Wednesday 24 June 2015

Nak guna Swiss Pass atau Swiss Half Fare Card ?

Akhirnya untuk Switzerland, aku membeli Swiss Pass untuk 3 hari (CHF210) di mana anak-anak di bawah umur 15 tahun layak travel secara percuma. Menarik bukan!

Sebelum pergi, aku dah buat kira-kira antara Swiss Pass dan Swiss Half Fare Card yang berharga lebih murah (CHF120), tetapi hasil kira-kira matematik mendapati bahawa lebih jimat menggunakan Swiss Pass.. 


Berpandukan kira-kira Kakiberangan, ini adalah pengiraan berdasarkan perjalanan yang sebenar:



Dari jadual ini, terbuktilah bahawa tidak sia-sia aku membeli Swiss Pass, di mana penggunaan Swiss Pass adalah lebih menjimatkan dan memudahkan di mana kita hanya perlu membeli 'Sekeping' Swiss Pass dan tidak lagi perlu membeli tiket berasingan untuk setiap kali perjalanan (yang perlu dilakukan sekiranya  menggunakan Swiss Half Fare Card).

Pengiraan aku juga melibatkan seat reservation (beli tempat duduk) semasa menaiki Panoramic Express (CHF50). Sebenarnya jika tidak "membeli seat khusus" pun tidak mengapa kerana tren tidak penuh walaupun kami menggunakannya pada hari Ahad!

Jadi, bagi mereka yang berniat hendak membeli Swiss Pass ni, luangkan sedikit masa untuk membuat perkiraan terperinci dahulu, kerana beza antara Swiss Pass dan Swiss Half Fare Card ini adalah RM360 seorang!




Penerangan pada peta sangat jelas. Naik keretapi, kemudian keretapi sambungan, kemudian bas atau cable car dinyatakan kesemuanya. Memang seamless transportation!

 Pejabat SBB di Zurich. Ambik nombor dan tunggu nombor dipanggil.

Kalau nak beli tempat duduk dalam train pun kat sini juga (Seat reservation)


Nilah rupanya Swiss Pass! Simpan baik-baik. Setiap kali naik train/Cabelcar/bas - conductor akan check satu-satu.

Tiket naik gunung kena beli secara berasingan. Anak-anak masih di bawah 'payungan' ibubapa. Syukur!

Nota:
Swiss Half Fare adalah lebih menjimatkan sekiranya jumlah keseluruhan kos perjalanan dan kos pembelian kad adalah kurang dari CHF210 (harga 1 Swiss Pass untuk 3 hari).
Dalam kes kami, kos sekiranya menggunakan Swiss Half Fare adalah CHF120 (harga kad) + CHF210.9 (harga tambang separuh yang perlu dibayar) = CHF330.90.

Kami telah dapat jimat sebanyak CHF120 (RM480) seorang atau keseluruhan RM960 dengan membeli terus Swiss Pass!


Tips:
Sear Reservation bukanlah satu kemestian. Jika train penuh sekalipun, akan ada penumpang tempatan yang turun di stesyen berikutnya kerana Golden Pass Line adalah tren kegunaan kampung-kampung sebenarnya!
Tips umum untuk Switzerland:

- Walaupun EURO diterima, kebanyakan transaksi menggunakan CHF. Tukar lah duit secukupnya. 

- Di dalam sesetengah tren, mereka ada menyediakan suis untuk charge telefon bimbit, jadi bersiaplah dengan adapter dan cable telefon anda


- Di sesetengah bandar besar (Geneva dan Zurich) anda perlu membayar untuk memasuki toilet.. Sediakan duit syilling CHF.

- Di Zurich juga kami meyimpan beg di loker sebab nak berjalan sekitar bandar Zurich.. satu loker yang besar berharga CHF9.. dan perlu menggunakan duit syilling juga. Kami terpaksa membeli sesuatu untuk mendapatkan duit kecil.. rugi tu!

