Wednesday 1 February 2017

Kedai jual uniform murah Dengkil


Kedai Shuki, di pekan Dengkil.

Aku rasa kedai ni jual baju dengan harga yang jauh lebih murah untuk kami di area Putrajaya berbanding shopping di Parkson atau Aeon Jusco.
Stock baju sentiasa ada, bukan untuk hujung tahun sahaja.
Baju uniform dan kelengkapan peralatan ko-kurikulum pun ada.

Imej di ambil dari blog mummy-alia.blogspot.my
Jenama yang aku suka beli adalah Ventino.
kain licin, tahan lama dan mudah gosok..

Dari pembelian baju sekolah Disember lepas untuk saiz kakak Tingkatan 1:
Baju kurung putih kain licin : RM19.50
Kain biru laut : RM18.90
Kemeja lengan panjang : RM22.40
~ Harganya lebih murah sekiranya saiz yang dibeli adalah lebih kecil

Sebagai perbandingan:
Sehelai baju kurung kuning air kain licin (Saiz Form 1) :
Mubarak Store, Putrajaya : RM33.50
Ali Store, Kajang : RM36.00
Shuki Dengkil : RM24.00

Kain hitam (Saiz Form 1)
Mubarak Store, Purajaya : RM43.50
Ali Store, Kajang : RM28.00
Shuki Dengkil : RM18.00


Walaubagaimanapun, di Mubarak Store - Kain yang dijual memang berkualiti dari segi jahitan yang kemas dan kain cotton itu sendiri agak tebal. 
Di Ali Store Kajang - oleh kerana aku minta kain "yang murah sedikit" dari harga RM44  (pilihan pertama yang diberikan) kain hitam yang diberikan langsung tidak memuaskan hati sebab kainnya tanpa sebarang zip dan menggunaan pinggang getah sahaja. Oleh kerana tiada pilihan aku beli juga (masa ni dah malas nak patah balik ke kedai Shuki).

Majoritinya, sehelai baju kurung, kain, baju kemeja dan seluar lingkungan RM30++ dan 40++. Agak membebankan jika membeli untuk lebih dari seorang anak.

Bagi mereka yang hendak berjimat dalam pembelian pakaian sekolah, boleh lah cuba kedai ini. Selain dari menjual pakaian sekolah (termasuk seluar trek, singlet, stokin, tudung dan vest) kedai ini juga ada menjual pakaian harian (Blouse, seluar jeans, kemeja lelaki, slack) dengan harga yang sangat berpatutan.