Wednesday 28 November 2012

Rindu mereka!

Nov 2011
Dari 12 November mereka bertiga sudah berada di Besut – meluangkan masa cuti sekolah bersama Tok Ma dan Tok Yah. Memang sakan di sana – main game sampai larut malam, tengok Running Man, bangun matahari dah tinggi – semuanya “FOB”–“Free Of Bebel”! 

Tiap-tiap hari diupah seringgit seorang dan berduyun lah 3 beradik satu sepupu ke kedai di sebelah rumah – aiskrim! Tiap-tiap hari jugalah aktiviti seharian bermain sepuas hati.. buka “Pusat Seni” iaitu bilik tamu tamu di belakang ditampal-tampal kertas lukisan dan apa-apa lagi potongan kecil-kecil kertas; “Penerbangan ke luar negeri” – setakat ini penerbangan ulang-alik ke Paris, London, Brazil dan Amerika (tau ke kat mana tu?) – kerusi makan disusun menjadi tempat duduk dalam kapal terbang! Pejabat dan pusat jualan, jangan di tanya, pasti merata-rata!

Rindu mereka!! 

Ogos 2012


0 comments:

Post a Comment