Wednesday 31 October 2012

Gaya Rambut



Suka sangat dengan tocang. Takat tocang lipan (French Plait) dah expert dah. Sekarang baru belajar tocang baru – Tocang Lipan (Fishbone Plait). Anggun gile kakak bila pegi sekolah rambut bertocang. Kalau gaya tocang lipan tu memang lain sangat dari yang lain. Khadija tak nak tocang-tocang ni. Dia Islamic, pakai tudung pegi sekolah. Bagus, Alhamdulillah. Amik kelas dari youtube je. Sila lah buat lawatan tapak kalau nak tau camne. Pastu korang kupas ler rambut sesapa untuk dijadikan mangsa cobaan.

Fishbone plait yang aku panggil tocang lipan

French plait

'Oval' French plait on Khadija

French plait on Sofea

Tuesday 30 October 2012

Mesin Recon


*** Ini bukan entry yang berbayar, sharing is caring :-)

Penah dengar pasai barang elektrik 'recon'? Well, Miz pun terjumpa secara tak sengaja. Ni gara-gara nak berjimat la kan.. google for “Mesin basuh second hand”. Search result banyak la lambakkan mesin basuh dan bila go through, ada la iklan Mesih Basuh Recon. Harganya - sudah pasti lebih murah dari yang baru... Apa bezanya?

Dia kata:
Used unit is second hand unit, the condition maybe in good or nearly breakdown, it is depending on the luck of the buyer.
Reconditioned unit is nearly new for the overall performance since the malfunction part had been changed.

Untuk melawat kedai ni boleh klik kat sini.

Hah – apa lagi.



 ***** Hukum mesin basuh/peti ais/kereta second hand:
Harus, Menurut jawapan yang Miz dapat dari facebook Ustaz Azhar Idrus.

Monday 29 October 2012

Wangi sesegar taman firdausi


Lekat bau satu rumah kalau lepas menumis. Kalau pakai bawang putih lagi la, masyallah dari langsir sampai ke rambut jangan harap la ada lagi bau syampu. 

TIPS pertama: Sila Pakai Tudung kalau anda hendak memasak. Miz buat tu. Sayang bau syampu tau, nanti along cium busuk lak rambut bini dier.. kehkehkeh. Lagipun dapat mengelakkan rambut jatuh dalam masakan (huhu.. haru beb).
TIPS kedua: Sila pastikan rumah anda ada ESEN PISANG. Memang mantop. Buka je penutup botol dah semerbak menjalar bau dia. Untuk menewaskan bau tumisan tadi, this is what I did:
Microwavekan setitik esen pisang bersama air agak2 air tu beruap.

Perghh memang merebak satu rumah.  Harga RM1.90 je. Also available in Vanilla, lemon and apple. Cari le kat mana-mana kedai runcit. Anda pasti tak kecewa.


EXTRA INCOME



Selamat Hari Raya AidilAdha. Lama Miz tak update sebab balik kampung..

Korang nak cari duit lebih? Income dalam RM600 – RM1000 sebulan. Korang keja kat MacD, Carrefour, KFC  pun tak dapat macam ni tau, pas tu keja penat berdiri hampir satu hari. Takde peluang nak curi-curi tulang. Kalau betul-betul nak cari duit, memang sanggup lakukan apa saja kan (tapi of course lah yang halal jer beb, jangan ler buat yang haram. Masuk neraka you).
Keja la sebagai Pengawal Keselamatan. Serius. Cik Da Mak Guard Sejati memang boleh kompemkan kesahihan cerita Miz. Bukan sekadar cerita tapi realiti. Ambil la shif malam, 7 petang sampai 7 malam. Tak ler segan sangat terserempak bekas awek kan. Shif malam tersorok skit, korang boleh tido lagi, betol. Tapi bukan tido mati ler, ko giler tido time keja! Siang sambung keja betul (ada ke keja tak betul?) semula.
Sesapa aim nak kumpul duit untuk kawin or nak beli motor or untuk memenuhkan duit tabung haji mak (MasyaAllah besar nyer pahala korang) atau nak buat duit modal perniagaan tapi tak tahu nak keja apa, keja ni lah halal dan toyyiban.