Wednesday 6 December 2017

Kisah Umrah - Persediaan Awal

Alhamdulillah, kami sekeluarga bersama ibu bapa telah berkesempatan untuk ke tanah suci bagi menunaikan umrah pada 23 November 2017 – 4 Disember 2017. Di sini saya ingin mencatatkan pengalaman dan persiapan saya sebelum, semasa dan selepas ke sana memandangkan saya juga agak kebingungan memikirkan persiapan sebelum berangkat.

Saya sekeluarga telah memilih pakej yang ditawarkan oleh Syarikat Rayhar dan syukur sekali lagi, kami sangat berpuas hati dengan pilihan tersebut. #UmrahRayhar

Setelah mengambil kira anak-anak yang bersekolah dan keadaan ibu saya yang mengalami masalah sakit kaki/lutut, kami membuat keputusan untuk memilih pakej cuti sekolah seperti berikut:
  1. Flight MAS KUL - Medinah; Jeddah - KUL 
    (Tetapi last minit sektor penerbangan balik ditukar Medinah - KUL)
  2. Kombinasi Hotel Medinah : Dollah Taibah & Hotel Mekah : Abdul Aziz Huait
  3. Kos pakej: RM7300/pax
Rakan-rakan mencadangkan untuk masuk Mekah dahulu agar dapat menyempurnakan ibadah umrah dan barulah ke Medinah untuk ziarah, dan ini lah pilihan asal iaitu untuk mengutamakan yang wajib terlebih dahulu. Tetapi Allah adalah yang mutlak menjadikan sesuatu, maka kami masuk Medinah dahulu... pilihan yang terbaik, kerana dapat menyediakan kami semua secara mental selama 3 hari di Medinah sebelum berangkat ke Mekah.


Persiapan Mental : Kursus Umrah
Perlu! Jangan ambil ringan setiap kursus... Alhamdulillah syukur, kami dapat hadir dalam 4 kali dan setiap kali hadir kami paksa anak-anak untuk mengikut sama.... walaupun kami rasa kandungan antara kursus-kurusus tersebut hampir sama, tetapi setiap kali pergi, ada juga benda baru yang dapat lagi.. dan semakin faham dan faham lagi... Jangan ponteng kursus!

Persiapan Fizikal
1. Suntikan Vaksin - kami dapat harga 'borong' di Klinik Qistina di Seri Kembangan RM130/pax. Boleh refer website Klinik Qistina atau ringkasan maklumat seperti di bawah:

SUNTIKAN JEMAAH HAJI & UMRAH

Suntikan Vaksin Meningococcal (Meningitis)- Bersama Buku (Harga Biasa - RM150 per suntikan/org)
Seorang -  RM150 per suntikan/org
Berdua - RM140 per suntikan/org
Lebih 3 org - RM130 per suntikan/ org


2. Jogging untuk melonggarkan urat dan sendi badan.
3. Minum air masak dengan banyak
4. Seminggu sebelum bertolak, mulakan mengambil vitamin C untuk semua orang.

Biarlah kita pergi dalam keadaan sihat - Jika sudah mula selsema dan batuk, tak seronok dan lesu untuk beribadah.

Bersambung untuk persiapan seterusnya...

0 comments:

Post a Comment