Tuesday 29 November 2016

Tesco Bread Maker BM10

Model: Tesco BM10
Aku baca review dan macam ok je review jenama Tesco ni, so aku beli je lah.
Niat di hati - kalau lepas ni BM tu berabuk pun, aku tak rasa ralat sangat sebab bukan beratuss-ratusan harganya.. hehehe..

Harga: RM199
Beli melalui Lazada, dan bila di tambah caj penghantaran, total adalah RM207 tak silap.. lupa.. tapi tak beza mana pun.. sampai ke rumah dalam masa 3 hari. Alhamdulillah, barang semua ok dan tiada cacat cela.

Aku tunggu weekend baru la cuba BM ni.

Resepi pertama - Cheese twisted bread. Cari dalam internet je. Setting kepada DOH dan lepas habis BM menguli, aku bakar lah.. just ikut arahan kat resepi tu.

Kesimpulan: Doh tu lembut, tapi bila dah keluarkan dan perap selama 20 minit, sepatutnya doh itu akan mengembang lagi 2x ganda dari saiz asal.. tapi tak menjadi lak part tu... Tapi bila aku masuk dalam oven untuk di bakar - alhamdulillah doh tu naik sekali ganda dan hasilnya - yummyyy!



Resepi kedua - Banana Loaf Bread
Resepi ni dari buku panduan yang disertakan dalam kotak.

Kesimpulan: Loaf tu memang naik cantik bau pun semerbak harum satu rumah tapi oleh kerana tangan aku gatal tukar setting 'crust' kepada 'dark' (dalam resepi asal 'crust' hanya 'light' sahaja) maka aku rasa roti tu keraknya jadi tebal skit dan sedikit kering... TAPI - dah boleh kalahkan roti benggali tu! :-)



Jadi, oleh kerana kedua-dua resepi yang aku cuba menjadi - aku simplkan di sini bread maker tu akan memberikan kejayaan besar sekiranya aku mencuba resepi-resepi lain nanti!

Tapi kena rajin la ya..!

 

Tuesday 15 November 2016

Perbelanjaan Keseluruhan Ho Chi Minh - November 2016

FAKTA:


Tahukan anda Vietnam merupakan pengeluar kopi ke-2 terbesar di dunia selepas Brazil? Aku pun baru tahu hahaha.. so untuk trip kali ni memang aku nak alami sendiri Cafe Culture di sana. 
Tambahan: Aku juga google - "Roasting the coffee" kot la guna minyak yang tak halal kan - tapi so far yang aku research, yang aku jumpa di HCM semua nya di roast dengan butter atau minyak ikan. Jadi perkara ini subjective mengikut individu. :-)

Di sini aku kongsikan perbelanjaan wajib dan perbelanjaan tak wajib tapi tetap terjebak. Untuk sesiapa buat anggaran dan panduan, tempoh untuk menyimpan dan sebagainya.

Moga bermanafaat untuk semua.




Jadi, jumlah keseluruhan aku berbelanja untuk 3 hari 2 malam, 5 orang di Ho Chi Minh adalah RM3306.21.

Secara purata - Perbelanjaan Wajib di campur  perbelanjaan Cari Pasal adalah RM662 seorang.

Mahal ke murah?  
Kesimpulannya: Amat Subjektif - Dengan RM662 - nak cari tiket pegi balik, hotel, makan sedap, minum cafe, beli kain, beli kasut, seluar trek, tshirt, naik teksi, beli macaroon dsb.. mustahil. Jadinya - tak boleh kira purata.. heheh kena kira total lah tu!!

:-) 

**21/11/2016 Pembetulan
Baru terperasan perbelanjaan di Takashimaya sebenarnya adalah VND182,000 bukan VND182!
Jadi total perbelanjaan adalah ~RM1509.00

Ho Chi Minh - Off the beaten path - Part 3

Sambungan dari Part 2 ~ 

Teksi turunkan kami di Pasar Ben Thanh. 

