Friday 25 June 2021

BSA MERABUNG OMBAK DI PULAU PERHENTIAN - TIPS KE PERHENTIAN

 TIPS AND TRICKS

Seperti biasa saya akan sharekan perkara2 do’s and don’t’s’ (yang di luar kebiasaan) yang saya rasa penting untuk dipertimbangkan:

JANGAN BAWA/JANGAN PAKAI:

  • Barang kemas
  • Topi semasa menaiki bot – nanti topi terbang!
  • Dompet semasa aktiviti hiking/snokerling
  • Handbag – kita ke pulau je kawan!
  • Wedges/heel

TETAPI BAWALAH:

  • Beg kalis air – untuk hiking/dibawa di dalam bos untuk meyimpan hf/cermin mata/duit
  • Duit kertas dalam beg kecik supaya sekiranya beg hilang/terjatuh, IC/Kad Bank/Kad kredit masih selamat
  • Walking shoes (boleh digunakan juga untuk hiking) dan Selipar (untuk biasa-biasa)

PENTING:

  • Biskut cream cracker untuk ikan. Roti juga bagus tapi roti cepat habis!
  • Air mineral extra
  • Jajan / buah pengalas perut, lebih-lebih lagi jika ada anak kecik...
  • Cash, cash, cash! Di Pulau barangan agak mahal dan mereka tidak menerima kad kredit, kad debit. Tunai sahaja ya.

Ku akhiri entri Pulau Perhentian ini dengan video yang diambil semasa hiking;


Semoga ketemu lagi Perhentian. 
Rindu dengan Vitamin Sea !!

BSA MERABUNG OMBAK DI PULAU PERHENTIAN - PART 3

 21 OGOS 2020

Hari ini kami ada trip snorkeling ke 3 gugusan pulau sekitar Perhentian. Semuanya secara pakej dengan PIR, termasuklah life jacket dan goggle mask. Selesai bersarapan di cafe, berkumpul di gazeebo PIR dan diberi penerangn cara memakai peralatan untuk snorkeling dan cara-cara ringkas untuk snorkeling. Jam 10 berkumpul di jeti.... dan kami bergerak dalam 3 bot....

Layankan gambar-gambar je la ya...











Lebih kurang macam tu la trip snokerling kami. Memang air yang sangat jernih, laut yang biru dan pantai yang putih melepak!

Tengahari kami pulang, makan dan kemudian balik sarang hemah diri... tidur lagi! Hahaha...

Petang - kami berpakat untuk ke Perhentian Besar untuk hiking!




Mencabar juga la nak hiking ni. Latip kata 15 minit je. Sebab masa tu badan aku pun terlebih lemak-lemak keibuan jadinya agak mengah nak mendaki.. takdenya 15 minit hehehe.....tapi kerana semangat ramai-ramai bersama kawan-kawn, akhirnya tiba juga ke penghujung /kemuncak pendakian ini...

Satu pemandangan yang sangat indah berlatarbelakangkan Laut Cina Selatan. Allahuakhbar! 




Petang tu kami santai-santai main air di hadapan chalet sahaja.... Untuk pengetahuan, PIR terletak di Teluk Pauh.. iaitu salah satu kawasna pantai yang cantik di Perhentian.

INFO TAMBAHAN
1. Tambang bot dari PIR ke Long Beach (tempat hiking) adalah RM10 pegi balik - kadar istimewa. Iaitu untuk trip tidak melebihi dari jam 6 petang. Kalau terlebih, kena bayar lagi RM10! 
2. Kawasan Long Beach ni macam-macam gerai ada... kalau tak nak mendaki, luang lah sedikit masa ke Long Beach untuk menikmati minuman / gorengan petang - Coconut Shake sangat femes.. dan goreng pisang panas memang nikmat!


22 OGOS 2020

Hari ni terakhir kami di Perhentian. Hari perjalanan pulang. Pagi tu sempat lagi mandi kali terakhir dikawasan depan PIR. 

Lebih kurang jam 11 kami menaiki bot untuk ke jeti Kuala Besut. Sampai di sana, ambik gambar last di KB sebagai kenangan di tengah-tengah hiruk pikuk dan cuaca panas dan kemudian kaum bapa pegi ambil kereta dengan pickup.






Hala balik, masing-masing menyinggah di Pantai Penarek untuk last ICT (ikan-udang-sotong celup tepung) dan balas dendam tidak dapat coconut shake di LongBeach semalam... 







