Wednesday 28 November 2012

Rindu mereka!

Nov 2011
Dari 12 November mereka bertiga sudah berada di Besut – meluangkan masa cuti sekolah bersama Tok Ma dan Tok Yah. Memang sakan di sana – main game sampai larut malam, tengok Running Man, bangun matahari dah tinggi – semuanya “FOB”–“Free Of Bebel”! 

Tiap-tiap hari diupah seringgit seorang dan berduyun lah 3 beradik satu sepupu ke kedai di sebelah rumah – aiskrim! Tiap-tiap hari jugalah aktiviti seharian bermain sepuas hati.. buka “Pusat Seni” iaitu bilik tamu tamu di belakang ditampal-tampal kertas lukisan dan apa-apa lagi potongan kecil-kecil kertas; “Penerbangan ke luar negeri” – setakat ini penerbangan ulang-alik ke Paris, London, Brazil dan Amerika (tau ke kat mana tu?) – kerusi makan disusun menjadi tempat duduk dalam kapal terbang! Pejabat dan pusat jualan, jangan di tanya, pasti merata-rata!

Rindu mereka!! 

Ogos 2012


Sunday 25 November 2012

Hobi, Minat, Trend?


Kamus DBP:
Hobi = kegemaran (spt mengumpulkan setem dll) yg diamalkan pd waktu lapang.
Minat = keinginan (kesukaan, kecenderungan) kpd sesuatu
Trend = perkembangan rentetan kejadian (amalan dll) yg seolah-olah menuju ke suatu arah

Miz pernah :
  • Belajar menjahit baju smocking budak (dapat la buat 3 helai!)
  • Belajar sulam riben dengan Puan An
  • Hadiri kelas buat cup cake dengan Lynn Hassan
  • Belajar buat cake dengan Zati d Hati(kat Pekan, Pahang nu)
  • Hadiri kelas buat cheese cake
  • Hadiri kelas buat roti
  • Hadiri kelas buat macaroon
Sekarang – dah start menggatal nak ‘lakukan sesuatu’. Rasanya macam lately ni asyik browse mesin jahit je. Ehem.
Tak tahu la benda-benda yang Miz buat ni sebenarnya kategori apa. Adik Di kata kategori “gelenyar” - istilah orang pantai timur untuk “miang” atau “gatal". Hahaha.. Betul lah tu! Sebab semua yang dipelajari, tak jauh perginya.. lebih kepada bersifat – ingin tahu. 

  •  Oh, macam ni rupanya hias cupcake..
  •  Oh resepi ni rupanya sedap buat cup cake..
  • Oh, tak susah sangat rupanya buat sulam reben..
  • Oh, cerewet juga nak jahit baju budak rupanya.. Oh, penat rupanya buat smocking patut la mahal..
  • Alamak, tak berbaloi la buat macaroon ni, baik beli je kalau nak..

Dan bila rasa gatal menjelma (more likely tonik rajin timbul), Miz boleh buat menda-menda tu semua (cehwah eksyen pulak). Sekarang ni nak sambung browse mesin jahit.

"I haven't find my calling" omputih kata.

Ehem.

Saturday 24 November 2012

Gajet 1st class


Miz masih setia dengan Nokia.. Asalnya Nokia Cokia (tak ingat la apa sirinya) yang ada torch light. Kalau berkecai boleh pasang balik tanpa rasa resah dan bimbang. Hehe yang tu laa.. tapi akhirnya Miz tukar juga dengan E70, sebab Nokia Cokia tu tak rosak sampai jemu Miz pakai.. tapi sayangnya jodoh tak panjang.. HF baru tertinggal kat toilet highway LPT time balik raya.. Terlajak kat highway tak boleh nak berundur.. dan sekarang ni Miz pakai Nokia C2 yang taraf 1st class sebab kalau 5 hari tak charge pun Miz masih boleh tersenyum simpul.. 

Tapi akhir-akhir ni senyum simpul ku agak goyah dan tergugat dek 'tak dapat nak buang masa dengan browse facebook atau wassap atau blogwalking' waktu terperangkap dalam meeting yang tak kunjung tiba penghujungnya. Serius stress sampai habis buku nota diconteng else ngantuk tahap terlampau. Yang ku intaikan sekarang ni ialah HDC GALAXY S3  yang sebijun SAMSUNG GALAXY S3.  Tapi harganya RM850.. walaupun satu per tiga dari harga ori, terasa diriku direntap oleh Nokia C2 yang masih setia berkhidmat.. RM850 boleh beli mesin basuh baruu tu... Canne tuu.. solat istikharah beli henfon???

Wednesday 21 November 2012

SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGER


Waduh dead end – tadi Jingga kacau.. Mula bukak line start ‘merayau’! Jom join PapaBlogger.. Miz suka baca sebab banyak entry PapaBlogger menarik juga..


Masa ni jugak la nak menyibuk


Masa orang tengah kelam kabut ni la dia nak menyempit sama. Kalau engkau ni pandai dah lama aku upah untuk semak typo tau.

Mula-mula dia jenguk je dulu

Dah start landing

Amboi, terus je lentok kat paper aku tu Jingga!!