Monday 31 December 2012

Tahun 2013



Sangka entry ni adalah entry je dua tahun 2013. Masa posting pasal bedung tadi, langsung tak teringat tu adalah entry sulung 2013. Bagi Miz, tak ada kelainnya antara 2012 dan 2013, kecuali lusa sekolah dah bermula.. YEAY!!! Takde lagi orang bergaduh di rumah berebut main computer!

Bedung



Sangat bizi, sampai tak sempat nak update blog, Bila dah ada masa, tak de cerita pulak. Hmm..

macam best kan!

Terjumpa bedung moden berzip ni.. macam sangat best, nasib baik Miz dah tutup kedai.. kalau tak, mau borong bedung segera ni. Dulu, ketiga-tiga orang anak Miz memang dari lahir sampai hampir habis 40 hari, semuanya tidur malam berbedung. Siang tak dapat nak nak bedung sebab paneh.. Budak berbedung ni memang nyenyak tidur, dan kurang terperanjat.. Rindu nya nak bedung baby! Hehehe..

Sunday 23 December 2012

PHD



Budak 8 tahun pun tahu buat cerita pasal PHD.. Pengaruh komik? TV? Kawan? Memang kakak ada-ada je la ceritanya..


Pada hari Sabtu, Jenessa mengajak Lissa makan malam di rumahnya. Pada pukul 7.05 Lissa sudah sampai di dalam kelas (Er, tadi jemputan ke rumah kan..?) Jenessa ternampak Lissa bercakap dengan kawannya

Jenessa berasa marah bila ternampak Lissa dan perempuan itu. Jenessa mengambil keputusan untuk telefon gengnya (planning baek punya). Lissa berasa cemburu kerana dia ternampak Jenesa lagi ramai kawan dari dia (Perasaan Hasad Dengki!)

Saturday 22 December 2012

Ikea Hackers



Dare to be different.

Lari dari norma Ikea, lari dari stereotype Ikea, tapi masih lagi mengekalkan konsep Ikea. Hehehee.. Check it out, banyak idea yang menarik!


Rak IKEA asal dan harga boleh tengok di sini

RAST bedside ni pun agak murah untuk di 'hack' kan, mungkin kepada rak dinding tergantung seperti ini:


Jimat ruang dan kemas!






Friday 21 December 2012

Kakak oh Kakak!



Hari tu bawak diaorang tengok wayang.. dan tadi – terjumpa 'jadual tengok wayang’ tak lain tak bukan kraftangan kakak. Cerita yang ditonton = of coz Rise Of The Guardians! Asal bunyi sama tibai je la eja! Memang lingkup tokey pawagam kalau harga tiket macam ni!


Wednesday 19 December 2012

Kalendar 1Malaysia


Bagi la Miz kalender sebesar mana, secanggih mana, secantik mana pun.. akhirnya yang dipakai di rumah tu adalah Kalendar Kuda.

I loike Kalender Kuda. I loveeee....

Sebab kalendar tu lah yang masukkan semua jenis cuti yang ada kat Malaysia ni. Cuti sekolah, cuti raya, cuti agong, cuti gawai dan lain lain cuti semua ada... Nasib baik tarikh terima gaji je tak masuk (amboi amboi..). Nak planning cuti sekolah pun senang. Semua di warnakan cantik-cantik.Puasa dan Hari raya pun dah tahu awal-awal..Tak perlu tunggu orang tengok anak bulan.

So, pada sesiapa yang masih tercari-cari kalendar kuda, boleh la download kat sini ok!

I love Kalendar Kuda! Yeay!