Monday 14 November 2016

Ho Chi Minh - Off the beaten path - Part 1~~


7 - 9 November 2016


Kali ke tiga ke Ho Chi Minh tahun ni. #JanganKecamSaya hahahaha...!

Kali ini, mungkin yang terakhir - dengan membawa anak-anak pula.

Cerita kali pertama membawa mak dan mertua dan cerita kali kedua membawa husband boleh rujuk di link tersebut :-)

Oleh kerana ini adalah kali ke tiga aku ke sana, maka trip ni aku namakan "Off the beaten path" kerana cuba mencari kelainan dari kebiasaan...

Sebelum tu, aku nak stress untuk beli travel insurance. 

Pernah tengok cerita THE IMPOSSIBLE? Keluarga yang terselamat daru tsunami yang membadai pantai di Thailand. Dekat-dekat hujung cerita, ada helicopter datang angkut family tu keluar dari kawasan bencana. Dia angkut FAMILY ITU SAHAJA. Kemudian baru aku tahu, rupanya kalau ada travel insurance - memang dia boleh keluarkan kita jika berlaku sebarang bencana.
Tahu tak berapa kos untuk terbangkan jasad balik? Aku tak tahu, tapi aku rasa jauh lebih mahal dari tiket 1st class!

Aku beli travel insurance secara online je. Untuk Vietnam ni, kami ber 5 hanya perlu membayar RM88 - untuk coverage - boleh rujuk website AXA sendiri ya :-) Aku bukan ejen, aku caring je...


Untuk trip kali ni - ni cerita aku...  

Day 1: Sebaik sampai di HCM, perkara pertama yang aku buat adalah - beli simkad tempatan. Bila dah selesai urusan imigresen dan keluar dari balai ketibaan, banyak kiosk yang menjual local carrier, pilih sahaja yang bersesuaian. Walau MAXIS dah hadkan roaming hanya RM30 sehari, aku beli juga local telco untuk data sahaja - VND150,000 (~RM30), boleh guna untuk 3 hari. Ada juga yang dijual di bahagian dalam semasa beratur di imigresenm tapi lebih mahal - RM35!

Depa akan tolong pasangkan dan terus boleh guna. Suka la anak-anak aku boleh main telefon. kalau tak kena tunggu wifi kat hotel je lah.

Pemandangan dari sudut hujung semasa aku singgah toilet. Money changer, kiosk teksi dan telco semuanya berderet di sebelah kanan ni...

Naik bas untuk ke Ben Thanh
Tak susah - keluar dari airport, pusing kanan - tunggu kat luar tepi jalan depan Burger king. Bas nombor 152. VND5,000 (RM1)sorang. Kalau bawak beg besar kena bayar lebih. Perjalanan adalah dalam 30 minit dan bas akan berhenti di hentian Ben Thant, iaitu hentian terakhir.


 

















Aku book City Hotel family room (4 orang) 3H2M dengan harga RM463.33 untuk 4 orang. Oleh kerana kami ber-5 maka kena charge extra (RM112.60) untuk katil tambahan dan breakfast. Jadi total adalah RM575.93 untuk 2 malam. Aku suka hotel tu sebab sebelah pasar Ben10 sahaja tapi tak sibuk macam kawasan Jalan Malaysia tu. Lagi pun Jalan Nguyen Anh Ninh tu dah macam naik lemak dan over priced. Hotel ni pun sebenarnya dekat sangat dengan Pasar Ben Thanh, tak sangka pula. Syukur!

Sebenarnya aku lebih suka hotel yang terletak di kawasan yang lain skit sebab dapat jalan-jalan tengok kawasan sekeliling tiap kali nak pegi-balik hotel. Jauh berjalan, luas pemandangan, kan.

 

Tengok betul-betul lokasi hotel ke pasar Ben Thanh. Sebab nanti kalau dari stesyen bas, senang nak tuju pasar Ben Thanh dan berjalan kaki ke hotel. Jadikan Pasar Ben Thanh sebagai base untuk ke mana-mana!

 Dari stesyen bas di hadapan tugu kuda, lintas jalan yang mencabar untuk ke Ben Thanh. Menara jam itu adalah pasar Ben Thanh.  Jadikan pasar ni bearing untuk ke mana-mana!

Masih bergambar di bulatan yang sama, cuma viewnya adalah pusing ke kanan sedikit...

Review Hotel:
Kami ambik family room - 2 katil queen, jadi bilik agak besar walaupun di tambah dengan satu lagi katil single. Bilik air bersih. Tuala yang dibekalkan cukup untuk 5 orang. Ada hair dryer, cerek air dan peti ais mini. Cuma air dari sinki agak berbau macam bau longkang, tapi warnanya jernih. Anak-anak aku pada mulanya tak nak guna air tu - Aku belasah je.
 
Takashimaya Shopping Centre
Dah letak beg, dah solat - kami start berjalan ke Takashimaya. Rupanya bangunan Takashimaya ni terletak setentang dengan Saigon Square dan sangat dekat dengan hotel kami. Oleh kerana aku dah pernah pergi Saigon Square dengan Pakcik Mie sebelum ni, aku tak repeat lah. 

Tujuan ke Takashimaya adalah kerana aku nak tengok apa yang dijual di bahagian 'supermarket'nya... Hajat hati nak cari rempah kering dalam botol. Kawan di pejabat kata dia beli rempah 'lemon-blackpepper' dengan harga tak sampai RM0.90 di 'supermarket'...  Tapi tak jumpa pula. Apa yang aku jumpa adalah kerepek nenas, kerepek keladi dan kerepek campur. Sedap! Murah pulak tu! Satu pack 100g Jackfruit Chips ~RM6 dan 100g Mixed Fruit Chips ~RM4. Aku cuba beli sejenis setiap satu - untuk rasa dulu.



 Ni contoh bungkusan Kerepek campur dengan kerepek nangka. Sedap berbaloi-baloi.


Keluar dari sini, perut dah lapar, jom lah kita makan dulu.

Aku makan di Haji Osman - Ikan siakap sweet sour dan nasi putih untuk 5 orang beserta air total RM85. Huhuu... Lepas makan aku teringat, alamak - kena belikan sesuatu untuk mak dan my MIL.. ok jom masuk balik pasar.

Pusing-pusing, terjumpa semula kedai kasut yang aku pernah belikan kasut Pakcik Mie dan Haikal dulu... ok lah, belikan kasut anak-anak dara dulu. 2 pasang Nike RM300. Aduyai, mahal pula rasa...

Next - seksyen kain. Pilih kain sutera Vietnam yang paling murah - RM60 sehelai (murah ke tu huhuu) then aku pun terjebak dengan kain pasang - tapi bukan cotton, kain biasa untuk buat baju kurung (sepasang) dan blouse (2 pasang). Di sini pun aku rasa aku tidak cukup bijik menawar harga. 2meter RM40? kain biasa sahaja rasanya... takpe lah, dah penat...

Kain aku 3m untuk baju kurung. RM80



Kasut baru Biru dan Pink. RM150 setiap satu. Ori katanya. Katanya lah.

Agenda hari ni berakhir di sini - sebab semua dah layu. Balik hotel, solat maghrib dan tidur :-) Bersambung di Part 2~









0 comments:

Post a Comment