Friday 13 January 2023

MASUK SINGAPORE MELALUI JOHOR : JALAN-JALAN SINGAPORE

Pengalaman kali ini di catitkan untuk rujukan diri sendiri pada masa hadapan kelak. Nak masuk 5 series ni memory retention semakin lama semakin singkat. Almaklumlahhh…

Trip kali ini adalah bersama-sama kawan-kawan sepejabat yang dirancang secara last minit pada 29 - 31 Disember 2022. 

Tukaran wang 28 Disember 2022:  SGD100 =

RM334 (Alamanda Putrajaya); 

RM327 (Dpulze Cyberjaya); 

RM324 (Kompleks Sultan Iskandar CIQ JB);

RM317 (Stesen Kranji Singapore)  

Tips1:Tukar duit di Singapore lebih untung!!

  

Gambar money changer di Kranji MRT Station

Tips2: Mudah menggunakan Credit Card, tidak perlu menukar lebihan wang yang tidak digunakan! Lebih jimat! 

Dari Putrajaya – kami menaiki kereta dan kemudian menginap di Hotel Crystal Crown, Johor Bharu. Dari hotel, kami ambik grab sahaja (RM12) ke Kompleks CIQ Sultan Iskandar (CIQ JB). Kat CIQ JB ni besar, selain ada imigresen, ada kedai juga macam macam… tapi ikut je flow nanti sampai la kat pintu imigresyen.

Untuk rakyat Malaysia, proses lebih mudah dan cepat sebab boleh guna autogate. Lepas selesai, kena turun sebelah bawah… kitaorang pun hari tu ikut je orang… hahaha… tahu-tahu dah sampai bahagian bawah tempat tunggu bas… Masa ni kami agak was-was, dan lepas tanya orang2 di sekeliling – ya, betul la ni tempat tunggu bas kuning! Tambang yang dikenakan adalah RM2.60 seorang.

 


Ini gambar masa kami turun ke bawah bangunan untuk menaiki bas kuning. Jangan binbang, ada je uncle-uncle driver bas akan panggil untuk naik bas.

 

Tips1: Sediakan duit secukupnya, kerana baki tak akan dikembalikan.



Perjalanan adalah kira-kira 10 minit sahaja (bergantung kepada keadaan trafik).

Di sebelah Singapore bas akan turunkan kita di Woodlands Checkpoint untuk proses imigrasen Singapore. Bersiap sedialah. Untuk beratur panjang. Dan beratur lama!

Selepas selesai proses imigresen, kita akan menaiki semula bas yang sama. Tapi kalau ter-naik bas kuning lain diaorang tak check pun sebab semua bas akan berulang alik dari CIQ JB dan CIQ Woodlands. 

Selepas urusan imigresen, kami kena turun bawah, untuk menaiki bas kuning semula.

Tips: Simpan tiket bas dari Johor tadi!! Nanti tunjuk je pada driver, tak perlu bayar lagi semula.

Kami turun di MRT Kranji.




PALING PENTING NAK MASUK SINGAPORE!

Ok lepas ni akan diceritakan tentang proses sebelum sampai ke Singapore..  ada 3 perkara penting – Passport, SG Arrival Card (online) dan SafeTravel (Pengesahan vaksinasi secara online).

Bab ni macam pening sebab teknikal skit, tapi PENTING!! Else proses nak Singapore akan tak smooth dan tersangkut di imigresen !


SEBELUM KE SINGAPORE:

Pasport mestilah BELUM tamat tempoh sahlaku! 

SG ARRIVAL CARD

SILA ISI SEKURANG-KURANGNYA SEHARI SEBELUM MASUK SINGAPORE! Sebab – ni boleh menyebabkan panic attack!! Isi awal, hati perut pun senang!

Mengisi borang SG Arrival Card (kalau dulu kita isi manual borang putih) 

ICA | SG Arrival Card


Ambik yang sebelah kanan – Foreign Visitors – then klik pada CLICK HERE tu

(aku tulih  ni sebab hari tu kami semua bengong nak klik kat mana pun tak tahu… betapa ngok nya rasa masa tu!) 

