Friday 30 September 2016

Cuti-cuti Pulau Perhentian, Terengganu

12 SEPTEMBER 2016

Raya haji yang lepas kami mengambil kesempatan pulang ke kampung dengan bercuti ke Pulau Perhentian sekali harung.
Kali terakhir kami ke sana adalah pada tahun 2001 masa Haikal usia 5 bulan. Sekarang dia dah besar panjang anak muda berusia 15 tahun! How time flies... Dan pegi masa tu tidaklah adventurous mana.. sekadar bermain di gigi air :-)

Trip kali ini adalah kami ber-5, dah seharusnya aku mencari yang sebajet rasa untuk kesejahteraan keluarga. Hahaha....

Budak-budak memang sangat 'looking forward' trip balik kampung kali ini sebab nak pegi Pulau Perhentian. Apatah lagi bila dimaklumkan ada agenda untuk snorkeling!

Buat research skit - Akhirnya jumpa lah tawaran yang aku rasa paling best.. RM150/pax untuk tempoh 2 hari 1 malam. Terus kol, untuk confirmkan kekosongan. Lega bila ada, walaupun untuk 2 hari sahaja. Ok lah.

Kami menggunakan pakej yang ditawarkan oleh Syarikat Sea Life.
Pakej RM150/seorang termasuklah:
1. Hotel - asrama yang muat 6 orang (bilik air di dalam)
2. Bot laju pegi-balik Kuala Besut - Perhentian Besar
3. Pakej snorkeling (termasuk peralatan) ke 5 check point.

   Boat Transfer
    Snorkeling Trip 
    1) Turtle Beach (water-confident session)
    2) Turtle Bay (watching turtle)
    3) Shark Point (watching shark)
    4) Rest & Lunch *if any
    5) The Lighthouse Coral Reef (watch fish & coral)
    6) Romantic Beach (watch clown fish & coral)


Bila aku survey sebenarnya ini adalah standard snorkeling point bagi pakej yang di tawarkan oleh kebanyakan syarikat.

12 September 2016
Perjalanan di mulakan dengan mendaftar diri dan mengisi maklumat peribadi dan nombor kecemasan untuk dihubungi di pejabat SeaLife di Kuala Besut. Baki pembayaran di buat terus. Perlu juga bayar caj Taman Laut sebanyak RM5 seorang dan kami mohon agen sealife yang uruskan.
Bot bertolak sekitar jam 9.30. Perjalanan mengabil masa setengah jam sahaja. 15 tahun lepas perjalanan adalah hampir sejam kerana menggunakan bot nelayan sahaja :-)


Muka-muka tak sabar dan excited.. tak sabar untuk ke destinasi :-)
Bot membawa sangkar kosong singgah di jeti untuk mengambil awak-awak
Jeti Perhentian Besar - terserlan kejernihan dan kebiruan airnya

Review Bilik Sea Life Inn: 
Tingkat 3 (tangga);
Ada aircond, Bersih, Kemas dan selesa - Tuala disediakan. 
Sabun + Syampoo bawa sendiri. 
Ada nyamuk sedikit, tapi lepas tu kami beli spray dari kedai tingkat bawah.

Review Perhentian Besar:
Senang nak makan, ada kedai runcit, ada sekolah, warung dan ada restoren Melayu (Restoren MJ). Di sini juga ada masjid. Jika ingin berjemaah Maghrib, Isya dan Subuh, amat sesuai sekali beristirehat sambil beribadah.

Ada gerai makan di tepi pantai (kami tak cuba sebab dah malas); gerai jual burger (hala ke masjid) dan gerai roti canai, kami try untuk sarapan hari ke dua - sedap tapi servis slow sebab orang ramai (bangunan depan deret SeaLife/kedai runcit). Harga ok.
  
Sea Life Inn dekat area "Tanjong Batu Lochek"

Review Snorkeling:
Sebaiknya kena ada asas dan keyakinan untuk berada di dalam air. Kami ber4 tiada masalah, sebab semuanya biasa turun kolam (walau tidak tahu berenang!). Tapi ia adalah pengalaman mengerikan untuk Pakcik Mie. Hahaa, kesian pula bila dia kelihatan sangat panik bila berada di dalam air walaupun hakikatnya mustahil untuk tenggelam bila memakai jaket keselamatan!

Oleh kami 'terpaksa' join trip dengan pengunjung lain, kumpulan yang besar (20 orang) menyebabkan kurang tumpuan secara peribadi dari pengiring. Tiada sesiapa yang memberikan penerangan bagaimana hendak memakai jaket keselamatan dengan betul dan bagaimana untuk memakai alat topeng snokerling. Semuanya kami terpaksa pandai-pandai sendiri.

 

Review Kawasan snorkeling:
Kawasan yang dibawa untuk snorkeling adalah kawasan 'standard' bagi hampir keseluruhan pengusaha di sana. Oleh itu ada sesetengah kawasan ter'over crowded' jika bertembung masa dengan kumpulan lain.
Batu karang di Pulau Perhentian adalah jauh lebih cantik dari apa yang aku tengok di Lombok, dan ada review mengatakan ianya juga lebih cantik dari Krabi. Walaubagaimanapun, kedatangan aku kali ini menyaksikan kemerosotan dari segi kualiti kehidupan batu karang berbanding aku snokerling di sini kira-kira 20 tahun lepas bersama kawan-kawan lepas SPM.
Tapi - masih cantik dan air nya masih jernih.
Air laut juga sangat tenang dan tidak berombak. Sangat stabil waktu snorkeling.