Setelah tu masing-masing meneruskan perjalanan... ada yang pulang ke Kota Bharu, ada yang meneruskan pecutian ke Kuala Terengganu. Kami? Singgah ke Kampung Raja sekejap, jumpa mama dan ayah then bertolak balik ke Putrajaya.... Alhamdulillah, sekitar jam 10.30 kebanyakan dari kami tiba di destinasi masing-masing (Putrajaya/Bangi/Kajang). Berakhirlah trip 3H2M kami yang amazing sangat sebab "JADI" dan mendapat kerjasama semua sekali!


Next trip mereka kata - Pulau Redang pula!!!  


BSA MERABUNG OMBAK DI PULAU PERHENTIAN - PART 2

20 OGOS 2020

Selepas selesai acara makan-makan dan ambik-ambik gambar di rumah Baiti, kami pun bertolakkah ke Jeti Kuala Besut. Sampai sekitar jam 9 pagi…. Kaum bapa pergi memakir kereta di luar kawasan Kuala Besut… Dah booking siap-siap tempat parking. Kemudian, ada pickup syarikat yang hantarkan kembali ke pekan KB. Masyallah ramainya umat manusia di KB yang hendak ke Perhentian! Almaklumlah, masing-masing menggelupur tk dpt pegi New York, London dan Paris, maka destinasi percutian dalam negara menjadi tumpuan utama. Ramai di antaranya bergerak dalam kumpulan yang besar. Dalam kepanasan dan kekelautan manusia tu, dalam jam 10.30 tibalah giliran kami menaiki bot PIR. Oleh kerana kami ramai, terpaksa dipecahkan kepada 2 trip. Dan malang sekali, trip yang kedua hanya bergerak jam 11.30 kerana ketiadaan bot! Kesian yang naik bot ke dua tu! Khususnya Dr N dan Farah kerana ada anak kecil!

Tempat menunggu PIR. Orang ramai, Hari dah panas!!
 
Anak Pn Ina tolong jaga beg


Trip pertama, muka ceria belaka

Trip ke dua... kesian... bos pun termasuk trip ni.. huhuu..

Bila dah sampai tu, seronoknya rasa.... memang elok tengahari matahari tegak atas kepala tiba di PIR!
Untung PIR ada jeti sendiri, dari jeti terus sahaja berjalan ke lobi hotel..




Banyak la kejadian-kejadian yang kurang enak berlaku.. di antaranya, walaupun kami tiba dulu, terpaksa tunggu juga kerana tidak boleh terus check in. Lama juga rasanya menunggu, sehingga bot ke 2 tiba baru la PIR release bilik sedikit demi sedikit. Sabor je la... Bila dah dapat bilik, rehat dulu.... acara bebas. Oh, lunch ada disediakan oleh PIR.... alhamdulillah....

Laluan ke chalet kami

Ni bilik twin sharing aku dengan Kak Shida. 


Kami just lepak bilik, dan lepas jamak solat, aku terus pengsan sebab tak tidur dari semalam! Tapi Petang tu, dalam jam 4.30, kami keluar ambil angin tepi pantai....  nak mandi, panas ceng ceng lagi.. lepak-lepak selfie namanya. 

Bos curi ambil gambar kami dari chalet dia!


Effa, Yu, Baiti, Jannah... semua muka mati kutu dalam bilik hehehe....

JANGAN TERKEJUT kalau bekalan letrik tiba-tiba putus. Di pulau memang begitu. Dalam 3 - 4 minit sahaja. Nanti ada semula....  

Malam pertama kami di sana, di meriahi dengan acara barbeque yang telah di sediakan oleh keluarga Baiti. Seperti biasa, tukang bakar ni kami serahkan kepada kaum bapa....



Selain dari Barbeque, kami juga ada pakej makan malam yang telah diambil dengan PIR. Mewah sungguh makanan malam tu. Yang lucunya, tetamu lain turut bertanya sekiranya ada "jual" pakej berbeque ini! Hahaahaaaa... Maaf ya, ini ekslusif untuk kumpulan kami sahaja! 

Ok, sambung next entry untuk hari seterusnya...





Thursday 24 June 2021

BSA MERABUNG OMBAK DI PULAU PERHENTIAN - PART 1

 25 JUN 2021

Lama betul tak update blog ni. Tapi bila hari ni bila scroll semula kandungan blog, wah bagusnya bila menulis, ada catitan perjalanan, ada tips, ada do’s and don’t’s…. kalau di IG tak la bercerita mana. Oleh itu, saya update juga blog ni, untuk menjadi kenang-kenangan di masa hadapan.