Hari tu aku ambik opsyen individual sebab rasa tu paling logic.. hahah.. tapi rasanya kalau pegi dengan keluarga  – maybe boleh explore Group Submission.

Ada bahagian-bahagian yang perlu di isi, dimulai dengan PARTICULARS, TRIP, PREVIEW dan kemudian SUBMIT. Ikut je flow dan arahan yang disediakan.


Kalau salah, kena tekan button “Pencil” untuk edit. Buat sampai selesai.


PORTAL SAVE TRAVEL

Lepas tu kena isi lagi satu form bagi pengisytiharan status Covid-19 diri : https://eservices.ica.gov.sg/STO1/VCP


Dia akan hantar TAC kepada emel. Semak emel utk TAC bagi meneruskan pengisian.

Untuk yang ni, kena siap-siap lah download sijil MySejahtera. Dia nak QR Code untuk vaksinasi yang terakhir sahaja. So kena cropkan siap-siap ruangan QR Code dan save dalam galeri Photo phone untuk upload.

Masa kat imigresen, dia tak minta pun untuk kita tunjuk prove apa-apa kerana semua maklumat vaksinasi akan di link terus dengan maklumat SG ARRIVAL CARD yang kita dah isi tadi. Asalkan semua isi dengan betul dan dapat pengesahan, ok la tu.  Tapi being us, snap shot la siap2 segala bagai yagn dah dapat pengesahan tu…. Baru rasa lega kan.

Kami banyak juga refer blog lain untuk memudahkan kefahaman proses masuk Singapore dari Johor Bharu. Terima kasih dan kredit kepada blog chasingthesuns.com

Cara Masuk Ke Singapore Melalui Johor Bharu - Chasing The Sun Travel Blog (chasingthesuns.com)


PENGALAMAN SEMASA DI IMIGRESEN

Kami pegi hari Jumaat jam 10.30 pagi. INFO: Jumaat merupakan hari cuti hujung minggu bagi negeri Johor.

Tips1:  Kalau boleh elakkan, jangan la masuk hari Jumaat. 

Tips 2: Kalau nak masuk Jumaat – Masuk awal pagi! Kami beratur di CIQ JB selama 15 minit sahaja tetapi di Imigresen Singapore selama 1 jam 30 minit! 


Kami tunggu lebih 30 minit barisan kami statik...barisan sebelah nampak ada orang dah lepas q kastam tu.. kami ambik tindakan bijak pindah barisan... alhamdulillah..cepat skit bergerak. Rupanya barisan asal kami sistem komputer dia tak up! Hmm... masalah sejagat imigresen mungkin! 

Summary Dari JB ke Singapore :

Imigresen CIQ JB -- turun bawah --- naik bas kuning -- rentas Tambak Johor --- naik escalator -- CIQ Woodlands -- turun bawah -- naik bas kuning balik -- Stesen MRT Kranji


MENAIKI MRT

Oleh kerana kami merasakan lebih mudah untuk menyoroti perjalanan kami berpandukan peta MRT, maka ini lah pengangkutan yang digunakan (ada 4 stesyen sahaja akhirnya yang kami guna!).


  

 

Untuk makluman, tak perlu beli travel card untuk membayar tambang – boleh gunakan Credit Card sahaja! Saya mencuba Maybank Debit Card – pun boleh!

Tips1: Study tempat mana nak pegi. Changi Jewel? Zoo? Garden by the bay? tempat2 ada yang free dan ada yang kena bayar. Peruntukkan masa lebih sekiranya kena bayar, baru berbaloi.  

Tips2: Perlu sudy siap-siap mana tempat yang perlu jalan kaki. Bukan semua MRT akan turunkan kita "Depan Pintu". Boleh gunakan google map. Ada blog yang cadang guna Apps Moovit. Yang penting - tahu mana nak pegi dan mana nak tuju. Apps mana-mana pun boleh guna.

