Wednesday 6 August 2014

Prosedur Beli Rumah 2nd Hand

Lama tak singgah.. 
Ok, ada maklumat baru Miz nak share..

Baru-baru ni Miz beli rumah 'Flat Hijau' di Putrajaya. Tak melalui agen ataupun orang tengah. Direct dengan owner. Jumpa dalam Mudah.com.my je pun. Alhamdulillah rezeki.. jimat skit duit agen tu :-)
Tapi kalau ada agen - semua agen lah uruskan. Pembeli keluarkan $$$$ sahaja... huhu.

Sebelum beli rumah:
Kena ada CASH in hand. 
Apsal? Biasanya cakap je "I DO" dengan tuan rumah /agen - 3% mesti dah mengalir.
Contoh jika kos rumah RM185k, 3% dari adalah RM5550.
Ni sebagai tanda jadi - jangan sampai rumah kita ndak tu dia jual kat orang lain.

Masa bayar 3%:
Buat surat perjanjian. Mention la lebih kurang kita beli dgn harga sekian yang telah dipersetujui bersama, tarikh serah duit. No ic.. lebih kurang gitu.
Jumpa sendiri owner masa serahkan duit, bawa surat perjanjian. Surat ni adalah sebagai resit bukti serahan duit.
Minta owner sediakan salinan SAP/SnP rumah, salinan IC pemilik dan salinan bil air/api rumah dia dok sekarang..
- saje je.. kot ada apa hal - kita boleh tuju rumah dia. 

Balance deposit lagi 7%
Perlu diselesaikan dalam masa 1 bulan dari tarikh serah 3% tadi. Ini la peranan cash in hand. Kalau takde kena buat personal loan untuk cover balance 7%. cth 7% adalah  RM12,950.

Cari peguam dan cari loan yang sesuai
Sebaiknya peguam jangan share dengan owner. Kalau ada pilihan cari la peguam sendiri. Biasanya owner akan cadangkan untuk guna peguam dia - jimat kos dan senang skit katanya.. 
In my case, nasib baik ada lawyer adik ipar suggest, owner macam-macam hal nak letak harga lain pulak kat SnP, lebih rendah sebab kononnya murah skit harga stamp duty, harga lawyer, harga sebagainya lah...lelain balance dia soh settel asing dari SnP.
Baik jangan. Setuju RM185k, maka RM185k lah dalam SnP.
Lawyer kita (buyer) akan sediakan SnP/SAP bagi pihak kita, so takde la berat sebelah.

Bank - ambik je mana-mana bank yang bagi loan paling maksimum.. hehehe... Miz tak cara sangat BLR ke apa ke, janji dia nilaikan rumah tu tinggi. 
Cth: Harga rumah RM185k, tapi kalau bank X valuekan rumah tu sebagai RM170k sahaja, maka loan yang dapat hanya 90% dari RM170k tu sahajalah.
Kalau bank Y valuekan rumah tu sebagai RM180k, itu lah bank yang Miz akan guna.

Apa-apa balance yang tak cukup dari loan bank - kena topup sendiri... (Again - Bank Rakyat penyelamatku)

Untuk kos peguam, boleh terus tanya peguam, berapa servis charge encik untuk handle beli rumah subsale? Senang cerita. Ada yang taruk 2%.. ada yang taruk 1.7%.. jadi tak malu bertanya selamat skit poket.

Sebenarnya ada beberapa lagi kos-kos lain yang terlibat, contohnya kos valuekan property, kos stamp duty, kos MRTA dan lelain.. 

Boleh rujuk juga di website En Jamal dan download kiraan excel yang beliau sediakan (Subsale Property Cost Estimator). Boleh la agak-agak berapa kena sediakan duit...

Kalau tengok - macam bannyak je kena standby kan... apatah lagi budaya tak menyimpan ni sangat menyakitkan.
Tapi syukur alhamdulillah, rumah yang Miz beli dah selamat disewakan... dan sewa bulanan tu, memang cukup untuk cover loan rumah dan loan bank rakyat. Ada lagi berlebih.

Syukur alhamdulillah yang amat!
 

12 comments:

Suzy Candy Crush said...

Thanks for sharing...nk tanya..rumah tu harga 185k kan..so Miz dpt loan 100% ke..and then kalau campur2 semua skali brp total Miz kene kuarkan utk beli rumah berharga 185k tu?harap sudi share..tq :)

Elle said...

