Sunday, 10 March 2013

Maintenance bini


Berborak dengan kawan yang baru melahirkan anak ke-5.. walaupun telah habis tempoh cuti bersalin 60 hari, beliau merasa masih belum pulih sepenuhnya.

Antara bibit-bibit perbualan kami:
“Nak jalan jauh pun terasa macam nak tercabut pinggang. Kalau berdukung lagi la aku rasa tak daya. Rasa macam aku ni nak meroyan pun ada..”
“Jom la kita pegi Spa nak.. Urut badan, buat facial. Kau perlu memanjakan diri pulak”
“Niat tu ada nak pegi spa bagai, tapi mana nak tinggalkan bercicit kat rumah tu.. Orang sedap je guna kita kan, tapi tak de nak kasi duit atau support untuk maintenance. Kalau keta bukan main jaga.. cukup milage laju je pegi buat maintenance.. Pas tu kalau tak perform pandai mengomel.. cuba la kasi aku elaun pegi Spa paling kurang sebulan sekali, aku pun boleh kasi THE BEST!”

Berderai ketawa kami petang tu.

Moral of the story, maintenance bini bukan takat jaga makan dan bagi pakai tudung Fareeda, baju butik atau handbang Coach.. dalaman pun perlu jaga juga. Sesi spa untuk urutan badan kasi segar.. facial supaya muka kembali berseri dan wajah bermaya, supplement seperti vitamin, kolagen.. kena fikir jugak tu..

Orang pompuan ni, bila badan segar dan fikiran tenang – layan anak memang automatic jadi lembut, masak pun automatic sedap.. layan suami toksah cakap la – memang terbaikkkkkkkk!!!!~

Tak best ke orang urut macam ni.. memang sangat relexing.. lupa anak kat rumah jap

2 comments:

PaPa Blogger said...

Betul gak tu.. hehehehe...

Miz Elle said...

Papa.. anak kecil macam Amirah tu takde nakmarah-marah lagi.. tunggu besar skit.. masa tu mak-mak dah mula menyinga! Tak caya?? Tungguuu... hahahaaa...

Post a Comment