Tuesday, 25 February 2014

Perabot terpakai dari hotel

Bila tengok sofa dah tenggelam mula gatal nak ganti baru kan.. malu bila ada tamu datang, orang nak duduk pun serba salah :-(
Lama Miz pakai sofa ni, rasa berbaloi dan puas pakai... Beli masa nak masuk rumah dulu tahun 2006. Wow - dah 8 tahun guna! Masa tu rasa mahal dah.. Set sofa je dah nak RM3k. 3 seater + 2 seater + Coffee table + Chaise lounge + deco lamp.




Tapi.. bila intai-intai sofa, yang berkenan semuanya ribu riban nak terkoyak bajet bulanan... Fuh..
Cari punya cari, saya terjumpa blog "Deko Bajet" . 

KIN PEUN. Chai & Chai Trading.

Dengan semangat yang waja Miz pun apa lagi heret Along pegi survey kedai-kedai tu.

Memula pegi kedai KIN PEUN ni. Memang best sangat, kalau sofa, meja makan, kerusi berlengan (taruk depan TV bestnyaa....) memang banyak pilihan. Tapi kena pilih betul betul, sebab perabot dari hotel, jadi ada yang nampak comot, yang nampak baru dan masih elok. 

Harga? Nak kata murah sangat - takde lah, diaorang pun orang berniaga kan.. tapi sangat mampu milik. Kalau nak murah boleh pegi kedai Cavenzi, sudahnya pakai tak lama dah rosak khannnnn....



Tapi... kos penghantaran dari kedai ke Putrajaya sangat mahai... atas faktor tu lah tak jadi amek.. huhuu... 

Sama juga dengan Chai & Chai Trading. Kat situ lebih banyak barangan pejabat.. Tapi Miz suka dia banyak pilihan almari..hari tu tengok ada jual tiles carpet (carpet ofis) cantik dan bersih bersih juga.. RM9.50 satu tiles 2 kaki.. tapi dok peram-peram, tengok semula habis :-(



But then again - isu kos penghantaran.

Tak dapek dah nak nolong.

Jadinya, sehingga hari ni, masih menggunakan khidmat sofa berjasa itu.. huhuu...

11 comments:

Anonymous said...

bole hantar ke negeri lain?

Malay Operion said...

Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Kami servis untuk membina laman web e-commerce dan juga web informasi.
Sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan laman web bolehlah melayari http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ untuk menghubungi kami.

Man Siakap said...

akan cuba melawat ke sini lepas ni huhu

Azizah Hamzah said...

skrg ni kat mana blh dpt beli perabot sofa murah ??? tak nak la brand mahal2 semua tu, x berbaloi la.. nak beli utk adik ipar je..

Lieasa Laura said...

Kena tgk lokasi awk kat mane? Pi jer la, buat survey dekat rumah area awk tgk mane2 kedai perabot yg ade promotion.

Anonymous said...

Biasa sye bli perabot dari Ikea, sbb brg mereka cantik dan modern.

John Liew said...

ko blh cuba tgk2 kat courts promosi skrg. ade jualan muhibbah.. kakak aq baru je semalam beli sofa kat sana, hari ni sudah deliver dtg. katanya 50% diskaun, 400 lebih je sofa besar tu.. aq pon x tau kenapa la nak beli sofa sebesar tu sampai rumah pon xde tempat nak letak. haha

Azizah Hamzah said...

@John Liew

promosi besar ye? stok dia semua benda clearance ke?? sbb ah kak pernah beli tilam clearance dulu, sudah lama la. stok tu agaknya sudah letak kat store kedai tu lama, bila ah kak beli masa stok clearance bawak balik rumah tilam tu. dlm sudah mcm nak raput dah.. takut benda sama lagi la.

Azizah Hamzah said...

@Lieasa Laura

aq sudah takut dgn kedai2 perabot biasa la, warranty x lengkap, sbb document dia org tu x cantik. aq pernah kena sekali beli benda xleh claim warranty. xkan beli brg lagi dr kedai2 perabot biasa la.. baik gi tempat yg ade reputasi sikit. janji servis lepas beli bagui.

John Liew said...

@azizah hamzah

bukan jenis clearance la jgn risau, kalao x aq pon xkan syor la. ade siape yg suka gi jenis clearance punya hahaha. aq tgk sofa sana semua okeh je, x tau la, tp kalao nak bandingkan.. tv semua brg electronic pon model2 baru, sofa perabot aq tgk okeh je.. janji murah dn ade byk pilihan la..

Madihah Imtinan said...

Beli kat lazada murahh

Post a Comment