Wednesday, 6 March 2013

Teknologi dan Telekomunikasi pemusnah komunikasi


Tajuk yang sungguh bertentangan sifatnya. Contradict. Di mana alat yang disediakan untuk memudahcara perhubungan menjadi punca keruntuhan perhubungan.

Alat dan teknologi sekarang memudahkan perhubungan.
“Eh, nanti wassap ek”
“Apa-apa, I PM you kay”
“Bos, saya MC hari ini”
“Ibu, abang main kat padang jap”

Rindu zaman mengarang surat, apabila rakan taulan yang begitu rapat di sekolah tercampak di serata semeannjung dan ada yang menyambung pelajaran di luar negeri. Surat pengganti diri, bertanya khabar, berkongsi cerita, tempat mencurahkan perasaan. Ayat diatur dan diolah bagi menyampaikan maksud. Rindu zaman itu.

Rindu zaman apabila terpaksa mengadap bos untuk memohon cuti. Juga mengatur ayat yang difikirkan bersesuaian untuk menerangkan sebab musabab keperluan cuti.

Rindu perasaan yang tidak dapat digambarkan bila posmen berhenti lama di depan peti surat! Dan perasaan kehampaan bila surat yang dinantikan tiada!!

Tengok posmen depan rumah sekarang adalah satu pandangan tanpa sebarang perasaan. Semestinya surat yang dibawa hanyalah bil-bil utiliti, surat bank, surat insuran, surat pemakluman dan sebagainya. Sangat hambar.

~~Cuma sekarang teruja bila van POSLAJU singgah ke rumah~~

1 comments:

Kak Lin said...

dulu..nak clash dgn bf (ramai pulak tu!), nak tak kena kena tulis surat. sekarang, orang cerai pun kot sms..

Post a Comment