Thursday 26 September 2013

Renew Permit Bibik

Miz tiap tiap tahun renew permit bibik.. tapi tiap tiap tahun juga lah asyik lupa je..so, kali ni Miz abadikan kat sini, untuk rujukan masa depan sesiapa dan diri sendiri juga.

Ada 2 cara:
1- Guna servis MyEg - yang ni rsanya mesti senang, tapi Miz tak pernah cuba lagi.. sapa pernah cuba boleh share - untuk tahun depan :-)

2- Pegi ke Imigresyen.
As for me, since di Putrajaya - pegi la pejabat Immigresyen tu.. dekat je dan parking pun senang. Jangan parking merata nanti kena saman. Parking kat padang. Free je.

Perlu siapkan:
i. Bank draf RM495 (rate 2013) atas nama KETUA PENGARAH IMMIGRESYEN MALAYSIA.
ii. Surat doktor (FOMEMA) kalau maid masih baru, and since maid Miz dah tahun ke-8 kat sini, takde lah isu FOMEMA tu..

that's all!
Pegi ke tingkat 2; beratur di kaunter pertanyaan, dan nyatakan tujuan - pegawai bertugas akan bagi nombor.

Nombor tersebut adalah untuk pembayaran levi.
Lepas bayar, kaunter pembayaran soh pegi ke kaunter 1 atau 2. tu untuk tampal sticker.

Kat kaunter tampal sticker tu, tunggu sampai pegawai dia ada, then serahkan passport maid dan Pegawai berkenaan akan bagi nombor.
Dia kemudian akan masuk ke 'dalam' untuk buat kerja-kerja menampal sticker.
Bila siap, dia akan kembali ke kaunter dan panggil nombor ombor yang dah siap.

Bila dah dapat passport semula, semak butiran, semak sticker dan kalau semua OK, boleh blah kay...

Less than 1 hour.

Monday 16 September 2013

Urut Badan


Sesiapa yang pernah 'terkehel' sahaja yang tahu siksa jiwa dan raganya... Memang sangat tersiksa... Semalam Miz terkehel pinggang... tah pasal apa pun tak dapat nak kesan puncanya. Tapi yang pasti, memang dia akan 'tangkap' di bahagian pinggang. Berjalan, baring, duduk semua tak kena. Kesudahannya, sama ada jalan bongok 3 atau jalan tonggek itik.. semuanya untuk tarik sakit tu dari bahagian pinggang..


Macam-macam tukang urut Putrajaya Miz call, Kak Yong, Nek Mus, Hani - semuanya tak available. Faham-faham jer la, last minit dan hari cuti umum, ramai la yang ambil kesempatan
nak servis badan ni..

The last resort - pegi berurut kat Alamanda - Reborn. Tokey tu suggest ambik urut + cupping (ala-ala bekam buang angin) which is RM108.. kalau urut satu badan RM87...halal jer la labu... Rm108 pun RM108 lah..janji hilang siksa tu...

Tukang urutnya adalah warga China, wanita, lingkungan 30an.. memang satu badan dia urut, sangat puas hati.. kiranya berbaloi la Miz spend banyak tu...Alhamdulillah, berkurangan sakit Miz... hopefully besok bangun pagi terus hilang lah... Insyallah :-)

  

Sunday 15 September 2013

Pregnancy Pillow

Macam-macam bentuk, bermacam gaya, katanya membantu menyelesakan dan melegakan.. 

Miz dulu sampai anak ke-3 tak pernah tahu menda ni wujud di dunia fana ni... tahan ler kita sakit pinggang turun naik katil bagi mendapatkan posisi selesa... 

kekadang dapat, dapat ler tido... kekadang tak dapat - mula la mengelitin nak cari MC sebab mata ngantuk giler, memang malas nak kerja (over sokmo)!
 
Harga, hmm boleh tahan lar jugak.. ada a few blog yang offer bantal ni... to be fair, Miz ambil a few and the price offered..

1. Facebook Sofea Suhaimi (Maternity Pillow)
https://www.facebook.com/sofea.suhaimi.102?fref=ts
RM165 - RM200 - RM245

2. Facebook Maternity Pillow
https://www.facebook.com/pregnancymaternitypillow?fref=ts
RM220

3. Facebook Pregnancy Pillow
https://www.facebook.com/PregnancyPillow
RM290 - RM390

Masing-masing ada kelebihannya sendiri, terpulang pada pemilihan masing-masing jua lah... :-)

Yang penting, jangan asyik monteng kerja je tau masa mengandung ni.. walaupun sebenarnya Miz dulu memang asyik cari MC.. doktor pulak senang je nak bagi kat ibu mengandung ni.. dulu lar, sekarang Miz tatau macam mana... dah lama tak mengandung.. hehehehee....