- Air paip boleh di minum terus. Jadi sediakan lah botol kosong untuk refill air anda. Gunakan peluang memasuki tandas sepenuhnya! Anda boleh berjimat sehingga CHF3 untuk setiap botol!

































































































Bercuti ke Switzerland - Bahagian 4: The End

2 JUN 2015 : BERGERAK KELUAR

Hari ni aku rasa sedih sangat... sedih nak tinggalkan ketenangan, kehijauan dan kedamaian di bumi Swiss ni. Tapi apakan daya...
Sekali lagi, kami mengheret beg-beg yang bagak dan berat itu ke Stesyen keretapi Lauterbrunnen, dan kembali ke Interlaken Ost. 

Gerak hari aku cukup kuat untuk mengambil route Luzern. Walaupun itu bukan direct tren ke Zurich. Tak pe lah. Along pun ikut je. So, dari Interlaken Ost, kami mengambil Luzern Interlaken Express sehingga ke Luzern dan perlu tukar tren ke Zurich. 

Alhamdulillah sangat-sangat.. rupanya ini adalah salah satu laluan yang paling cantik yang aku pernah lalu sepanjang berada di Switzerland.. Bagi ku, pemandangan di laluan ini lebih cantik dari Golden Passline!! 

 
 
 
Tak tahu la tasik yang ke berapa atau tasik yang sama.. tapi, memang cantik...!
Tren ni melalui 'celah-celah' batu, mendaki bukit dan masuk kawasan kampung untuk mengambil penduduk setempat! Nampaknya tren di Switzerland tidak membazir kan perjalanannya! Rasa terhibur bila ternampak patung-patung binatang kecil di celah-celah batu seakan-akan untuk menghiburkan anak-anak kecil!

Kemungkinan ni Tasik Brienz
Melalui bandar Brienz






Kemudian tren mendaki dan mendaki dan setelah keluar dari kawasan hutan, ini lah pemandangannya....




 
 


Amat ketara kebersihan dan kekemasan di setiap perkarangan rumah.

Rasa tak puas tengok pemandangan yang sungguh indah ini.. dah sampai Zurich.... Alhamdulillah di beri peluang. Subhanallah.


Sampai kat stesyen Zurich, Cari port, makan bekalan ketupat dan serunding.. Letak beg di loker (CHF18 - 2 loker), masuk toilet (CHF9 untuk semua kami berlima) dan baru la bergerak cari kedai jam Along sebab nak beli strap jam..  Alhamdulilla, rezeki kami, Mr Maurice menghadiahkan sebuah jam dinding pada Along...




Dari Zurich,kami bertolak ke Basel untuk destinasi seterusnya - Amsterdam....

Selamat Tinggal Switzerland. Aku pasti akan kembali!

Kesimpulan:
Aku sukaaaaa sangat Switzerland!! Hati aku telah jatuh di sini...! 
Aku suka kehijauannya, kedamaiannya, kejernihan airnya, tasik dan gunungnya... semua lah! Aku suka sikap penduduknya yang tidak ada 'double standard'.. kita di layan sama rata tidak kira warna kulit.. pangkat dan kedudukan tidak di pandang di sini! Alangkah bagusnya kalau kat tempat kita ada sedikit dari ciri-ciri masyarakat di sini!

Bercuti ke Switzerland - Bahagian 3

1 JUN 2015 - LEMBAH LAUTERBRUNNEN DAN PENDAKIAN KE SCHILTHORN

Ketibaan kami di Lauterbrunnen di sambut oleh pemandangan Air Terjun Staubbach yang mencurah-curah dari 'dinding' yang tinggi! Air terjun ini boleh di lawati dengan dikenakan bayaran serta menaiki 'cogwheel train'. Bajet tak besar, cukup lah mengambil gambar dari bawah sahaja sudah cukup cantik!

