Thursday 24 June 2021

Kisah Umrah - Shopping di Madinah dan Mekah

Update 2021:
Rupanya dah lama posting ni saya tulis tapi lupa nak publish! Oleh itu walau DAH BERTAHUN - saya publishkan juga... semoga bermanfaat pada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DISEMBER 2017 
Semasa di sana, saya tak shopping mana, sekadar membeli untuk keperluan dan untuk dijadikan hadiah kepada keluarga dan rakan terdekat.
Walaubagaimana pun, saya kongsikan apa yang saya beli dan tempat mana yang saya rasakan murah.

Madinah
- Tak sempat shopping di Kota Madinah!
- Masuk kedai runcit depan hotel Dollah Taibah sahaja - beli biskut dan coklat. Harga - ada yang murah dan ada yang lebih mahal dari di Malaysia.


Masjid Quba
- Jika ingin mencari ole-ole dalam kuantiti yang banyak, boleh beli di sini-
Di sini ada ramai penjual jalanan, dan jika ingin membeli apa-apa di sini beli lah.
Harga jauh lebih murah dari di Pasar Kurma atau di Mekah. Saya telah membeli Coklat timbang kilo dengan harga SR20/kilo, berbanding SR30 atau SR35 di pasar kurma atau di Mekah. Barangan lain yang dijual adalah seperti kekacang, shawl, tasbih, minyak wangi kasthuri dan sebagainya.
Saya turut membeli Kurma Ajwa yang telah siap di pack dengan harga SR25 satu bekas 1kg (berbanding SR65- SR80 di pasar Kurma!)

Review:
Coklat - saya tidak rasa kerana telah habis di bahagi-bahagikan kepada saudara mara, rakan-rakan suami dan sahabat selepas pulang ke tanah air. Menurut anak saya - rasanya biasa-biasa sahaja.
Kurma Ajwa - berpadanan dengan harganya yang murah, kurmanya lebih kering dan kurang enak berbanding yang ada di jual di Pasar Kurma.

RnR antara Madinah dan Mekah
Perjalanan 6 jam dari Madinah ke Kota Mekah akan singgah di RnR ini, tetapi saya tidak pasti apa nama tempatnya!
Antara barang yang saya rasa berbaloi beli di sini: Madu Habbatussauda SR50/1kg

0 comments:

Post a Comment