Tuesday 15 November 2016

Ho Chi Minh - Off the beaten path - Part 3

Sambungan dari Part 2 ~ 

Teksi turunkan kami di Pasar Ben Thanh. 

Kami terus masuk pasar - demi memenuhi permintaan anak-anak untuk membeli ole-ole buat kawan-kawan mereka. Nak membeli di sini memang kena betul-betul ada kemahiran tawar menawar. Aku kena tipu hidup-hidup masa masa beli coin-pouch sulam organza untuk Haikal. Harga buka RM10 sehelai. Aku tawar habis-habisan dapatlah RM4 sehelai. Ingat bagus dah ni. Beli 10 helai.
Gambar dari Google. Yang aku beli kat HCM ada sulam skit...

Nasib aku tak terbeli key chain di kedai ini. Masa aku dok tawar dengn minah tu Pakcik Mie dah siap nak ambik dah - satu papan 10 ketul dia jual RM30.. Gila bapak mahal! Aku mintak tawar RM15 dia tak kasi - Ok lah fine, aku blah. Lepas tu dia panggil balik - kira jadilah harga RM15 tu, nasib baik Haikal tarik tangan aku kata tak payah lah Ibu. 

Kat kedai depan skit dari kedai tu, bila aku tanya harga keychain sepapan, terus je Amoi tu bagi RM10! Dan coin pouch sulam kain organza tu hanya RM2 di kedai dia! Aduhh! Betullah bukan rezeki aku!
So, kesimpulannya:
Untuk beli ole-ole yang kenit-kenit ni, survey dulu dan boleh terus tanya harga sepapan.. Cuma jangan start tawar menawar. Kalau ada yang terus memberi harga RM10 untuk 10 ketul - boleh terus beli! Tapi kalau dia hulur calculator dan suruh kita letak harga - memang naya kalau kita salah tawar.. Rugi!

Ni amoi yang kedainya murah - tak nampak pulak nombor kedainya - tapi SEBELAH kedai #796

Kecewa dengan harga yang salah tawar, terus pegi makan - kali ni ke kedai Halal Amin - aku suka kedai ni sebab banyak kali pergi hidangannya memang tak pernah mengecewakan... Bila perut kenyang - kuranglah skit rasa kecewa salah tawar tadi :-)

Sementara menunggu ikan siakap masam manis siap, aku keluar sekejap dan dapat lah cari beberapa barang seperti di bawah ni:

Seluar track RM10: 
Jika ingin membeli seluar track murah untuk anak-anak, di luar kedai Halal Amin ni ada orang buka tikar dan jual seluar track. RM10 sehelai. Anak-anak aku ambik saiz XL ok semuanya ngam. Kualiti ok lah bagi ku, lebih baik dari kualiti seluar track RM10 di Malaysia.

Blouse RM25:
Jika ingin membeli blouse murah, boleh cuba kedai telekung yang sebaris dengan Restoran Halal Amin, Restoran Hajjah Basiroh.. Kedainya terletak di pangkal Jalan Nguyen Anh Ninh.. Harga blouse kain lycra adalah RM25 sehelai. Harga yang sama aku beli pada bulan Februari 2016 - d kedai yang sama. Aku survey kedai lain harga RM30 - RM35.

Pasar Malam
Aim aku kat pasar malam adalah untuk cari seluar track dan tshirt untuk Haikal. Dah puas tawar dapat ler...
Tshirt Nike: RM25
Tshirt Under Armour: RM28
Seluar Track Nike: RM30 x 2 (sehelai lagi untuk kakak)

Hmm.. bila dok tulis ni, rasa mahal lak tshirt sampai RM28 kan.. 


Day 3

Mulakan hari dengan Solat Subuh sepagi rasa - 5.00am (jam 5.30 dah syuruk). Aku terus je bangun dan bersiap sebab pagi tu dah nak balik. Semalam dah kemas beg, tapi biasalah, macam tak puas hati, bongkar dan susun semua barang-barang.

KESIMPULAN:  Berat timbangan terakhir untuk beg-beg yang ada hanyalah 17kg, 5kg dan 5.5 kg. Jadi jika aku susun berat sama rata untuk 5 orang, seorang hanya perlu bawak 5.6kg sahaja. Bawa sahaja beg lebih kan..... Well...

Setelah semua siap, kami terus breakfast di tempat yang sama. Jam 9 am, check out dan naik teksi ke airport. Alhamdulillah kami selamat tiba ke KLIA2 dan semuanya selamat.

Hala baik naik Uber RM65. Huhuu...
Ambik kereta di ERL Sentral, kos parking 3 hari RM14, horeyyy!!

Sekian pengalaman bercuti ke HCM kali ini. Nantikan entri seterusnya aku akan masukkan keseluruhan kos percutian ke Ho Chi Minh kali ini..



0 comments:

Post a Comment