Saturday 1 December 2012

Customer service in Japan



..dikisahkan dari seorang rakan..

Kawan Miz nak cari restoren muslim di Tokyo, dan dia dimaklumkan oleh sepupunya yang baru tamat pengajian di Jepun di kawasan tu ada, tapi dia tak pasti nama dan kawasan yang tepat. Tak berputus asa, member ni pun cuba lah telefon telefonis dan bagitau dia nak cari restoren muslim tapi tak tahu kat mana. Dia dok agak, mesti lah respon tu “Maaf Encik, kami tak boleh cari jika tiada nama dan nombor telefon”. Tapi, sebab dah tak tahu nak cari kat mana, dia gamble je lah cuba nasib dengan telefonis. Memang pun, telefonis tu tak dapat nak bantu. 

Lima minit kemudian – telefonis tu kol balik, bagitau dia dah jumpa restoren muslim tu, dan beritahu kepada kawan ni bukan sahaja nombor telefon dan alamat restoren tetapi siap bagitau waktu operasi dan kadar kesibukan restoren tu kat member ni. Telefonis tu kata, “Saya bagitau Encik sebab pekerja dan pemilik restoren tu tak tahu English dan kalau encik kol pun tak dapat nak cakap”

Pergh! Sangat kagum, telefonis tu boleh memberikan perkhidmatan yang MENJANGKAU skop kerja beliau dan telah memberikan lebih jauh dari apa yang kita harapkan.

Begitu lah gamaknya FIRST CLASS MENTALITY.

Sorry for construction  noise

Sorry for any conveniences during the construction

Konsep "kawai" atau kiut turut mnghiasi tapai pembinaan di Tokyo.

0 comments:

Post a Comment