Monday 11 December 2017

KIsah Umrah - Things to do

Apa nak buat di Medinah dan Mekah?

Beribadat, beribadat, beribadat!
Sedikit shopping
Sedikit lawatan - Aktiviti ziarah yang diaturkan oleh pihak agensi
Sedikit jalan-jalan sendiri :-)

Sebolehnya, lakukan lah perkara2 ini:
1. Solat waktu di masjid
- di Madinah atau di Mekah
- Lebih mudah jika datang awal, dapat pilih tempat, dapat tempat yang selesa, atau dapat yang mengadap Kaabah
- Boleh mengaji / buat solat sunat banyak-banyak
- paling tidak


3 pasang selipar ini lah yang menjadi alas kaki sewaktu perjalanan balik dari Madinah - KUL :-)
- tidur je... dengan niat iktiqaf dalam masjid... tidur pun dapat pahala you! dari tidur kat hotel kan.... tak dapat apa2 pahala extra :-)

2. Tawaf sunat
- Ni kat Mekah sahaja, di mana kalau terlalu letih untuk buat Umrah, buat sahaja tawaf banyak2
- Untuk memudahkan urusan, lebih baik kaum bapa memakai kain ihram supaya perempuannya dibenarkan mengikut sama untuk tawaf di bawah (kawasan Kaabah) di mana pusingannya lebih kecil..
- Seperti saya - memang sungguh tak larat nak buat saie, cukuplah mengikuti 3 kali Umrah yang dibawa oleh agensi, kali ke-4 di bawa ke Tanah Halal memang kami sekadar membuat tawaf sahaja tanpa berniat umrah (di Tanaem). Terasa ada sedikit kerugian di situ...


3. Datang awal ke masjid
- Jika kita terlewat, besar kemungkinan tidak dibenarkan masuk dan terpaksa solat di kawasan luar masjid sahaja.
Jika di Mekah, masih bernasib baik kerana kawasan luar masjid masih dianggap sebahagian dari masjid dan masih dapat pahala seolah2 bersolat di dalam masjid itu sendiri.
Tetapi bagi ke Madinah - alangkah ruginya jika terpaksa bersolat di luar dinding masjid kerana sesungguhnya dataran Masjid Nabawi bukan lah sebahagian dari masjid. Ni sama je pahala kalau kita bersolat di Masjid Negara.


Pengalaman Sendiri:
1. Bawa mak menaiki kerusi roda untuk memasuki Raudah di Masjid Nabawi merupakan satu rahmat, orang-orang yang menggunakan kerusi roda disediakan laluan khas untuk ke Raudah. Syukur Alhamdulillah.
Kami hanya perlu beratur dan mengikuti arahan dari petugas Rayhar... dan Pengawal wanita... biasanya hanya seorang pengiring yang dibenarkan masuk... tapi oleh kerana saya membawa membawa 2 anak perempuan, mereka terpaksalah di bawa sekali... Syukur sekali lagi Pengawal Wanita tidak banyak soal, kami terus sahaja dibenarkan berada di laluan kerusi roda tersebut.
Kawasan Raudah yang diperuntukan untuk kerusi roda tidak lah luas mana, manakala kerusi roda yang disusun bagi setiap "batch" adalah dalam 5 x 6.. tinggal sedikit ruang sahaja untuk pengiring (seramai 30 orang tersebut) bersempit2 di ruang belakang.
Pandai2 lah mencari tempat untuk bersujud.

Ini adalah laluan kerusi roda. Bergerak dalam 2 barisan.. sentiasa kena rapat sebab meraka yang tidak berkerusi roda (khisusnya dari India) jenis suka cilok, degil dan tidak mematuhi arahan Pengawal Wanita

Mimbar Nabi Muhammad Rasulullah saw rasul kita - nampak sedikit sahaja terlindung dengan tiang

Sempat snap beberapa gambar sebelum ditegur oleh Pengawal Wanita.. Opss..


2. Bersedekahlah dengan apa cara sekali pun
Di Madinah waqaf naskah alquran yang diterima hanyalah naskah standard yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi sahaja, selain dari naskah tersebut, mana-mana quran yang disedekahkan/diletakkan di rak dalam masjid akan dikeluarkan (dan diletakkan di masjid2 lain di sekitar Kota Madinah). Sekiranya ingin waqaf alQuran, boleh dibuat melalui petugas agensi masing-masing. Harga senaskah yang biasa SR70 manakala naskah yang besar adalah SR100.
Boleh juga mewaqafkan kerusi untuk kegunaan jemaah.

Sediakan buat kurma/makanan kecil/coklat/gula gula batuk untuk disedekahkan semasa kita berada dalam masjid.. Pemandangan di mana jemaah akan berdiri dan menghulurkan sedekah makanan kepada barisan demi barisan jemaah lain adalah perkara biasa...

Sediakan juga wang kecil SR1 untuk disedekahkan kepada petugas di dalammasjid - seperti pemungut cawan/pembersih karpet dan engisi tong air zam zam. Pekerja yang menyapu jalan juga akan berdiri tercegat setiap kali waktu orang pulang dari masjid untuk menerima sedekah dari jemaah.

Sedekah juga boleh diberikan kepada jemaah yang berada di dataran masjidil haram. :-)


0 comments:

Post a Comment