Ringkasan Kawasan Snokerling

1) Turtle Beach (water-confident session)
Point pertama kami katanya "water confident' tapi tidak lah sebegitu sebenarnya. Agak jauh dari pantai dan airnya agak dalam disini. Tapi coral cantik. :-)


Haikal awal-awal dah lompat keluar ikut Ayu (geng satu bot), tak sempat aku nak memesan apa-apa! Terpaksa lah jerit kat Ayu untuk tengokkan si Haikal tu. Nampak tak air sangat jernih dan biru tu!
Aku, Sofea dan Khadija - juga bersama Ayu.. Gambar ni Pakcik Mie yang ambik dari atas bot sebab dia tak berani dok lama dalam air. Khadija - hampir tak nampak muka sebab jaket ternaik ke muka!

2) Turtle Bay (watching turtle)
Keadaan air di sini juga sangat cantik. Kami juga berpeluang untuk melihat sendiri 2 ekor penyu. Seekornya sangat besar!!

3) Shark Point (watching shark)
Kawasan ini banyak terumbu karang jenis ranting, tapi sayang kebanyakkannya adalah terumbu yang sudah mati. Kelihatan hitam dan kurang pantulan warna sebagaimana aku pernah lihat dahulu :-(

Extra stop: Air Berani
- sebelum lunch break, bot membawa kami ke sini. Bukan untuk menikmati batu karang, tetapi untuk 'membilas badan' (??) Di sini ada punca air bersih (air dari bukit) dan ianya mengalir terus ke laut. Tetapi sekarang isnya telah di kepung dan sekadar bertakung di kawasan yang telah disediakan.
Pengunjung sekadar mengambil gayung dan membilas lah badan bagi menikmati air tawar tersebut. Aku minum air tersebut. Ok je.. tak de rasa payau.. rasa segar.... 
Kawasan pantai di sini juga tidak terjaga dan kelihatan agak kotor bagi ku. Tidak seharusnya pantai di pulau kelihatan sebegitu..




Air tawar yang mengalir ke laut
Hentian untuk membilas badan
Kepungan air tawar.
Sorry gambar tak ready - tapi tengoklah gambar di belakang Pakcik Mie. Nampak pasir pantai kotor, bukan kotor dengan sampah sarap - tapi nampak kotor lah....


4) Rest & Lunch *if any
Bot membawa kami pulang ke Perhentian Besar sekitar jam 2 untuk makan dan solat. Jika ada ambil pakej makan, boleh terus ke MK Cafe untuk menikmati hidangan secara buffet. Kami memilih unutk makan di MJ juga sebab perasan mula-mula tu makanan untuk kami. Hahaha.... Rupanya kami kenalah bayar sebab tak ambik pakej. Ok - order makanan goreng. Aduhai sedapnyaaaaaaa!!! Tak sangaka makanan pulau sesedap itu!! 
Kos untuk makan tengahari adalah RM50.

Selepas makan, Pakcik Mie dah surrender snorkeling sebab dia mabuk dan pening dari pengalaman ngeri pagi tadi. Ok lah... kesiannn... tak dapat enjoy.
Haikal pun nak ikut juga Abah dia balik sebab penat katanya.

Jadinya trip petang hanyalah geng gegurls.


5) The Lighthouse Coral Reef & 6) Romantic Beach (watch clown fish & coral)

Sapa tak ikut trip petang memang rugi. Sememangnya terumbu karang di sini lebih cantik dari point-point pagi tadi. Walau tidak dinafikan ada juga terumbu karang yang mati, namun ianya masih lebih indah. Subhanallah...
Ikan memang banyak, pelbagai warna. Ikan kecik kecik pua seakan-akan telah menunggu pengunjung. Bagi sahaja roti, memang mengemut ikan kecik-kecik ni berkumpul.

Petang tak ada gambar sebab juru kameranya tiada!


Aktiviti Malam
Di Perhentian Besar ni tak ada sangat aktiviti malamnya. dah habis makan, seakan-akan dah mati akal. Nak tidur - awal lagi, belum jam 10. Sebab tu kalau betul2 nak beribadah sambil melancong, boleh buat pengisian dengan Isya berjemaah di masjid. Jarak masjid dalam 200m sahaja dari tempat penginapan.

Hari Ke Dua - RM50/seorang

Oleh kerana pada hari pertama aku kesiankan Pakcik Mie yang phobia turun dalam air dalam dan Haikal yang tak puas main air, kami mengambil pakej tambahan untuk melawat dan snorleking ke pulau-pulau berhampiran.
Kos seorang adalah RM50 (Total RM250) untuk bot, pengiring (pemandu bot tu lah juga) dan alat snorkeling.

Alhamdulillah, hari kedua ini adalah lebih bermakna sebab akhirnya Pakcik Mie mendapat ruang sendiri untuk membuat water confidence dan akhirnya berjaya snorkeling di tempat yang dalam. 
Mungkin keindahan dasar laut dan batu karang yang berwarna warni menjadi pemangkin untuk menjadi yakin!
 
Rupa dan gaya dah ada


Ramai yang bagi tips dan sokongan pada Abah!

Chaiokk!!

Ikan sedia menanti roti roti dengan setianya

Dari atas bot pun dah nampak banyangan keindahan di dasar

Happy <3

Penat - rehat sekejap

Ready to be in action!!

Tak sanggup balik dan tinggalkan keindahan ini!!