Kami terus masuk pasar - demi memenuhi permintaan anak-anak untuk membeli ole-ole buat kawan-kawan mereka. Nak membeli di sini memang kena betul-betul ada kemahiran tawar menawar. Aku kena tipu hidup-hidup masa masa beli coin-pouch sulam organza untuk Haikal. Harga buka RM10 sehelai. Aku tawar habis-habisan dapatlah RM4 sehelai. Ingat bagus dah ni. Beli 10 helai.
Gambar dari Google. Yang aku beli kat HCM ada sulam skit...

Nasib aku tak terbeli key chain di kedai ini. Masa aku dok tawar dengn minah tu Pakcik Mie dah siap nak ambik dah - satu papan 10 ketul dia jual RM30.. Gila bapak mahal! Aku mintak tawar RM15 dia tak kasi - Ok lah fine, aku blah. Lepas tu dia panggil balik - kira jadilah harga RM15 tu, nasib baik Haikal tarik tangan aku kata tak payah lah Ibu. 

Kat kedai depan skit dari kedai tu, bila aku tanya harga keychain sepapan, terus je Amoi tu bagi RM10! Dan coin pouch sulam kain organza tu hanya RM2 di kedai dia! Aduhh! Betullah bukan rezeki aku!
So, kesimpulannya:
Untuk beli ole-ole yang kenit-kenit ni, survey dulu dan boleh terus tanya harga sepapan.. Cuma jangan start tawar menawar. Kalau ada yang terus memberi harga RM10 untuk 10 ketul - boleh terus beli! Tapi kalau dia hulur calculator dan suruh kita letak harga - memang naya kalau kita salah tawar.. Rugi!

Ni amoi yang kedainya murah - tak nampak pulak nombor kedainya - tapi SEBELAH kedai #796

Kecewa dengan harga yang salah tawar, terus pegi makan - kali ni ke kedai Halal Amin - aku suka kedai ni sebab banyak kali pergi hidangannya memang tak pernah mengecewakan... Bila perut kenyang - kuranglah skit rasa kecewa salah tawar tadi :-)

Sementara menunggu ikan siakap masam manis siap, aku keluar sekejap dan dapat lah cari beberapa barang seperti di bawah ni:

Seluar track RM10: 
Jika ingin membeli seluar track murah untuk anak-anak, di luar kedai Halal Amin ni ada orang buka tikar dan jual seluar track. RM10 sehelai. Anak-anak aku ambik saiz XL ok semuanya ngam. Kualiti ok lah bagi ku, lebih baik dari kualiti seluar track RM10 di Malaysia.

Blouse RM25:
Jika ingin membeli blouse murah, boleh cuba kedai telekung yang sebaris dengan Restoran Halal Amin, Restoran Hajjah Basiroh.. Kedainya terletak di pangkal Jalan Nguyen Anh Ninh.. Harga blouse kain lycra adalah RM25 sehelai. Harga yang sama aku beli pada bulan Februari 2016 - d kedai yang sama. Aku survey kedai lain harga RM30 - RM35.

Pasar Malam
Aim aku kat pasar malam adalah untuk cari seluar track dan tshirt untuk Haikal. Dah puas tawar dapat ler...
Tshirt Nike: RM25
Tshirt Under Armour: RM28
Seluar Track Nike: RM30 x 2 (sehelai lagi untuk kakak)

Hmm.. bila dok tulis ni, rasa mahal lak tshirt sampai RM28 kan.. 


Day 3

Mulakan hari dengan Solat Subuh sepagi rasa - 5.00am (jam 5.30 dah syuruk). Aku terus je bangun dan bersiap sebab pagi tu dah nak balik. Semalam dah kemas beg, tapi biasalah, macam tak puas hati, bongkar dan susun semua barang-barang.

KESIMPULAN:  Berat timbangan terakhir untuk beg-beg yang ada hanyalah 17kg, 5kg dan 5.5 kg. Jadi jika aku susun berat sama rata untuk 5 orang, seorang hanya perlu bawak 5.6kg sahaja. Bawa sahaja beg lebih kan..... Well...

Setelah semua siap, kami terus breakfast di tempat yang sama. Jam 9 am, check out dan naik teksi ke airport. Alhamdulillah kami selamat tiba ke KLIA2 dan semuanya selamat.

Hala baik naik Uber RM65. Huhuu...
Ambik kereta di ERL Sentral, kos parking 3 hari RM14, horeyyy!!

