Monday 13 July 2015

Jalan-jalan Amsterdam - Bahagian 2

AMSTERDAM - PART 2: 4 Jun 2015

Ke esokkan harinya, kami hanya bercadang untuk berjalan di sekitar Amsterdam sahaja, memandangkan kena check out jam 4 petang. Jika ikut rancangan asal aku, nak pergi ke Flower Market lah, nak pegi ambik gambar kat I AMSTERDAM lah, nak pegi ke car boot sale lah, nak pergi ke Albert Cuyp lah, nak ambik gambar di terusan lah.. tapi akhirnya - kami ke Albert Cuyp sahaja!

Hmm.. ni memang kelemahan diri sendiri. Study Amsterdam tak habis. Bangun pagi pun dah lambat.. sebab masing-masing berbungkus syiok membuta. Jadi, kami berjalan kaki secara santai dari apartment Airbnb ke Albert Cuyp. Albert Cuyp ni adalah "pasar hari"

 
 
Ruginya datang sini hari nak balik.. kalau tak boleh beli ikan fresh panggang je.. mesti best
Seperti biasa, budak-budak ni akan request buah Strawberry, taksub!

Macam pasar tani kat tempat kita je
Kami makan waffle sedap pakcik ni. Tak kedekut langsung dengan Nutellanya. Murah kot ek..
 
Rijk Museum. Rupanya I AM AMSTERDAM ada kat sebelah sinun.. kami pula berjalan ke arah sinin... hmm tak de rezeki bergambor kat situ
Sekitar nak masuk kawasan Albert Cuyp
Hari ni memang kami berlegar sekitar kawasan ni je.. At last kami balik rumah je aku kemas beg and kemas rumah sebelum diserah pada Kas last minit... Pakcik Mie jalan dengan Haikal naik tram dia kata nak cari t-shirt. Aku maleh nak ikut.

Sepanjang kat Amsterdam ni aku memang asyik makan luar je lah. Kesemua kedai ada menjual pizza vegetarian. Bolehlah aku jamu anak-anak dengan masakan tempatan. Lebih-lebih lagi di kawasan rumah Kas ni banyak pilihan pizzaria nya..




Sorok dagu berlapis.. kat Europe ni kebanyakkan kedai jual air 'mineral' dalam botol kaca. Kita diberi pilihan nak 'Sparkling' (ada gas) atau 'Plain'.

Tips: sekiranya punyai masa terhad untuk melihat kota Amsterdam, sebaiknya manafaatkan tiket Tram semaksimum mungkin - dengan menaiki tram di mana-mana lokasi dan rondalah bandar Amsterdam dengan Tram! 

Bila terjumpa mana-mana tempat yang menarik, boleh sahaja turun di situ dan menggunakan konsep "hop on hop off"!


Bersambung: Rome Part 1
Atau: Kami di AirBNB
Atau anda mungkin berminat dengan ini? Kos keseluruhan percutian di Eropah

0 comments:

Post a Comment