Tips3: Prioritikan mana nak pegi dulu.. dari segi jarak, atau tarikan.

 

KELUAR DARI SINGAPORE

Destinasi terakhir kami adalah di Masjid Sultan, Kampong Glam. Kami berjalan kaki (tak jauh sangat dalam 10-15 minit jalan kaki) ke Queenstreet Terminal untuk mengambil bas direct dari situ ke CIQ Woodlands. Dari Queenstreet, perjalanan manaiki bas adalah kira2 30 minit.

Semasa kami sampai di Queenstreet Terminal tu, ada seorang pakcik teksi offer untuk bawa kami sampai “depan pintu rumah” dengan bayaran SGD10 seorang (satu kereta total SGD40). Masa tu rasa uh, mahalnya! RM120 sekereta!! Tapi bila difikir2 balik - Rugi pula kami tak ambil offer tu, sebab dah tak payah terkejar2 dah dgn bas atau turun naik kat CIQ dan mengambil grab!! Dan kami pun dah penat sebenarnya! Perkara lepas jangan di kenang!

Tips: Kalau berjalan dengan anak-anak, guna la teksi… Mahal Yes (relatif), tapi tak penat badan. Aman!

 


Gambar di atas tempat bas kuning drop kami masa nak masuk ke Woodlands CIQ...  

Dah sampai di CIQ Woodlands dalam jam 9.30 pm, dan kena naik ke sebelah atas untuk beratur di imigresen. 

Gambar di bawah masa kami beramai-ramai keluar dari bas dan menuju ke escalator untuk ke imigresen di sebelah atas.



Alhamdulillah, proses keluar lebih cepat… orang pun tak ramai sangat dan bukan warganegara Singapore pun boleh guna autogate, jadi proses sememangnya lebih ringkas… Selepas tu turun ke bawah terminal untuk mengambil bas kuning. Kali ini perlu membayar SGD4.80! Sepanjang melintasi tambak Johor, kami melewati deretan kereta yang sedang beratur.. masa ni terasa syukur juga naik bas, ada laluan khas yang lancar…



Kami diturunkan di CIQ JB tempat terminal yang mula2 kami naik bas ke Singapore tetapi di sisi lain pula… Dan kali ini kena naik escalator untuk ke Imigresen Malaysia di atas… Alhamdulillah juga, time ni orang tak ramai… proses cepat dan laju.



Summary Dari Singapore balik JB:
Queen Street Terminal (SGD4.60) - naik escalator -- CIQ Woodlands --- validate passport -- turun bawah -- naik bas kuning semula -- rentas Tambak Johor --- CIQ JB


Akhir sekali, kami membeli bekalan makanan di sini untuk dimakan di hotel sebagai makan malam….Sekian…..







Friday 25 June 2021

BSA MERABUNG OMBAK DI PULAU PERHENTIAN - TIPS KE PERHENTIAN

 TIPS AND TRICKS

Seperti biasa saya akan sharekan perkara2 do’s and don’t’s’ (yang di luar kebiasaan) yang saya rasa penting untuk dipertimbangkan:

JANGAN BAWA/JANGAN PAKAI:

  • Barang kemas
  • Topi semasa menaiki bot – nanti topi terbang!
  • Dompet semasa aktiviti hiking/snokerling
  • Handbag – kita ke pulau je kawan!
  • Wedges/heel

TETAPI BAWALAH:

  • Beg kalis air – untuk hiking/dibawa di dalam bos untuk meyimpan hf/cermin mata/duit
  • Duit kertas dalam beg kecik supaya sekiranya beg hilang/terjatuh, IC/Kad Bank/Kad kredit masih selamat
  • Walking shoes (boleh digunakan juga untuk hiking) dan Selipar (untuk biasa-biasa)

PENTING:

  • Biskut cream cracker untuk ikan. Roti juga bagus tapi roti cepat habis!
  • Air mineral extra
  • Jajan / buah pengalas perut, lebih-lebih lagi jika ada anak kecik...
  • Cash, cash, cash! Di Pulau barangan agak mahal dan mereka tidak menerima kad kredit, kad debit. Tunai sahaja ya.