Sekian pengalaman bercuti ke HCM kali ini. Nantikan entri seterusnya aku akan masukkan keseluruhan kos percutian ke Ho Chi Minh kali ini..



Monday 14 November 2016

Ho Chi Minh - Off the beaten path - Part 2~

Day 2:


Hotel ni sediakan sarapan pagi di tingkat 5, cuma kena pergi ke City Hotel No35 (seberang jalan je). Kami order pancake dan tuna sandwich. Masa breakfast, ada satu keluarga Cina dari Klang sama-sama bersarapan dengann kami. Aku suka bila kita jumpa sesama warga Malaysia di luar negeri, selalunya keramahan tu lebih terasa. Kalau kat Putrajaya ni kita jumpa masa makan, tiada sapa pun yang nak bertegur sapa, kan....


Selepas sarapan yang sangat-sangat mengenyangkan, kami bertolak keluar. Agenda hari ini aku nak sambung cari supermarket, sebab rempah yang aku nak tak jumpa lagi.. dan untuk ambik gambar di Riverside.


Riverside





Fuh penat juga berjalan dari hotel! Dah la aku lupa nak bawak peta yang dah siap print! Dah la nak masuk zohor (11am)! Memang merengek la sorang-sorang tu! At last, halfway tahan teksi tunjuk gambar - teksi hantar. Hek eleh, dah dekat rupanya, baru RM3 je tambang

What is there? 
Hmm... Pemandangannya biasa-biasa sahaja, ada juga sedikit sampah dalam sungai.. kawasan tepi sungai tu ada kerusi, tempat teduh, kalau nak rehat-rehat boleh la. Tapi mungkin masa kami pegi dia tengah renovate, jadinya kawasan tu nampak tak terurus. Bagi aku, cantik lagi Riverside Kuching :-)
Tapi untuk ambik gambar, kawasan di sini dikelilingi bangunan yang cantik-cantik, memang sesuai untuk photoshoot.


Gambar dari Google
Review Aku:
Sepatutnya aku ambik jalan "dalam" - bukan jalan luar iaitu jalan besar. Bila menggunkan jalan besar, banyak terlepas pandang kedai-kedai tepi jalan yang lebih menjanjikan pemandangan yang lebih menarik dan kawasan teduhan dari panas terik mentari yang memancar! Sebab tu anak-anak aku semua lembik dan cepat penat dan moody. Kalau bawa budak kecik pasti dah meragam !
Tempat ni lebih sesuai untuk berjalan secara santai di waktu petang - lebih sejuk. Mungkin dengan kombinasi strategi berjalan dan waktu yang tepat, pengalaman ke Riverside ni boleh jadi sesuatu yang menarik - bangunan yang cantik-cantik - Riverside Hotel,  Majestic Hotel, Bank "Negara" Vietnam, Dataran City Hall - sesuatu yang berlainan dari pemandangan di kawasan Pasar Ben 10.

Hala balik, kami jalan kaki melalui kedai-kedai dan secara tak sengaja, tersinggah Huram Juice Cafe di depan Bangunan Bitexco (sebab nak replenish masing-masing dah hampir kaput ni). Seronok pegi cafe ni, sebab ada aircond :-) dan ada kusyen boleh peluk-peluk! Harga - hmm... macam harga di Boost Juice ya, maklumlah ada aircond kan!






Bila semua dah nampak 'hidup' skit, we ols sambung jalan sampai balik hotel. Tak jauh pun rupanya! Aduyai :-) 
Solat, hemah diri dan rehat sekejap. Sempatlah Pakcik Mie tidoq berdengkur dalam sejam.

Petang - Agenda Pakcik Mie

Ambik teksi ke Cucuta Cafe/TuliCoffee. Jauh juga, tambah dengan heavy traffic, kena bayar tambang RM10. Bila fikir balik, murah dah RM10 tu kan..!



 






Cantiknya kedai ni! Aku suka! Ambiance nya sesuai untuk rehat + santai + dating. hehehe. Kalau time bercinta aku suka kalau Pakcik Mie bawa aku minum-minum lepak kat sini! Romantik rasanya! Hahahaaaa!

Kami order Chocolate Mint, Milk Coffee, Mint Coffee dan Bluberry smoothie. Semuaya sedap! Berbaloi mahal skit dan pegi jauh pun!

