Sunday 21 July 2013

Sindrom Ramadhan

Tiba je Ramadhan berpusu-pusu orang ke Masjid untuk mengerjakan solat tarawikh beramai-ramai.. Alhamdulillah, sesama kita mengimarahkan masjis (betul ke istilah tu).
-- mesti puji dulu lepas tu baru kutuk --

Tapi tak perlulah sebab desperate nak dapat pahala tarawikh di masjid sampai segala anak kecik diheret digendong ke masjid bersama.. sudahnya baby tu menangis tau ke dia menangis dalam hati diam-diam, takde bunyi.. budak-budak kecik tu baik sangat ke boleh duduk diam behave gila tak melompat berlari ke sana-sini.. bersimpang siur berlari celah-celah saf orang tengah solat tau!

Miz hari pertama memang pergi Masjid Besi (desperate nak dapat pahala tarawikh di masjid.. hihiii). And that's the one and only time this year! From that moment on, Miz dok rumah je lah.. Dah tak kuasa nak g masjid lagi. 

Why?

Sebab Miz pulak yang berdosa sepanjang solat Isya 4 rakaat dan sepanjang solat tarawikh 8 rakaat tu. Masa solat isya, ada sorang ibu di saf depan Miz, anaknya dalam 4 tahun kot.. and maybe someone yang hyper... dari angkat takbir, sampai ke bagi salam dia tak berhenti melompat! Can you imagine that..and I was really worried he'll step on my bag - dalam tu ada spek. Haduhh.. Agak2 apa la pahala solat yang Miz dapat dengan hati yang berdebar-depar dan mata yang 'sedikit' liar tu?  Takpe lah, Miz beralah.. untuk tarawikh pindah ke bahagian lain.

Depan Miz jugak - yelah kalau belakang tak nampak kan.. ahaks ;-) Ada ibu dengan anak kecil, dia baringkan kat sebelah dia. Lepas je angkat takbir, budak tu merangkak merentasi saf Miz - barely missed my bag (Syukurrrr alhamdulillah) and ke belakang. Dalam hati Miz, alamak budak ni, kalau ada orang niat tak baik ambik budak ni sapa tak tahu (masa bersolat adalah masa yang paling sesuai untuk analisis keadaan - tanda tak kusyuk solat). Agaknya mak dia pun fikir benda yang sama - and dia batalkan solat dia n bergerak merentasi saf Miz, dan ke belakang untuk mengambil anak dia. Sudahnya - saf dia rompong... 

Haduhai... ibu-ibu yang bawak anak pegi masjid ni, pelik jugak sebab ghairah nak duduk saf depan.. ye lah masing2 nak dapat pahala lebih kan... anak taruk kat sebelah. Habih tu - tak ke lompong saf tu???
Nak dapat pahala, akhirnya dapat dosa.. yang makmum lain (macam Miz ni - sama la berdosa juga akhirnya...)

This entry might be a bit harsh - tapi untuk peringatan bersama.

Untuk renungan juga - Ulasan UAI berkenaan perkara ini "Membawa Anak Aktif ke Masjid"



Reno Rumah - Part 2 - Pekerja Indon untuk disewa!

Hampeh, kontraktor kata 2 minggu siap sampai sekarang tak settle lagi. Bukan nak mengata - tapi mengatalah jugak. Kontraktor Melayu - memang janji tak ditepati. Nasib baik ada agen dan dia buat langkah bijak tak bayar penuh pun lagi..heheeh.. so, tak la terasa kena tambah + tambah + dan tambah lagi RMnya. Duit RM2000 yang kitaorang bayar awal-awal dulu dia pegang. Fuhhh sib baik betul! Sekarang, we ols direct dengan pekerja dia je.. Kuli n kontraktor pun dah krisis sekarang - tokey tak bayar gaji kuli. Apa da.. Memang tak meniaga lama la buat cam tu..

Memang kiraorang nasib baik betul la reno rumah ni hari tu thru agen, En Wan Fauzi. Dia yang suggestkan kontraktor ni, dulu ok katanya. Tapi syukur sangat-sangat En Wan Fauzi ni sangat bertanggungjawab, dia tak lepas tangan...Sekarang pekerja directly under him.. dia yang bayarkan gaji harian set-set ni... Dia yang belikan makanan.. dia beli apa2 keperluan lain yang tak cukup. So, kalau sesapa nak buat reno area Putrajaya ni, Miz recommend En Wan..

Apa2 jom layan progress setakat last week, we ols dah malas nak amek gambar sbb tak bergerak sangat.






Nanti Miz update lagi what happen to the house kay.