Thursday 15 November 2012

Dah buat dosa tu, realistik la skit



Entri kali ni panjang berjela.

Aku cukup tak faham. Asal beranak anak luar nikah – nak campak dari bangunan. Flush dalam jamban. Tinggal tepi tong sampah. Tindih dengan tilam. Buang dalam longkang/sungai. Bungkus dalam beg baju. Comfirm mati la baby tu. 

Kalau iya pun tak rasa takut dengan Tuhan atas dosa berzina tu – jangan la cari pasal dengan undang-undang manusia bila disabitkan dengan kesalahan membunuh!! Realistik la skit. Be practical.

Ingat boleh lepas ke? Polis Malaysia cekap tau! Kejap je dah tau sapa punya angkara. Masuk berita, masuk paper – terpampang muka si polan polan.  Lagi malu satu sekolah- satu kolej - satu universiti - satu kampus – satu kampong dan kampong sebelah – satu keluarga tau. Nak trace pompuan yang baru beranak – macam makan kacang je. Kalau iya boleh sorok perut yang menggeleber semacam tu – pendarahan di peranakan 40 hari baru kering dey.

Banyak opsyen. Fikir. Kalau dah TERmengandung:

1st thing – perkara ni memang kena bagitau mak bapak. Hal sebegini tak boleh diselesaikan sendiri. TAKUT? Mak bapak marah maki hamun anak tak mengenang budi menconteng arang ke muka keluarga anak setan sampai nak bunuh dengan cara cekik, tembak, balun, racun atau lempang anak tu sampai mati? At the first place – memang patut pun kena marah – dah buat dosa berzina sampai mengandung, takkan mak pak suka hati gembira pulak. Bab tu memang la kena jangka. Tapi – dah habih ‘lava’ marah ibubapak ni – takkan nak bunuh anak tu sebab nak jaga prestasi keluarga. Mak bapak yang rasional tak de nak masuk penjara sebab bunuh anak sendiri. 2x malu camtu. Bila orang tua dah tau – mereka akan cari jalan penyelesaian. Bayi tu tak perlu dibuang atau dibunuh.

2ndly, kata la memang tak boleh bagitau mak bapak atas sebab-sebab lain SELAIN DARI TAKUT KENA MARAH atau dibunuh mak bapak sendiri – dah tau mengandung tu cepat-cepat ajak pakwe nikah. Kalau dia nak – syukur alhamdulillah, selesai masalah (tak selesai jugak sebab status anak tu kena betul-betul faham) Kalau dia taknak, pujuk la – takyah hantaran grand bagai, cukup syarat je. Janji  kawin. Dah tu – boleh la cari wali.. abang ke, adik ke, bapak saudara ke.. kalau cakap betul-betul, mesti ada orang yang boleh tolong. Bukan minta tolong pakwe/abang/bapak saudara buangkan baby tu dalam sungai – rujuk balik fakta di perenggan ke tiga di atas – polis Malaysia cekap!!

3rdly – cari rumah perlindungan. Stay kat situ bila perut dah besar. Bersalin kat situ. Diaorang akan bagi bantuan dari segi kaunseling, pemeriksaan kesihatan dan bila baby tu lahir, ada opsyen sama ada nak jaga sendiri atau nak serah untuk dijadikan anak angkat.

4thly – “Baby Hatch” kan ada. Dah tau mengandung – cepat-cepat cari lokasi baby hatch yang terdekat. Kena buat homework la skit – macam mana nak sorok perut selama 9 bulan tu. Biasanya orang yang buang baby ni – dia boleh survive 9 bulan sorok perut. Sia-sia la usaha dia simpan rahsia selama 9 bulan tapi akhirnya tertangkap sebab kes buang bayi. Kira skit je lagi nak lepas tapi tak lepas sebab bunuh anak sendiri.

5thly – cari family yang tak ada anak yang sanggup jaga sampai la saat-saat kelahiran.

6thly – bersalin je kat hospital, lepas tu – walk away. Kesalahan takat tinggal baby kat hospital – bukan membunuh bayi.

7thly – HABIS HABIS HABIS opsyen – letakkan baby di tempat yang SANGAT SELAMAT yang pasti ada orang akan jumpa baby tu dalam keadaan yang baik. Jangan sampai anjing sampai dulu daripada orang, atau jangan sampai semut kerumun baru orang jumpa. Lebih bijak, letakkan di rumah orang yang dikenali. Supaya dapat dipastikan kesejahteraan baby tu. Beli prepaid nombor baru, dan sms orang tu kata ada baby kat atas kereta/depan pintu rumah.

Rasanya banyak lagi opsyen-opsyen yang ada. Dah buat – kena la bijak. Tau je TERmengandung – kena plan betul-betul. Simpan duit, baca buku, cari maklumat. Tak perlu lah sampai nak buang. Flush dalam tandas. Isyy, bila tandas tu tersumbat, orang tahu jugak..

Tersilap langkah sekali, tak bermakna perlu terus tersilap lagi.

0 comments:

Post a Comment