Berhenti. Dok kat rumah boleh buat apa yang awak suka. Kalau nak kerja – buat cara orang yang kena kerja. Kerja ialah melakukan apa yang di arahkan dan apa yang diamanahkan.

Dulu saya adalah seorang yang memberontak bila dipaksa outstation sebab memikirkan anak-anak yang kecil dan tugas di rumah. Tapi, bila diri sendiri menjadi penyelia pada ibu-ibu muda ini, terasa beban “tarik tali” begitu bermasalah.

Tak nak pegi outstation.
Habis tu, tugas di cawangan siapa yang nak jalankan - The show must go on.
Bergilir dengan rakan setugas bila perlu kerja luar, adalah satu-satunya penyelesaian yang baik.
Tapi jika tiap kali memberi jawapan : “Suami saya kerja malam, tak ada orang boleh jaga anak. Nursery tak nak jaga baby malam". Macam mana ni?

Serahkan beban kepada orang lain untuk memikulnya =  saya ada kerja tapi saya tak nak buat kerja saya =  jangan kerja.

Ramai lagi orang yang benar-benar memerlukan kerja dan sanggup melakukan apa sahaja asal dapat kerja yang halal dan berkat.