Wednesday 4 December 2013

Kedai Cadar Quilt Murah

Rams Home Deco Pulau Langkawi. RM120.00.

Poyo je kan.. hihii....
Penemuan Miz sebagai seorang mak-mak. 




Mak-mak/makcik: it is used for calling name of "married woman," which is generally only used to refer to women who are middle-aged or older, and working-class.


Sesiapa yang malas nak baca, boleh terus exit sebab nama kedai dan harga telah siap diberikan awal-awal. Takde nak main suspen.

Selain dari barang kebiasaan yang mak-mak beli seperti pinggan mangkuk Corelle, Vision, periuk kuali teflon, tefal, sudu garpu senduk bagai serta minyak gamat, ada satu lagi barang yang Miz rasa rugi kalau tak beli jika ke Pulau Langkawi - Set Cadar Quilt.

Miz pernah beli set selimut quilt macam ni kat Alamanda Putrajaya dalam 3 tahun lepas, tak silap masa tu harganya RM200++ tak ingat sangat dah.

Kalau lah next time Miz pegi Pulau Langkawi, Miz nak beli ni je instead of pinggan mangkuk atau periuk belanga. Lagi best kalau dapat jual dengan harga RM200 lebih pada kawan kawan.. ye lah upah angkut bawak balik kan.. hehehe.. cover la duit tambang. Wah khoya (berangan) nya!! Suka sangat sebab tak mahal, dan cantik!

Set cadar Quilt

RAMS Home Deco (Pekan Rabu)
RM129.00
Selimut/Comforter 1
Bantal 2
Bantal peluk 1


Pandai, tapi tak bijak

Lama tak update. Betul ke bizi?

Isu ni timbul bila bersembang dengan kawan-kawan kat ofis. Di bawa pula ke rumah dan bersembang dengan husband.

Sangat amazing bila seorang kerani berpangkat rendah, berkeluarga serdahana (bini bukan orang kaya-raya lah) dan berpendidikan setakat SPM Gred 2 - boleh memberikan idea hebat dalam perbincangan serta mampu menyelesaikan tugas-tugas yang diarahkan dengan baik dan sempurna serta di luar jangkaan. Di luar tugas rasmi, beliau ada buat part time jual Shaklee untuk menambah pendapatan keluarga. Masyuk la skit-skit.

In contrast - seorang pegawai lulusan universiti, mempunyai keluarga yang sama taraf bijak pandainya serta menyambung pengajian ke peringkat sarjana lagi. Tapi bila buka mulut dalam mesyuarat, buat malu kompeni je. Belum masuk bab buat kerja secara kendiri. Keluhan demi keluhan tentang kerja yang tidak kehabisan dan semakin bertambah. Dey, kena la pandai susun dan atur masa serta strategi untuk handle fail yang bertimbun tu...Dah nya datang on time dan balik on time dan selang seli dengan facebook, myresepi dan sibuk wassap tu amenda.


Haduhai... ni la yang dinamakan PANDAI tapi tak bijak... Kalau dah tahu duit tak cukup, jgn mengeluh. DO SOMETHING. Miz cukup pantang orang mengeluh tapi buat sesuatu tentang perkara tu. 

Adakah mungkin sebab dok kat sekolah berasrama penuh? Jadual harian dah siap teratur - jadual waktu belajar, bermain, solat, makan - semua dah ditetapkan. Tak perlu fikir pun. No room for creativity. Lepas form 5 - universiti pun gamaknya dekat dengan rumah, so duduk je kat rumah. Kerja pun dapat area yang sama. Hmmmm. Lagi la. Ataupun terlalu dimanjakan keluarga, semua mak bapak dah fikirkan dan sediakan dan buatkan - si anak tak perlu berbuat apa apa dah.

Jangan marah Miz... itu observation peribadi, ni kan blog Miz, kalau tak setuju boleh tulis "Kelebihan tinggal di sekolah berasrama penuh" kat blog sendiri ya.

Bijak ni Miz terjemahkan kepada kebolehan untuk membuat keputusan yang tepat dan cepat. Boleh mencari penyelesaian, sama conventional atau unconventional (terjemahan dari pemahaman sendiri). Mampu survive dalam keadaan mendesak. Street smart. Bijak cari peluang, bijak memanafaatkan keadaan.

street smart (http://www.urbandictionary.com/define.php?term=street%20smart)
The general definition of street smart is someone who is intelligent, has good common sense, knows how to handle bad situations, and has the skills necessary to function where they live (usually the ghetto or the streets). However, the term is usually used to contrast and compare with another term known as "book smart".


Kalau barisan untuk membeli tiket terlalu panjang apa nak buat? tetap beratur atau ada alternatif lain?

Apa nak buat kalau masa suntuk dan perlu makan sebab dah lapar sangat angin dah masuk perut tapi barang keperluan perlu dibeli dan kedai nak tutup?

Cuti sekolah banyak masa terluang. Nak buat apa? Nak cari duit? Nak jual apa?
Nak beli hp - macam mana jalan nak dapat?

Itu lah yang orang dahulu kala namakan bijak pandai. Disekalikan dua perkataan tersebut agar seimbang kesannya dan faedahnya.

Jangan pandai sahaja tanpa bijak - susah nak hidup
Jangan bijak sahaja tidak disertai dengan pandai - hidup tapi tak menang. 

Kena BIJAK, PANDAI dan BERIMAN !!




~ gambar hiasan je ~