Monday 6 July 2015

Jalan-jalan Amsterdam - Bahagian 1

2 JUN 2015 : AMSTERDAM ZAANS SCHAANS DAN VOLENDAM


Sesampainya kami ke Schipol Airport Amsterdam, perkara pertama yang dilakukan adalah mencari loker untuk meletakkan beg ni. Sekadar 8 jam di Hotel Ibis, rasanya tidak perlulah mengangkut segala beg-beg besar tu. Semua keperluan semalaman kami aku dah asingkan kepada satu hand luggage sahaja. Jadi, kos penyimpanan beg di airport adalah RM45 untuk 1 loker (9.50 Euro).


Google: Ruang yang besar ini boleh sumbat 2 beg lugej kami.. 
jimat la skit.. kalau kat Zurich hari tu kena ambik 2 loker.. huhuu nangess....
Google: Bayar guna kredit kad

Setelah selesai urusan simpan beg, maka kami mencari-cari tempat menunggu shuttle bus ke hotel.. Shuttle bus disediakan secara percuma oleh hotel, jadi gunakan sahajalah kemudahan ini. Sesampai di hotel, rupanya sudah ada barisan yang panjang untuk check-in. Agaknya mereka ini semuanya baru tiba ke sini. Tunggu sahaja lah.. Lapar + penat...


Google: Kena la perati betul-betul tiap kali bas datang, 
kang naik shuttle salah sampai hotel lain pulak...
Google: Ibis Budget Amsterdam
 Oleh kerana hotel Ibis Budget ni kapasiti maksimumnya hanya 3 orang sebilik, maka kami terpaksalah ambil dua bilik untuk malam ni. One for the girls and one for the boys. Walaupun kecik dan comel, biliknya adalah bersih dan kemas sekali! Aku sempat panaskan Nasi Briani Kambing Brahim masa menunggu Along que untuk check in tadi, jadi bila masuk bilik sempat la isi perut sebelum tidur. Khadija tak sempat tukar baju dah tumbang. 
Google: Ada sinki, toilet dan bilik air (pintu yang berbeza),
meja tulis dan TV. Towel disediakan. Ok lah kan...
Ke esokkan harinya, kami check out sekitar jam 8.30 pagi dan kembali ke Schipol dengan menggunakan perkhidmatan shuttle bus yang sama. Dari situ, ambil semula beg di loker dan menuju ke Amsterdam Central. Ruginya aku masa di Schipol ni - sebab aku seakan-akan 'blank' - tiket apa yang perlu dibeli dan tempat apa yang perlu dilawati... Hanya menerima sebulat hati apa sahaja yang dicadangkan di kaunter. Peta untuk jalan-jalan di Amsterdam pun tak ambik! 


Besarnya Schipol Airport ni, dia terus bersambung dengan 
rangkaian keretapi untuk destinasi antarabangsa dan juga 
untuk destinasi setempat.
Google: Perlu turun ke bawah untuk ke platform keretapi
Dari Airport ke Amsterdam Central, kami menggunakan Metro dan setibanya di bandar, tercari-cari juga lah tram bernombor 1/2/4 untuk ke Leidesplein, rumah Airbnb kami. Di sini, kami mengharapkan bantuan orang yang berada di sekitar sahaja untuk menunjukkan di mana tempat untuk menunggu tram yang sepatutnya. Alhamdulillah, mereka tidak keberatan untuk menyemak maklumat di dalam telefon pintar masing-masing untuk mendapatkan tempat menunggu yang betul.

Rupanya tidak jauh pun jarak antara Central ke Leidesplein, sekitar 5 minit sahaja... Cuma, kami agak tercengang-cengang juga bila dah sampai ke hentian tram di Leidesplein, tidak tahu arah mana hendak di tuju. Nasib baik telefon aku dah tukar dengan local telco, boleh terus kol pemilik rumah tanpa rasa takut bil melambung. Setelah 5 - 6 kol (ada juga misscommunication di sini) akhirnya dalam jam 11.30 am kami telah berjaya sampai ke rumah dan meletakkan beg dahulu kerana rumah belum dibersihkan lagi. Kos untuk tumpang beg awal adalah 20 Euro!


Ok settle bab beg besar, sekarang masa untuk berjalan ke Zaan Schaans dan Volendam. Semasa menunggu bas di Central, pakcik bas tu menasihatkan agar kami ke Zaans Schaans dahulu sebab sana tutup jam 5 petang. Ok, terima kasih pakcik bas. 

Perjalanan bas ke Zaan Schaans mengambil masa 30 minit. Sesampainya di sana, cuaca sangat baik, cuma angin yang tak berhenti bertiup tu menjadikannya agak dinginnn.


Lama jugak kitaorang menikmati pemandangan dan suasana di Zaans Schaans ni.. Mula-mula sampai, di pintu masuk je Khadija dah nak aiskrim perisa stawberry. Asalnya aku macam tak nak bagi sebab cuaca agak sejuk, tambah pulak makan aiskrim. Tapi memikirkan nanti aku juga yang tak tahan nak hadap muka muncung dia tu, beli jugak lah... Wow - rupanya SANGAT sedap aiskrim tu, dari satu terus beli lagi satu... 1.50 euro je... Gebu, lemak, tak manis memang perfect! Untuk mengisi perut, aku turut membeli waffle coklat dan dikongsi makan beramai-ramai.