Ku akhiri entri Pulau Perhentian ini dengan video yang diambil semasa hiking;


Semoga ketemu lagi Perhentian. 
Rindu dengan Vitamin Sea !!

BSA MERABUNG OMBAK DI PULAU PERHENTIAN - PART 3

 21 OGOS 2020

Hari ini kami ada trip snorkeling ke 3 gugusan pulau sekitar Perhentian. Semuanya secara pakej dengan PIR, termasuklah life jacket dan goggle mask. Selesai bersarapan di cafe, berkumpul di gazeebo PIR dan diberi penerangn cara memakai peralatan untuk snorkeling dan cara-cara ringkas untuk snorkeling. Jam 10 berkumpul di jeti.... dan kami bergerak dalam 3 bot....

Layankan gambar-gambar je la ya...











Lebih kurang macam tu la trip snokerling kami. Memang air yang sangat jernih, laut yang biru dan pantai yang putih melepak!

Tengahari kami pulang, makan dan kemudian balik sarang hemah diri... tidur lagi! Hahaha...

Petang - kami berpakat untuk ke Perhentian Besar untuk hiking!




Mencabar juga la nak hiking ni. Latip kata 15 minit je. Sebab masa tu badan aku pun terlebih lemak-lemak keibuan jadinya agak mengah nak mendaki.. takdenya 15 minit hehehe.....tapi kerana semangat ramai-ramai bersama kawan-kawn, akhirnya tiba juga ke penghujung /kemuncak pendakian ini...

Satu pemandangan yang sangat indah berlatarbelakangkan Laut Cina Selatan. Allahuakhbar! 




Petang tu kami santai-santai main air di hadapan chalet sahaja.... Untuk pengetahuan, PIR terletak di Teluk Pauh.. iaitu salah satu kawasna pantai yang cantik di Perhentian.

INFO TAMBAHAN
1. Tambang bot dari PIR ke Long Beach (tempat hiking) adalah RM10 pegi balik - kadar istimewa. Iaitu untuk trip tidak melebihi dari jam 6 petang. Kalau terlebih, kena bayar lagi RM10! 
2. Kawasan Long Beach ni macam-macam gerai ada... kalau tak nak mendaki, luang lah sedikit masa ke Long Beach untuk menikmati minuman / gorengan petang - Coconut Shake sangat femes.. dan goreng pisang panas memang nikmat!


22 OGOS 2020

Hari ni terakhir kami di Perhentian. Hari perjalanan pulang. Pagi tu sempat lagi mandi kali terakhir dikawasan depan PIR. 

Lebih kurang jam 11 kami menaiki bot untuk ke jeti Kuala Besut. Sampai di sana, ambik gambar last di KB sebagai kenangan di tengah-tengah hiruk pikuk dan cuaca panas dan kemudian kaum bapa pegi ambil kereta dengan pickup.






Hala balik, masing-masing menyinggah di Pantai Penarek untuk last ICT (ikan-udang-sotong celup tepung) dan balas dendam tidak dapat coconut shake di LongBeach semalam... 







Setelah tu masing-masing meneruskan perjalanan... ada yang pulang ke Kota Bharu, ada yang meneruskan pecutian ke Kuala Terengganu. Kami? Singgah ke Kampung Raja sekejap, jumpa mama dan ayah then bertolak balik ke Putrajaya.... Alhamdulillah, sekitar jam 10.30 kebanyakan dari kami tiba di destinasi masing-masing (Putrajaya/Bangi/Kajang). Berakhirlah trip 3H2M kami yang amazing sangat sebab "JADI" dan mendapat kerjasama semua sekali!


Next trip mereka kata - Pulau Redang pula!!!