Tuesday 25 June 2013

Harga TIles - tempat tiles murah - RENO PART 1

UPDATES:
ALL TILES SOLD OUT ALREADY.. THANK YOU :-)
-------------

Bila google, tak banyak info pasal harga tiles, corak tiles.. tapi tempat nak cari tiles memang banyak.. sampai tak tahu nak pegi mana. Jalan reko.. sungai chua..nilai..
So, rasanya tempat yang Miz pegi memang murah. Mungkin ada tempat yang lebih murah - tapi tak larat nak menjelajah sesatu dan at last patah balik kedai yang sama - typical of a woman la kan..

Lokasi: Jalan Reko, kalau dari Econsave Bangi turn left, pass by Petronas dan 1st traffic light - kat belah kira tu lah kedai dia.
"JOHAN TILES"

Range harga.. pergh.. memang berbaloi-baloi.
Tiles 2' x 2' (utk lantai dining hall) - From RM9.80 (tokey kasi RM9.50)

Tiles 1' x 1' (utk lantai dapur, bilik air - apa2 lah) - From RM1.50

Tiles dinding bilik air - Miz amek yang 10inci x14inci - RM2.80 (tokey kasi RM2.20)

Sinki - Range dari RM60 (harga tokey kasi) - RM400.. pilih la nak yang mana

Toilet bowl, sink, shower head, kepala paip dan lelain semua ada..

Semua Miz ambil kat sini.. one stop center gitew..
Pilihan untuk tiles memang berbaloi.. tapi utk lelain kelengkapan tu, boleh lah... tak perlu fikir nak pegi kat kedai DIY lain, Jimat masa.. harga juga berbaloi-baloi..
Cuma sales girls dia je garang gila, bercakap macam nak bergaduh.. haha.. tapi sebenarnya mmg gaya diaorang bercakap macam tu, so jgn takut-takut atau rasa 'intimidated' kay.. pilih atau tukar fikiran byk kali - don't worry.. amoi tu layan..

Promote kedai...kena minta komisyen dengan tokey nih...

























Thursday 20 June 2013

Batch Mana?

Ada sesetengah orang terus familiar dengan frasa ni :-)



Hari tu Miz memenuhi jemputan 'House Warming' dari sahabat lama. Baru beli rumah kat Presint 18 (kot tak silap) Fuh, memang lebih dari setengah juta! Gitu lah rumah kat Putrajaya ni, melangit harganya.. Rezeki dia ada lebih skit hubby dapat bonus 10 bulan dari syarikat minyak. Alhamdulillah, kita pun tumpang seronok dan excited tengok rumah dia.

Nak dijadikan cerita, masa Miz sampai, bersekalilah bersama-sama dua-tiga orang jiran Cik Leha. Yang kaum wanita ni, Cik Leha la sambut. Salam peluk cium laga pipi bagai. Kaum bapa pula, hubby Cik Leha - Si Man yang sambut.
Yer la pertama kali jumpa jiran, berkenalan ler skit-skit kan. Sambil-sambil tu Miz sempat tangkap bibit perbualannya. Jiran tu bertanya pada Si Man - "Batch Mana?"

Tadaaaaaaaa..........

Bermula lah skrip yang Miz pasang telinga (bukan nak bizi body tapi bizi la jugak~) hehe..

Jiran: Batch mana?
Si Man: Ah... batch?
Jiran: Intake..
Si Man: Intake..?
Jiran: P**..
Si Man: oohhh Persatuan penduduk eh.. saya belum daftar lagi (nak tergelak tapi maintain sbb tgh bizi pasang telinga kann)
Jiran: terkulat-kulat terpijat-pijat tersipu-sipu dan tersenyum kelat dan er er er....
Si Man: Jemput la masuk makan.....

dan Miz pun masuk makan dengan kenyangnya....

Memang sangat stereotype... di-stereotype semua orang dari skim perkhidmatan yang sama (skim perkhidmatan tu je kot dianggap mampu beli rumah sendiri. sedih kan)
Apakah?
Maka.. PENGAJARAN..
Setiap kal bertemu jiran tetangga - jangan diusul batch mana.. intake mana...pangkat apa...

Jiran kita, semuanya jiran kita jua... tak kira kedudukan dan seniority - asal JIRAN SEPAKAT, MEMBAWA BERKAT...


Tuesday 18 June 2013

Second wife

Topik ni sangat taboo bagi kebanyakan wanita. Jangan kata nak kawin, sebut topik pasal nak kawin lain pun sorry - nahas cari pasal. Rata-rata para isteri berkata jangan percaya sangat kat suami, pantang lepa terlepas mata kita, melilau lah mata dia.

Hmmm... familiar? Miz penah tengok pun para suami, yang berdukung anak lagi - meleret anak mata menengok pompuan lawa disertai seksi skit melintas depan mata.. memang menyampah juga sebenanrnya. NAmpak sangat gelojoh gatalnya.

Tapi topik ni sangat open bagi Miz. Alah, lelaki ni, kalau dia nak buat hal, macam mana kepung pun dia jumpa juga jalan keluar. Macam mana bini tak percaya pun, kalau dah auta tu memang gelap mata isteri tak nampak satu pun. Kalau dah niat nak tipu bini, memang hidup-hiduplah kena tipu. 

Bab tu - Miz memang maleh nak pening kepala atau sakit hati dok menyemak sms/kol husbend. Tapi so far alhamdulillah, sesekali buat audit takde la yang pelik2 tu kat hp dia.. hehehee..

Miz selalu cakap kat husband, kalau nak kawin lagi, cakap. Jangan senyap-senyap.  Saya tak mintak bunglow atau keta sebijit - Secara realistik, memang tak mampu pun... tapi sekurang-kurangnya awak kena compensate sayaFeeling - RM7k sebulan. Utk kurangkan sakit hati saya.
Lagi satu - kalau nak cari bini baru - pastikan orang kaya. Jangan sampai menyusahkan saya. Kurang-kurang kalau dapat madu kaya, hati tak sakit dua kali nak menanggung laki yang dok menanggung bini satu lagi. Kita pulak dok menyara keluarga belah sana. Apa cer???

Kawan Miz kata Miz gila.. hehehe.. gila jugak bunyinya kan.. izinkan suami kawin lain. Tapi bila difikirkan balik - orang dah nak, larang macam mana pun, tak guna juga. Dari dia menyorok2 buat dosa, baik lah halalkan semuanya.
Kena realistik dan berpijak di bumi nyata, jangan diturutkan rasa.

Cuma tu je lah - nak kawin lain - JANGAN SAMPAI MENYUSAHKAN SAYA. Hati dah cukup sakit.

Abang nak kawin lagi satu?