Friday 10 July 2015

Kisah Apartment Airbnb yang kami tinggal

Sepanjang kami berkelana, pilihan utama untuk tempat tinggal adalah HARGA!!!
Semestinya mencari tempat dengan harga yang paling murah kan! Setelah diselak-selak, hotel merupakan  pilihan yang paling mahal. Ini adalah bilangan kami berlima maka terpaksalah mengambil 2 bilik. Rugi tu.

Kemudian faktor ke dua adalah LOKASI. Semestinya tidak jauh dari main station (tren) dan tempat-tempat tarikan utama kerana kami bergerak menggunakan pengangkutan awam. Kalau jauh sangat, susah lah.


Faktor ke tiga - apartment tu mestilah selesa dan bersih dan kalau boleh - cantik! Hahaa.. Part ni aku ambil kira - pengalaman merasa rumah orang yang tidak dapat kita rasa di rumah sendiri. 


Maka atas faktor itu lah, aku mencari apartment menggunakan Airbnb (kecuali di Lauterbrunnen kami tinggal di hostel). Alhamdulillah.  Semua rumah adalah selesa, cantik, bersih dan menepati ciri kami sekeluarga.

 
GENEVA 30 MEI 2015
Apartment pertama adalah di Geneva, kepunyaan Hayley. Sesat dalam sejam juga mencari rumah ni, Salah aku - tak bertanyakan betul-betul alamat dan cara ke rumahnya sebelum bertolak. HAnya berpandukan arahan umum sahaja. Padan muka.

Setibanya kami disambut dengan mesra sekali oleh Hailey. Wanita bujang berkulit hitam yang sangat manis - lupa pula nak ambil gambar dengan dia. Dia tunjukkan kami sekitar apartment dan barang-barang serta password wifi (penting tu). Apartment Hayley ini di tingkat 8, mempunyai lif dan mempunyai pemandangan yang indah sekali antara yang kami sewa di 3 negara! Bagi aku, rumahnya adalah 'functional' kerana beliau sendiri tinggal di situ, semuanya lengkap - ada periuk, kelengkapan dapur, makanan ringan, towel dan lain-lain benda kecil. Syampu sabun bagai semua ada. Toiletnya dan dapurnya sangat bersih! Khadija suka sangat dengan bola gym yang besar tu.

Kami tinggal di sini 1 malam sahaja. Rasa tak cukup masa yang diperuntukkan di Geneva ni. Tak dapat nak explore pun! Frust! Insyallah... :-)


Tenang je dengar deruman air sungai yang mengalir dan turun bertingkat ni
Bola Gym yang menjadi rebutan Khadija dan Haikal (Abang yang berebut). Belakang tu sofe-bed yang selesa!
Haikal dah belasah cereal tuan rumah
 
 
Akhirnya master bedroom di conquer oleh anak-anak. 
Ada extra bed yang disediakan - tilam angin.
Depan bangunan
 
AMSTERDAM 3 JUN 2015
Semasa di Amsterdam, kami memilih untuk tinggal di apartment milik Kas, di Leidesplein, berhampiran dengan Muzium Rijk. Rumah di tingkat dua, agak mengah jugalah angkut beg. Kawasan rumah tu banyak deretan kedai makan. Hari pertama pun kami dah belasah pizza! Kemaruk!


Rumahnya sangat cantik! Ada 2 tingkat, dan tingkat atas adalah untuk bilik tidur. Bilik tidur utama untuk ibu bapa dan bilik tidur kedua ada 3 katil, elok sahaja untuk budak bertiga tu. Katilnya - masyallah, empuk sekali! Ruang tamunya juga amat sedap di pandang mata. 


Dekornya nampak gaya urban dan sofistikated.
Rapat sangat dengan rumah jiran setentang.
Patut pun dalam filem boleh ngintai orang salin baju.
Memang nampak segala!
 
Ini la mainan 3 beradik tu - turun naik atas-bawah! Jakun.. Hehe.. Ini adalah sebab aku menyewa rumah-rumah sebegini. Biar sama-sama merasa walau sekejap.


Ni pula dapurnya. Bersih! Tapi bagi aku, kurang functionality nya... mungkin ini adalah rumah sewa dan tidak digunakan sebagai rumah 'untuk diduduki' maka benda-benda kecil yang membawa makna tidak terdapat dirumah ini. Sebagai contoh - kami menghadapi masalah untuk menyangkut baju - tiada penyangkut dan hanger! Makanan extra - seperti minyak, cereal, kopi - tiada disediakan. Hanya ada teh uncang dan gula.

Dan aku pula - sampai ke sudah tak jumpa sudu garpu pisau senduk kat rumah Kas ni... Rupanya ada laci tersorok - haha aku yang jakun! 