Dear Suzy Candy Crush - Loan mmg dapat 90% dari harga rumah.. So, kena sediakan RM18,500 + lawyer fee (tak ingat dah berapa - rasanya dalam 4-5k jugak lah kot...

SERI FARI ENTERPRISE said...

good info, thanks

fadzil said...

Good info

fadzil said...

Good info

Ridzuan Daud Where said...

Assalamualaikum miz Elle,teman duk area ipoh.ingat nak carik rumah 2nd.ingt nk gunakan akaun 2 kwsp sbg down-payment rumah.tp cmne ye prosedur nye.mintak tolong share sikit klu miz tahu.huhuhu

Rahim said...

Salam puan Elle, saya nak tanya,
kalau beli rumah 2nd hand, boleh ke bayar tanpa ambil loan.(rmh kos rendah).Takut pulak kena kejar dek LHDN.

Rahim said...

Salam puan Elle, saya nak tanya,
kalau beli rumah 2nd hand, boleh ke bayar tanpa ambil loan.(rmh kos rendah).Takut pulak kena kejar dek LHDN.

Unknown said...

Assalam puan...
loanbank 90% sebab kita dah bayar deposit 10% kepada owner tadi kan?
*maaf sangat jahil.

contoh : sy nak beli rumah 100k...
so saya perlu ada cash utk deposit 10k.. plus kos utk peguam...
so loan bank saya hny 90k sahaja la kan? selain 10% deposit + kos lawyer, ada kos lain yg perlu disediakan?

Unknown said...

miz, nak tanya setiap bank value rumah second tu x sama ke encik,kita perlu pergi apply kat semua bank baru pilih yg mana nilai tinggi rumah tu ke,tq

nelly said...

Halo, saya Mrs Nelly mulia, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang menawarkan pinjaman pada tingkat bunga hanya 2%. kami menawarkan, pinjaman pribadi, kredit mobil, modal usaha, pinjaman pribadi dll untuk individu dan perusahaan yang dalam kesulitan keuangan di bawah persyaratan pinjaman yang jelas dan dan dimengerti. hubungi kami hari ini melalui email sehingga kami dapat memberikan persyaratan pinjaman dan kondisi: (nellyperious@gmail.com)

Zahar said...

Salam..
Saya pun dalam proses beli rumah subsale direct owner.
Kebetulan owner jual rumah bawah dari harga market. Beli di area pd n9. Market value rumah tu panel bank isytihar kan 150k.. owner nak jual 120k pada mulanya.. harga rumah dalam snp asal rm120k.. so owner mmg nak jual sama harga beli. Rumah berusia 10 tahun tanpa sesape pun tinggal sebelum ni.. sebab owner askar.posting di sarawak.
Rumah masih cantik.. tanpa sebarang kerosakan. Selepas tawar menawar dengan owner.. harga yg dilepaskan rm100k. Alhamdulillah. Saya bayar onwer rm1.5k sebagai tanda jadi beli.. buat loan sendiri di cimb. Saya dan owner bersetuju untuk meletakkan harga jualan sebanyak 110k. Jadi pinjaman berjumlah 99k =10%. Baru semalam sign letter offer. Umpama saya beli rumah tu full loan.. hanya stanby duit lawyer.. dan kemasukan semula elektrik dan air.
Rumah saya dah pastikan tiada bil2 tertunggak.
Pengalaman membeli rumah pertama sgt mendebarkan dan sungguh teruja..
Terima kasih kepada tuan rumah.. tuan syed Zamzuren.. kerana menjual rumah tersebut kepada saya.. belum apa2 kunci rumah dah ada di tangan saya.. supaya mudah saya utk mengemas rumah katanya.. walaupun belum jadi hak milik secara atas kertas..
Sebab rasanya sgt lama nak tggu.. hampir 6 bulan..
Rumah teres 20 x 65.. corner lot..ade tanah sikit saiz sama dengan tapak rumah so total 40 x 65. Syukur sgt dapat harga tu dizaman harga rumah menggila ni.
Kepada pembaca yg ingin berkongsi pengalaman atau pertanyaan boleh kita bincang sama2. Di whatapp.. 01113255991.. zahar.. kalau ramai.. kita buat group.. hehehehe.. tu je nak share.. tengah seronok sgt ni..
Salam semua

Post a Comment