Tuesday 13 November 2012

Nak kaya - join multi level? Serius?


Sorry seminggu tinggal blog. Bizi la konon.

Miz ni memang peramah orangnya dan banyak cakap mulutnya. Ditambah pula dengan sifat pemalu yang tak la berapa nak tebal. So, ramai la anggap Miz sebagai orang yang sesuai untuk membuat promosi dan iklan-iklan tak berbayar ni (kalau berbayar best jugakkan). Ramai bisneswoman yang berjaya (berjaya la kot sebab bawak keta BMW and tunjukkan slip gaji income masyuk tiap-tiap bulan 5 angka you) yang approach, geleng kepala rasa ruginya tak ambil peluang dengan kebolehan yang ada untuk approach kengkawan dengan cadangan pelan perniagaan.. 

Actual fact – Miz tak suka nak kempen kengkawan soh beli barang-barang ni. Tapi, entah macam mana (sebab kawan la jugak) akhirnya termakan dan terjebak juga dengan bisnes multilevel ni. Jual penapis air. Mungkin masa tu, termakan dengan cadangan perniagaan yang diajukan. Mungkin masa tu – rasa bosan dengan scenario semasa –  nekad untuk memulakan hidup baru dengan azam yang baru. 

Konon.

Seperti diperkatakan, Miz tak suka nak approach kawan. Rasa sangat bersalah. Apatah lagi untuk join, kena laburkan ribu riban. Memandangkan duit yang dah dilaburkan, gigih jugak mencari customer. Fuh, nasib dapat.. tapi 9/10 adalah bukan dari kalangan kawan. Customer setakat customer SAHAJA, yang beli barang. Sikit pun Miz tak kempen soh join jadi member and invest. Tak sanggup.

At last, tinggallah pelan perniagaan dan beban hutang yang perlu diselesaikan. Tapi satu perkara Miz berpuas hati – tak hilang kawan!
Sakit sekarang bayor hutang.. adoi. 

Pengajaran: Bukan senang nak jayakan pelan perniagaan multi level ni. 

Bukan Senang.

0 comments:

Post a Comment