Gadis pembuat Waffle. Lawa. Pakcik Mie kata dia berkenan. hamboiii....
Aiskrim strawberry Khadija yang sangat-sangat-sangat sedap!!


Sambil makan sambil beraksi tara-kucha

Gambar dari google - tapi macam ni lah yang Haikal makan, cuma intinya coklat... sedappppp!!


Dapat satu gambar keluarga kat sini, jasa baik dari penjaja jus apple segar yang menawarkan diri (setelah kami beli jus apple dan orennya!)

Dalam jam 4 petang, kami beredar dari Zaans Schaans, untuk ke Volendam. Walaubagaimanapun, kami terpaksa berpatah balik ke Amsterdam Central untuk mengambil bas dari sana. 

Kisah ke Volendam ni sangat tragis.  Aku pun tak tahu kenapa la aku jadi blur yang amat. Naik bas pun dah hampir jam 6.30 petang dan perjalanan ke sana mengambil masa 35 minit. Sepanjang perjalanan budak-budak memang tidur lah sebab dah penat main kambing... Cuma nya di sini, aku jadi blur, tak tahu stesyen mana untuk turun!! Tengok ramai orang dah turun, tapi sebab banyak nama steseyn yang bermula dengan nama "Volendam", aku jadi bingung tak tahu stop mana yang patut turun.. last sekali, akhirnya tinggal family kitaorang je dalam bas tu! Tak ke haru! Baru la aku terkulat-kulat jumpa driver bas tanya bas ni balik Amsterdam Central ke.. hajat hati, patah balik jer lah.. sebab dah sesat. Rupanya bas ni berakhir kat Edam, dan stop Pelabuhan Volendam dah lepas lama dah! Aduhai, aku tak perasan pon! Tapi nasib baik driver tu cool. Yang tak cool adalah muka Along.. kelat dan muncung panjang. Salah aku jugak. Masing-masing penat dan lapar!

Dia kata "Relax... the day is still young and beautiful.. go and enjoy yourself!" Walaupun time tu dah nak jam 7.30 mlm - masih terang benderang! Akhirnya di Stesyen Edam (stesyen terakhir), dia stop dan bagitau kawan dia yang shift seterusnya untuk turunkan kitaorang kat Pelabuhan Volendam. JULIANAWEG/CENTRUM. Itulah nama bus stop yang sepatutnya kitaorang turun! Aduh, takde langsung kaitan dengan nama Volendam kan....  



Sunyi sepi. Dengar tapak kaki dan suara kami sahaja.. 
Walaupun suspen, sesi ambik gambar tetap diteruskan!
Sesampainya kat sana kami dah kecut perut, sebab tempat tu macam semuanya dah tutup! Macam pekan mati - satu umat manusia pun tak ada.. dah la masa tu Kakak dalam keadaan nak buang air kecil teramat sangat, aku yang dok suruh tahan! Kesian kakak! Ok lah, nampak supermarket, terjah jer, cari toilet. Rupanya toilet kat basement. Scary, tapi bersih. Dah lepaskan hajat masing-masing, kami pun dengan perasaan was-was bergerak ke arah 'dalam / belakang' bandar.



Ada kedai yang dah ditutup.. tapi banyak lagi kedai yang masih di buka


Wahhh... rupanya kawasan dalam dekat pelabuhan ni masih hidup dan meriah!! Ramai je pelancong yang masih ada, kebanyakkan tengah dinner. Orang Malaysia ramai yang jumpa kat sini. Waktu tu dah jam 8 malam, masih terik lagi matahari! Lega nya hati ni bukan kepalang. Ok lah, kita isi perut yang masing-masing dah tersangat lapar dah.


Muka bateri lemah...
Muka berseri sebab dapat 'recharge'!
Sebenarnya di Volendam ni tak la apa apa yang menarik. Ianya sebuah pekan di pelabuhan. Tetapi mungkin kerana di war-warkan sebagai satu destinasi 'must-see' jadi ramailah pelancongnya. Kedai yang menjual cenderahati pun banyak dan harga agak murah berbanding di bandar. Apa yang menarik di sini adalah bangunan dan rumah-rumah disekitarnya yang sangat cantik dan comel. Sememangnya rumah comel ada di mana-mana di Eropah ni!


Rumah di Volendam yang didiami (functional). 
Sangat cantik, kemas dan bersih! 
Rasa macam nak ketuk pintu untuk tengok keadaan di dalam adakah secomel di luarnya!!
Kami meninggalkan Volendam sekitar jam 9 malam (yang masih terang). Akhirnya jam 10 malam kami tiba di apartment Airbnb.


Tuan rumah, Kas, Dia ada 3 buah lagi rumah kat Amsterdam ni!

Tips: Sekiranya masa terhad, pada pendapat saya, tidak perlulah ke Volendam, lebih berbaloi dan memadailah ke Zaans Schaans sahaja. 
Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat peribadi saya je.... :-)

Bersambung ke Jalan-jalan Amsterdam Bahagian 2

1 comments:

Iyta1974 said...

Salam. Macam mana nak booking apartment saudara KAS tu...boleh bagi nama apartment nye ke.terima kasih.

Post a Comment