25 JUN 2021
Lama betul tak update blog ni. Tapi bila hari ni bila scroll
semula kandungan blog, wah bagusnya bila menulis, ada catitan perjalanan, ada
tips, ada do’s and don’t’s…. kalau di IG tak la bercerita mana. Oleh itu, saya update juga blog ni, untuk menjadi kenang-kenangan di masa hadapan.
JUN - OGOS 2020
Setelah lebih setahun di”kurung” akhirnya pada pertengahan
2020 kerajaan telah melonggarkan peraturan dan membenarkan pergerakan rentas
negeri. Sememangnya bos kami, yang dipanggil "En Ahmada" telah lama mencadangkan agar
diadakan satu trip bagi warga BSA (itu nama bahagian kami di pejabat) ke Pulau Perhentian.
Rancangan telah bermula seawal bulan Jun bagi pemilihan tarikh, chalet,
pembayaran deposit untuk aktiviti di sana dan sebagainya.
Sudah tentunya trip kali ini agak berbeza kerana selalunya saya ke Perhentian bersama keluarga. Kali ini, sayapergi secara solo sahaja, kerana
ia lebih menjimatkan!
Atas keputusan ramai (dan keputusan bos!) tarikh yang dipilih adalah 20 – 22 Ogos 2020 (3H2M Khamis –Sabtu) iaitu pada hari bekerja. Seronok pergi dengan bos ni rupanya kerana soal cuti “bisa diatur”!
Akhirnya seramai 23 orang warga BSA (tidak termasuk ahli keluarga) telah memberikan komitmen untuk menyertai percutian ini dan penginapan yang dipilih – Perhentian Island Resort (PIR) memandangkan di situ sahaja yang mempunyai kekosongan mengikut keperluan kami!
Harga yang kami perolehi setelah membuat rundingan harga:
3D2N PACKAGE (Per Person)
Premiere Beach Front (Single Occupancy) : RM800.0019 OGOS 2020
Perjalanan dimulakan secara berasingan, tapi mana-mana
keluarga/kereta yang nak berkonvoi masing-masing berjanjianlah. Untuk kumpulan
kami - solo “mak-mak dara” group RedBeemer menaiki kereta Kak Shidah dan semua
berkumpul di pejabat pada jam 3.. kemudian jadi jam 4.. dan kemudian selepas
Asar dn akhirnya pada 6 petang kami bergerak dari Putrajaya. Mak dara ber4 ni
punya barang, sampai penuh boot kereta dan seat depan belakang!! Tinggal
ruangan untuk duduk sahaja!
Lebih kurang jam 1.30 pagi, kumpulan Redbeemer sampai ke Besut, iaitu terus ke rumah ku! Alhamdulillah…..
Dan kemudian, sehinggalah jam 4 pagi… masing-masing yang “tiada
punca” saya arahkan terus ke Kampung Raja dan berehat dahulu di rumah sementara
menunggu pagi. Mama dan Ayah pun menjamu tetamu dengan seadanya apa yang ada à iaitu duriannn!!! Jam
3 pagi masing-masing makan durian hokeh!!!
Pian, Bert, Husband Vic, Latif dan Rizal sempat membaham durian setelah sampai ke rumah |
Vic menyembang, anak dia dah ngantuk benar dah tu. Sebelah tu wife Rizal |
Cik Nora dgn Pn Ina sempat teman mama dan ayah sahur pagi tu <3 |
Pengalaman sungguh berharga menjadi “pilot” semasa menghala kan kawan2 ke rumah.. berbekalkan waze, dan dengan melambai2 di tengah jalan menggunakan handphone yang menyala, selamat lah kira-kira 9 kereta sampai ke kediaman Hj Atan dan Hjh Kalsom! Mama cepat je suruh keluarkan segala tilam dan bantal utk semua.. haha.. sapa2 yang sempat tidur tu, lelap lah sekejap… ku - memang kompem tak tidur sampai sudah!
Paginya, lepas masing-masing selesai solat subuh dan mandi bersihkan diri, masing-masing akan ke rumah Baiti kerana agenda seterusnya adalah acara makan-makan di rumah Baiti pula di Jalan Bukit Puteri (Bukit Putri Jertih)
Then masing-masing bergerak ke rumah Baiti pula... sesetengah telah pun menunggu di sana...
Dr N, Dr Lin, Azran, Pn Roy, En Ahmada, Effa, Maziah...
Untung la ada orang tu dapat bergambar dengan Dato Seri Hj Idris bin Jusoh. FYI, Dato' Seri jiran sebelah rumah Baiti je.. |
0 comments:
Post a Comment