Rome 5 - 7 Jun 2015


Di Rome, kami tinggal di Apartment Claudio yang terletak di Re de Roma, 3 metro stesyen dari Rome Central. Rumah di tingkat 4, alhamdulillah ada lif - jenis klasik macam di kasino.. haha bila pula aku pernah pegi kasino kan!! Claudio ni pun ada 4 apartment lain di sekitar Rome yang juga dibuat Airbnb. Dia siap menunggu kami di apartment untuk menerangkan barangan rumah serta seperti biasa - the rules & regulations..

Apartment Claudio ni agaknya di diami juga sama ada oleh dia sendiri atau orang lain sebab aku jumpa macam-macam benda berguna kat dapur. Ada minyak zaitun, garam, gula, kopi, kuali dan periuk dengan saiz yang sesuai. Semuanya aku guna.. hehehe....
Paling best, rumah Claudio ni ada mesin basuh!! Hoyehhhh! Setelah 6 hari mengumpul baju busuk, hari ni aku membasuh sepuas-puasnya! Hanger yang banyak di almari memang aku gunakan habis-habisan. Lega rasanya dapat pakai baju fresh semula... ahhh...

Kebanyakkan gambar ni aku ambik terus dari laman web Airbnb sebab kualiti gambar yang tidak terang pada kamera ku..


Dapur yang comel
Hujung tepi tingkap tu Pakcik Mie dah bentangkan 
tempat jumuran.. Baju dalam mesin aku tengah proses.. 
Yeahh!
Gambar dari Airbnb: Master bedroom. 
Lagi luas berbanding dari rumah Kas!
Gambar dari Airbnb: Bilik tidur ke dua. 
Sofa kecil tu Claudio dah digantikan siap-siap 
dengan katil lipat. Very thoughtful!
Gambar dari Airbnb:View dari pintu masuk... 
menghadap bilik ke dua, sebelah tu bilik utama dan 
sebelah tu bilik air. Hujung adalah dapur.
Gambar dari Airbnb: Aku cukup suka toilet Claudio ni!! 
Memang bersih dan luas dan 3 in 1! Tempat basuh baju, 
shower dan toilet sekali harung.. haha... 
Sofea dan Khadija siap main offis dalam toilet ni! 

PARIS 7 - 10 JUN 2015
Di Paris, kami tinggal di apartment kepunyaan Estelle yang terletak di Goncourt. Jauh jugak kot dari bandar, kiranya macam outskirts la dari kota Paris.
Rumah ni di kawasan 'jalan belakang'. Kalau dari depan kat jalan memang tak nampak pun rumah-rumah ni - nampak dinding dan pintu je.. Ooo... rupa-rupanya bila masuk (kena guna access kod) kat belakang pintu tu ada 2 blok bangunan lama 4 tingkat (4 tingkat takde tangga hokeh!) yang menempatkan apartment-apartment ni... Kawasan yang tenang dan damai (dalam kata lain - sonyap jo).

Hazab skit apartment ni sebab 4 tingkat naik tangga wehh! Beg dah la bagak dan berat. Memang seksa! Tangga pula jenis tangga kayu lama, spiral lagi. Haduuuh.. aku memang tak larat, soh Haikal dan Along je lah...

Yang best, apartment ni juga ada loft bed. Ada sofa bed. Ada day bed. Dapur functional.. siap ada bawang merah n putih lagi! Haha.. aku memang guna sampai habis wat nasi goreng! Dan juga - rumah ni ada washer and built in dryer!1 Hoyeh.. lagi misi membasuh dapat dilaksanakan!

Yang tak best - toilet kecikkkk....
Yang tak best juga - lantainya adalah lantai kayu yang SANGAT berkeriuk keriuk bila jalan.. macam citer Kung Fu panda tu - pijak sini kriuk.. pijak sana keriuk.. aku rasa sure orang kat bawah dah menyumpah... Bukan salah kami mokcik!

Tilamnya memang sangat empuk. Selimut memang gebu. Aku hampir tak nak bangun!
Sempit sangat tempat mandi dia. Rasanya muat badan je. 
Asal nak sabun badan dah terlanggar dinding.
Belakang tu dapur, tepi hujung tu adalah pintu toilet
Tangga untuk ke loft. Sofea dan Khadija dah start main 
'kutip sewa rumah' turun-naik loft ni. Sekali aku pandang 
Haikal pun terjebak main dengan adik jadi penyewa yang 
tak bayor sewa. Kena marah dengan tuan tanah tokey sewa (Sofea).
Sofa bed bawah loft. Tempat tidur dua beradik tu. 
Haikal tidur tepi tingkap ada satu lagi day bed.

Baik punya pintu depan bangunan, sebelum boleh masuk kawasan 
dalam yang tersembunyi!
Pintu yang regang skit adalah pintu ke Apartment kami. 
Hujung terus tu adalah rumah makcik yang aku suka tengok 
dari luar. Dia tak tutup pintu masa kami tiba. 
Penuh rumahnya dnegan rak buku sampai ke siling!

-- Entri seterusnya bersambung --

1 comments:

MF said...

Salam

Bole share link apartment di Amsterdam?

Tq.

Post a Comment