Sunday 3 March 2013

Pukul anak


Lama sungguh tak update blog.. tak de cerita, tenggelam dalam kesibukan yang tak pernah habis.

Nak kongsikan pengalaman sendiri. Tentang pukul anak. Bukan pembantu Indon, bukan cikgu, bukan orang lain tapi kita sendiri yang memukul anak.

Antara suami dan Miz, memang suami tak pernah jentik anak walau satu jari pun. Berbeza dengan Miz, memang anak-anak semuanya merasa rotan, tangan atau paling tidak – hanger. Mungkin kerana dibesarkan dalam suasana ayah yang garang dan Miz pun biasa kena rotan, jadi ciri-ciri ni Miz ‘turunkan’ pada anak-anak.

Pengalaman Miz kena rotan dengan ayah :–
Pertama: fuhh memang sakit!
Kedua : MEMANG ingat! Takut nak buat lagi!
Ketiga : PENGAJARAN - Berterus terang lebih baik dari berbohong.

Pemgalaman pertama dan kedua adalah saling berkait. Kalau tak nak kena pukul, jangan buat lagi.
Pengalaman ketiga – Miz dah buat salah, tapi untuk selamat tak nak kena pukul – berbohong. Budak darjah 2 – 3 buat cerita pandai setakat mana sangat lah! Akhirnya – kena rotan juga, tapi atas kesalahan berbohong!

Contoh:
Ayah: Mana duit atas meja ni?
Miz : (yang telah mengambil duit tersebut) Tak tahu, bukan orang yang ambik.
Ayah: Habis tu plastik aiskrim dalam tong sampah tu dapat duit mana?
Miz: (kantoi)
*zaman dulu mana ada pegang duit sendiri. Orang bagi duit raya semua mak ayah simpankan.
Ayah : (Tanpa cakap banyak) Panggg! Berderai la air mata sambil tangan memegang pipi yang dah terasa pijauuuu sekejap...

Masa tu Mak akan memainkan peranan dia. Dipeluknya Miz, dibawa ke bilik.. di pujuknya, sambil menyulam kata-kata nasihat. “Ayah tak suka orang cakap bohong. Pantang orang cakap bohong dengan dia. Jangan cakap bohong lagi tau”. Miz hanya mengangguk sambil tersedu sedan.

Biasanya selepas mak pujuk, ayah akan datang dengan niat memujuk tapi masih mengekalkan nada suara yang tegas. “Jangan cakap bohong dengan ayah, Kalau ambil duit tu cakap ambil. Kalau buat cakap buat. Jangan bohong.”

Miz memang takut dengan ayah. Kalau disergahnya memang terkencing terus dalam seluar. **Mak le yang kena lap** Tapi lesson learned, terketar-ketar cerita hal sebenarnya tapi lagi takut nak bohong sebab nanti kena panggg..

**Panjangnya cerita yang yang kata takde cerita tu**

Kesannya sampai sekarang. Apa-apa, ceritakan hal sebenar. Nak marah pun marahlah. Tak suka pun, itu lah pekara yang telah terjadi.

Berani.

Mungkin sebegitulah yang Miz cuba bentukkan anak-anak.
1. Jangan buat lagi.
2. Jangan nak bohong.
3. Akhirat dan pembalansan tak nampak ‘cash’ – tapi ibu depan mata boleh ‘bayar cash’- jadi nak buat sesuatu yang tak elok – dia akan ingat ‘ibu marah’ dulu.

Cuma, Miz tak pernah pukul anak masa diaorang masih kecil. Mengamuk macam mana kat shopping complex pun Miz masih cool. Bila start pukul? Bila dia dah pandai buat cerita bohong; bila dia mula pukul adik; bila dah pandai melawan cakap abah dia (cakap ibu sudah tentu tak berani lawan).

Kena beringat masa pukal anak. Pukul dengan niat nak bentuk dia.
Kalau marah sangat Miz akan ambil rotan pukul meja kasi feel takut je.  Lepas pukul, mesti Miz akan pujuk dan terangkan kenapa dia dipukul. 

So far, alhamdulillah.. adik dua orang tu selalu kena rotan di tangan selepas di beri opsyen "nak kat punggung atau kat tangan?". Haikal selau pilih opsyen di punggung. Lepas tu Miz tanya - nak berapa (rotan)? Pelik juga diaorang letakkan "2".. agaknya masing-masing tahu 'severity of the offense' hehehe.. Sebab Miz beranggapan diaorang kan mintak satu je!

Haikal pun dah besar. Sudah tahun 6. Kiranya dah nak masuk remaja, Tahun depan dah tak boleh pukul dah. Tahun ni last.. Last? Hahahaha.. last untuk pukul puas-puas?? Na'u zubillah! 

Tidak lah sebegitu sekali!

1 comments:

Unknown said...

*Sekapal*. Hakak paling sebak tengok anak2 kecik ciut lagi dah kena pukul (in public) kena tengking kaw2 (in public gak). Pada hakak, kalu anak tu tahap umur kasi kala jengking pun dorang ambik main (pasal tak tau hapa), mana la dorang nak paham. Masa umur ni kena ajar bagitau lah dan jangan dok cakap 'jangan' & no je memanjang. Last2 bila anak mula pandai cakap, antara vocab pertama..NO! hambik!

Post a Comment