Gambar dari Google
Dari stesyen keretapi, kami mengheret beg sehingga bertemu dengan asrama kediaman kami "Valley Hostel", yang tidak jauh dari stesyen tadi, dalam 5 minit berjalan kaki. 
Kat luar aku maintain je cool tapi dalam hati - Yeayyyyyy! Aku dah sampai siniiii!

Aku pun sebenarnya tak tahu mana kedudukan Valley Hostel ni, nasib baik jumpa sambil heret beg. Walaubagaimanapun, waktu sebegini adalah waktu rehat bagi penduduk tempatan dan hanya boleh "check in" pada jam 3 petang. Mujur ada tetamu yang sedang bersantai di kawasan taman dan mencadangkan agar kami simpan je beg di ruangan stor dan jalan-jalan dulu sebelum masa check in. Ok lah.



Cantik sunggu bunga-bunga berpasu di Swiss ni, sangat berseri...

View yang menyapa kami sesampai ke perkarangan asrama... subhanallah...

Aku meminta tolong tetamu hotel yang sedang berehat untuk ambilkan gambar keluarga untuk di abadikan
Tak sia-sia kami berjalan-jalan di sini. Sememangnya cantik pemandangan walau ke mana sahaja di toleh. tapi anak-anak ni, semuanya dah penat dan tak jumpa pula kedai untuk diupahkan ais krim... kedai kebanyakkan adalah di kawasan stesyen keretapi tadi. Sabarlah anak anak. Layankan mak nak bergambor dan berperasaan Hindustan ya..

Jalan santai sambil minum air Drinho.
Dari Malaysia mak bawak berat beg nyah





Hahaha.. posing ala-ala pengantin baru.. hmm.. 
tak de gaya langsung!!

Ini dah jalan ke jauh skit ke dalam... 
tak tahu dah air terjun apa nama ni

Layan perasan sorang-sorang.
 (Mode: I don't care) sebab semua orang tak nak layan Hindustan..







 


Ni kalau dah duduk kat kaki lima mode pancit la ni


Letih juga la berjalan-jalan, nak maksimumkan masa di sini.. akhirnya kami check in jam 3.30 petang dan bila masuk bilik semua pancit....  sempat la solat dulu, lepas tu dah kena siapkan dinner kami semua. Nasi dan lauk kari ayam Brahim!



Hari ke-2
Misi hari ini : Pendakian ke Schilthorn!

Keesokkan harinya, kami mula bergerak jam 8.00 pagi. Sepatutnya jam 7.30, tapi dah masing-masing liat betul nak bangun. Hmmmfffhh..

Dari asrama, bergerak kembali ke Stesyen Keretapi Lauterbrunnen untuk menaiki cable car. 


Lauterbrunnen - Grutshalp (cable car) - Winteregg (tren) - Murren






 Dari Murren kena jalan keluar ke stesyen Murren Schilthorn ala-ala kat hujung kampung skit, tapi sepanjang jalan di perkampungan Murren tu, memang WOW lawa sangat sangat!!!


Cable car ni kalau penuh boleh muat sampai 50 orang kot
Dah nampak snow capped mountains

Perkampungan Murren, 'No car zone'. Penduduk pun tak ramai. Pelancong sahaja yang kelihatan.


Air dari bumi.. boleh sahaja diminum terus

Sunyi je, tak de pun orang bising memekak atau masak tung tang kedengaran dari luar

Agak-agak dah kenyang bergambor, baru la we ols menuju ke stesyen Murren Schilthorn dan di sini perlu membeli tiket asing untuk naik ke atas... Harga: CHF40 untuk dewasa (separuh harga dengan menggunakan Swiss pass). Budak bawah 15 tahun free. Alhamdulillah!