JUN - OGOS 2020

Setelah lebih setahun di”kurung” akhirnya pada pertengahan 2020 kerajaan telah melonggarkan peraturan dan membenarkan pergerakan rentas negeri. Sememangnya bos kami, yang dipanggil "En Ahmada" telah lama mencadangkan agar diadakan satu trip bagi warga BSA (itu nama bahagian kami di pejabat) ke Pulau Perhentian. Rancangan telah bermula seawal bulan Jun bagi pemilihan tarikh, chalet, pembayaran deposit untuk aktiviti di sana dan sebagainya.

Sudah tentunya trip kali ini agak berbeza kerana selalunya saya ke Perhentian bersama keluarga. Kali ini, sayapergi secara solo sahaja, kerana ia lebih menjimatkan!

Atas keputusan ramai (dan keputusan bos!) tarikh yang dipilih adalah 20 – 22 Ogos 2020 (3H2M Khamis –Sabtu) iaitu pada hari bekerja. Seronok pergi dengan bos ni rupanya kerana soal cuti “bisa diatur”! 

Akhirnya seramai 23 orang warga BSA (tidak termasuk ahli keluarga) telah memberikan komitmen untuk menyertai percutian ini dan penginapan yang dipilih – Perhentian Island Resort (PIR) memandangkan di situ sahaja yang mempunyai kekosongan mengikut keperluan kami! 

Harga yang kami perolehi setelah membuat rundingan harga:

3D2N PACKAGE (Per Person)

Premiere Beach Front (Single Occupancy)     : RM800.00
Premiere Beach Front (Twin Sharing)             : RM555.00
Premiere Beach Front (Twin Sharing)             : RM510.00

Superior Classic (Single Occupancy)              : RM600.00
Superior Classic (Twin Sharing)                      : RM460.00
Superior Classic (Twin Sharing)                      : RM440.00

Extra Child: RM234.00


19 OGOS 2020

Perjalanan dimulakan secara berasingan, tapi mana-mana keluarga/kereta yang nak berkonvoi masing-masing berjanjianlah. Untuk kumpulan kami - solo “mak-mak dara” group RedBeemer menaiki kereta Kak Shidah dan semua berkumpul di pejabat pada jam 3.. kemudian jadi jam 4.. dan kemudian selepas Asar dn akhirnya pada 6 petang kami bergerak dari Putrajaya. Mak dara ber4 ni punya barang, sampai penuh boot kereta dan seat depan belakang!! Tinggal ruangan untuk duduk sahaja!

 

Lebih kurang jam 1.30 pagi, kumpulan Redbeemer sampai ke Besut, iaitu terus ke rumah ku! Alhamdulillah…..

Dan kemudian, sehinggalah jam 4 pagi… masing-masing yang “tiada punca” saya arahkan terus ke Kampung Raja dan berehat dahulu di rumah sementara menunggu pagi. Mama dan Ayah pun menjamu tetamu dengan seadanya apa yang ada à iaitu duriannn!!! Jam 3 pagi masing-masing makan durian hokeh!!!


Pian, Bert, Husband Vic, Latif dan Rizal sempat membaham durian setelah sampai ke rumah

Vic menyembang, anak dia dah ngantuk benar dah tu. Sebelah tu wife Rizal
 
Cik Nora dgn Pn Ina sempat teman mama dan ayah sahur pagi tu <3

Pengalaman sungguh berharga menjadi “pilot” semasa menghala kan kawan2 ke rumah.. berbekalkan waze, dan dengan melambai2 di tengah jalan menggunakan handphone yang menyala, selamat lah kira-kira 9 kereta sampai ke kediaman Hj Atan dan Hjh Kalsom! Mama cepat je suruh keluarkan segala tilam dan bantal utk semua.. haha.. sapa2 yang sempat tidur tu, lelap lah sekejap… ku - memang kompem tak tidur sampai sudah!

Paginya, lepas masing-masing selesai solat subuh dan mandi bersihkan diri, masing-masing akan ke rumah Baiti kerana agenda seterusnya adalah acara makan-makan di rumah Baiti pula di Jalan Bukit Puteri (Bukit Putri Jertih)


Group photos in the making
Bergambar kenangan di hadapan rumah si Elly...


Then masing-masing bergerak ke rumah Baiti pula... sesetengah telah pun menunggu di sana...
Dr N, Dr Lin, Azran, Pn Roy, En Ahmada, Effa, Maziah...

Untung la ada orang tu dapat bergambar dengan Dato Seri Hj Idris bin Jusoh. FYI, Dato' Seri jiran sebelah rumah Baiti je.



Sambung.....