Dari TuliCoffee, kami berjalan ke Nomad The Cafe. Kawasan yang sama je tapi kena jalan masuk ke dalam skit untuk sampai. Cafe ni macam dalam hutan je aku tengok. Ambiancenya tak berapa kena dengan aku - suram, kelam.. Dah tu masa masuk ke ofis dia untuk tengok buku dia just pasang lampu mentol zaman 80an, malap sungguh! Tak berkenan aku! 

Oleh kerana Pakcik Mie hanya nak beli note book tu je, aku tunggu kat luar. Dapatlah budak bertiga ni note book sorang satu. Hadiah dari Abah :-)




Hala balik, ambik teksi. RM10 juga.

Kami singgah lagi ke Takashimaya untuk final shopping. Pakcik Mie beli grounded local coffee (memang dah terkena coffee curse dah ni) dan aku memborong sebanyaknya (2 troli kecik je) kerepek nenas dan kerepek campur sebagai hadiah pada kawan-kawan dan jiran-jiran dan family nanti

Bersambung di Part 3~
 

Ho Chi Minh - Off the beaten path - Part 1~~


7 - 9 November 2016


Kali ke tiga ke Ho Chi Minh tahun ni. #JanganKecamSaya hahahaha...!

Kali ini, mungkin yang terakhir - dengan membawa anak-anak pula.

Cerita kali pertama membawa mak dan mertua dan cerita kali kedua membawa husband boleh rujuk di link tersebut :-)

Oleh kerana ini adalah kali ke tiga aku ke sana, maka trip ni aku namakan "Off the beaten path" kerana cuba mencari kelainan dari kebiasaan...

Sebelum tu, aku nak stress untuk beli travel insurance. 

Pernah tengok cerita THE IMPOSSIBLE? Keluarga yang terselamat daru tsunami yang membadai pantai di Thailand. Dekat-dekat hujung cerita, ada helicopter datang angkut family tu keluar dari kawasan bencana. Dia angkut FAMILY ITU SAHAJA. Kemudian baru aku tahu, rupanya kalau ada travel insurance - memang dia boleh keluarkan kita jika berlaku sebarang bencana.
Tahu tak berapa kos untuk terbangkan jasad balik? Aku tak tahu, tapi aku rasa jauh lebih mahal dari tiket 1st class!

Aku beli travel insurance secara online je. Untuk Vietnam ni, kami ber 5 hanya perlu membayar RM88 - untuk coverage - boleh rujuk website AXA sendiri ya :-) Aku bukan ejen, aku caring je...


Untuk trip kali ni - ni cerita aku...  

Day 1: Sebaik sampai di HCM, perkara pertama yang aku buat adalah - beli simkad tempatan. Bila dah selesai urusan imigresen dan keluar dari balai ketibaan, banyak kiosk yang menjual local carrier, pilih sahaja yang bersesuaian. Walau MAXIS dah hadkan roaming hanya RM30 sehari, aku beli juga local telco untuk data sahaja - VND150,000 (~RM30), boleh guna untuk 3 hari. Ada juga yang dijual di bahagian dalam semasa beratur di imigresenm tapi lebih mahal - RM35!

Depa akan tolong pasangkan dan terus boleh guna. Suka la anak-anak aku boleh main telefon. kalau tak kena tunggu wifi kat hotel je lah.

Pemandangan dari sudut hujung semasa aku singgah toilet. Money changer, kiosk teksi dan telco semuanya berderet di sebelah kanan ni...

Naik bas untuk ke Ben Thanh
Tak susah - keluar dari airport, pusing kanan - tunggu kat luar tepi jalan depan Burger king. Bas nombor 152. VND5,000 (RM1)sorang. Kalau bawak beg besar kena bayar lebih. Perjalanan adalah dalam 30 minit dan bas akan berhenti di hentian Ben Thant, iaitu hentian terakhir.