Perjalanan naik ke atas adalah menggunakan cable car sepenuhnya dan kali ini, mungkin sebab dah lewat tadi sibuk dok round kampung Murren, kami terpaksa "berasak-asak" dengan pelancong dari Tanah Besar.. So, sebab malas nak berebut dengan depa, next stop tu kitaorang bagi laluan dulu.. we ols stop kat Stesyen Birg. minum-minum teh dan kopi.. feeling poket tebal jap, main-main salji, ambik gambor then baru naik ke atas.. kebetulan masa kat situ jelas nampak cuaca kat atas masih berkabus... so, lepak dulu lah.. Kakak sibuk dok explore kawasan tinjauan!


Nasib baik singgah sini, dapat la main salji tak serabut dan secara ekslusif, kami je yang ada time ni


 

Ada orang tu request teh tarik.. boleh la mintak teh panas dengan susu segar.. janji kaler sama...


At last, bila tengok kabus dah clear skit, kami terus naik the next cable car sampai lah ke Puncak Schilthorn. Alhamdulillah, cuaca time ni memang clear kabus tadi dah hilang! Suhu kat atas adalah 3 darjah celcius. Kami yang takde mitten ni sakan ler menahan sejuk beku tangan! Tapi gambar tetap ambik!








Gambar keluarga di puncak Schilthorn

Kabus dah kembali.. Haikal dah kesejukan
Bila dah tak tahan sejuk, baru la masuk dalam bangunan Piz Gloria tu. Kat situ ada lah dia tunjukkan 'peninggalan' James Bond, games James Bond dan kedai-kedai souvenier. Nasib baik dah survey harga kat bawah.. so jamu mata sahaja lah. Dah puas pusing dan selfie dan snapping, kami pun turun menggunakan laluan yang berbeza. Tetap sampai ke Murren dulu.. Along siap singgah balik semula ke kedai souvenier sebab dok berkira-kira nak beli t-shirt... tapi, at last dia tak jadi pulak... penyesalan yang di bawa sehingga hari ini.. huhuu.. Kali ni kami spend dalam 1 1/2 jam kat Murren.. untuk shopping souvenier dan makan bekal nasi impit... perut dah lapar sangat tadi minum je kat Stesyen Birg tu.




Dah sangat lapar masa ni.. Along cari port baik bawah matahari terik.. balik muka semua berbelang

Kawan kakak - Puteri.. kat bawah port kitaorang makan.. gemuk gemuk lembu kat sini

Lembu tak lari sebab ada pagar elektrik.. mild shock je, tapi kalau kena - tak nak lah kena lagi!

Antara FM yang ada kat kedai sovenier.. kedai pakcik ni je bukak time tu, nasib ada kedai dia..



Kakak dengan gaya dia...

Dari Murren kami turun lagi sehingga ke Stechelberg. Rupanya di sini ada satu air terjun yang chantiknyaaaaaaaa...... rasa macam tak nak balik!
Perjalanan turun dari Schilthorn
Dari stesyen dah nampak air terjun ni.. tapi orang lain macam tak heran sangat...
Kecantikan semakin menghampiri...!
Naaaah... cantik kannn.. subhanallah......CANTIKNYA!!

Tak jemu mata memandang.. 
Rasa nak duduk sini lama lama just menikmati pemandangan ni!


Dari Stechelberg, perjalanan balik ke Lauterbrunnen adalah menggunakan bas...




Dah balik semua asrama masing-masing bukak souvenier dan dok kira-kira - ini untuk kawan kafa, ni untuk kawan sekolah.. Aduhai anak, bankrup mak tau... mak nak beli untuk kawan-kawan pun dok mencongak congak nak!


Secara tidak rasmi, agenda kami di Swiss semakin hampir kepada penamat, kerana keesokkan harinya, kami akan bertolak ke Amsterdam.

Tips : Makan la kenyang-kenyang masa kat Murren, kat atas mahal!  Boleh juga bawa bekal seperti roti, buah dan 'lunch break' di Murren. Souvenier pun boleh dibeli terus di sini. Harga ada yang lebih murah sedikit dari Lauterbrunnen. Tapi harga ebih kurang sama je.



Bersambung ke Bahagian 4: BERGERAK KELUAR