20 OGOS 2020
Selepas selesai acara makan-makan dan ambik-ambik gambar di rumah
Baiti, kami pun bertolakkah ke Jeti Kuala Besut. Sampai sekitar jam 9 pagi…. Kaum
bapa pergi memakir kereta di luar kawasan Kuala Besut… Dah booking siap-siap
tempat parking. Kemudian, ada pickup syarikat yang hantarkan kembali ke pekan
KB. Masyallah ramainya umat manusia di KB yang hendak ke Perhentian! Almaklumlah,
masing-masing menggelupur tk dpt pegi New York, London dan Paris, maka
destinasi percutian dalam negara menjadi tumpuan utama. Ramai di antaranya bergerak
dalam kumpulan yang besar. Dalam kepanasan dan kekelautan manusia tu, dalam jam
10.30 tibalah giliran kami menaiki bot PIR. Oleh kerana kami ramai, terpaksa
dipecahkan kepada 2 trip. Dan malang sekali, trip yang kedua hanya bergerak jam 11.30 kerana
ketiadaan bot! Kesian yang naik bot ke dua tu! Khususnya Dr N dan Farah kerana ada anak kecil!
|
Tempat menunggu PIR. Orang ramai, Hari dah panas!! |
|
Anak Pn Ina tolong jaga beg |
|
Trip pertama, muka ceria belaka |
|
Trip ke dua... kesian... bos pun termasuk trip ni.. huhuu.. |
Bila dah sampai tu, seronoknya rasa.... memang elok tengahari matahari tegak atas kepala tiba di PIR!
Untung PIR ada jeti sendiri, dari jeti terus sahaja berjalan ke lobi hotel..
Banyak la kejadian-kejadian yang kurang enak berlaku.. di antaranya, walaupun kami tiba dulu, terpaksa tunggu juga kerana tidak boleh terus check in. Lama juga rasanya menunggu, sehingga bot ke 2 tiba baru la PIR release bilik sedikit demi sedikit. Sabor je la... Bila dah dapat bilik, rehat dulu.... acara bebas. Oh, lunch ada disediakan oleh PIR.... alhamdulillah....
|
Laluan ke chalet kami |
|
Ni bilik twin sharing aku dengan Kak Shida. |
Kami just lepak bilik, dan lepas jamak solat, aku terus pengsan sebab tak tidur dari semalam! Tapi Petang tu, dalam jam 4.30, kami keluar ambil angin tepi pantai.... nak mandi, panas ceng ceng lagi.. lepak-lepak selfie namanya.
|
Bos curi ambil gambar kami dari chalet dia! |
|
Effa, Yu, Baiti, Jannah... semua muka mati kutu dalam bilik hehehe.... |
JANGAN TERKEJUT kalau bekalan letrik tiba-tiba putus. Di pulau memang begitu. Dalam 3 - 4 minit sahaja. Nanti ada semula....
Malam pertama kami di sana, di meriahi dengan acara barbeque yang telah di sediakan oleh keluarga Baiti. Seperti biasa, tukang bakar ni kami serahkan kepada kaum bapa....
Selain dari Barbeque, kami juga ada pakej makan malam yang telah diambil dengan PIR. Mewah sungguh makanan malam tu. Yang lucunya, tetamu lain turut bertanya sekiranya ada "jual" pakej berbeque ini! Hahaahaaaa... Maaf ya, ini ekslusif untuk kumpulan kami sahaja!
Ok, sambung next entry untuk hari seterusnya...
0 comments:
Post a Comment