 

















Aku book City Hotel family room (4 orang) 3H2M dengan harga RM463.33 untuk 4 orang. Oleh kerana kami ber-5 maka kena charge extra (RM112.60) untuk katil tambahan dan breakfast. Jadi total adalah RM575.93 untuk 2 malam. Aku suka hotel tu sebab sebelah pasar Ben10 sahaja tapi tak sibuk macam kawasan Jalan Malaysia tu. Lagi pun Jalan Nguyen Anh Ninh tu dah macam naik lemak dan over priced. Hotel ni pun sebenarnya dekat sangat dengan Pasar Ben Thanh, tak sangka pula. Syukur!

Sebenarnya aku lebih suka hotel yang terletak di kawasan yang lain skit sebab dapat jalan-jalan tengok kawasan sekeliling tiap kali nak pegi-balik hotel. Jauh berjalan, luas pemandangan, kan.

 

Tengok betul-betul lokasi hotel ke pasar Ben Thanh. Sebab nanti kalau dari stesyen bas, senang nak tuju pasar Ben Thanh dan berjalan kaki ke hotel. Jadikan Pasar Ben Thanh sebagai base untuk ke mana-mana!

 Dari stesyen bas di hadapan tugu kuda, lintas jalan yang mencabar untuk ke Ben Thanh. Menara jam itu adalah pasar Ben Thanh.  Jadikan pasar ni bearing untuk ke mana-mana!

Masih bergambar di bulatan yang sama, cuma viewnya adalah pusing ke kanan sedikit...

Review Hotel:
Kami ambik family room - 2 katil queen, jadi bilik agak besar walaupun di tambah dengan satu lagi katil single. Bilik air bersih. Tuala yang dibekalkan cukup untuk 5 orang. Ada hair dryer, cerek air dan peti ais mini. Cuma air dari sinki agak berbau macam bau longkang, tapi warnanya jernih. Anak-anak aku pada mulanya tak nak guna air tu - Aku belasah je.
 
Takashimaya Shopping Centre
Dah letak beg, dah solat - kami start berjalan ke Takashimaya. Rupanya bangunan Takashimaya ni terletak setentang dengan Saigon Square dan sangat dekat dengan hotel kami. Oleh kerana aku dah pernah pergi Saigon Square dengan Pakcik Mie sebelum ni, aku tak repeat lah. 

Tujuan ke Takashimaya adalah kerana aku nak tengok apa yang dijual di bahagian 'supermarket'nya... Hajat hati nak cari rempah kering dalam botol. Kawan di pejabat kata dia beli rempah 'lemon-blackpepper' dengan harga tak sampai RM0.90 di 'supermarket'...  Tapi tak jumpa pula. Apa yang aku jumpa adalah kerepek nenas, kerepek keladi dan kerepek campur. Sedap! Murah pulak tu! Satu pack 100g Jackfruit Chips ~RM6 dan 100g Mixed Fruit Chips ~RM4. Aku cuba beli sejenis setiap satu - untuk rasa dulu.



 Ni contoh bungkusan Kerepek campur dengan kerepek nangka. Sedap berbaloi-baloi.


Keluar dari sini, perut dah lapar, jom lah kita makan dulu.

Aku makan di Haji Osman - Ikan siakap sweet sour dan nasi putih untuk 5 orang beserta air total RM85. Huhuu... Lepas makan aku teringat, alamak - kena belikan sesuatu untuk mak dan my MIL.. ok jom masuk balik pasar.

Pusing-pusing, terjumpa semula kedai kasut yang aku pernah belikan kasut Pakcik Mie dan Haikal dulu... ok lah, belikan kasut anak-anak dara dulu. 2 pasang Nike RM300. Aduyai, mahal pula rasa...

Next - seksyen kain. Pilih kain sutera Vietnam yang paling murah - RM60 sehelai (murah ke tu huhuu) then aku pun terjebak dengan kain pasang - tapi bukan cotton, kain biasa untuk buat baju kurung (sepasang) dan blouse (2 pasang). Di sini pun aku rasa aku tidak cukup bijik menawar harga. 2meter RM40? kain biasa sahaja rasanya... takpe lah, dah penat...

Kain aku 3m untuk baju kurung. RM80



Kasut baru Biru dan Pink. RM150 setiap satu. Ori katanya. Katanya lah.

Agenda hari ni berakhir di sini - sebab semua dah layu. Balik hotel, solat maghrib dan tidur :-) Bersambung di Part 2~