Showing posts with label Umrah 2017. Show all posts
Showing posts with label Umrah 2017. Show all posts

Wednesday, 6 December 2017

Kisah Umrah - Persiapan Fizikal



Pakaian

Oleh kerana kami 5 sekeluarga hanya menggunakan 2 begasi besar, seharusnya saya mengemas dan membawa pakaian seminima dan seoptima mungkin.

Lelaki
Untuk jimat boleh sahaja memakai pakaian sepasang baju melayu, atau baju melayu digandingkann dengan kain pelikat atau seluar slack atau seluar track. Juga boleh membuat gandingan baju kurta dan seluar baju melayu.
Boleh diulang pakai. Untuk yang nak pakai jubah, boleh aja - jubah harga bajet banyak di Mekah, khususnya selepas waktu solat - penjaja kaki lima.... ada yang buka harga dari SR10 - SR25. Pilihlah mengikut selera dan kesesuaian.

Lelaki juga boleh memilih untuk memakai stokin jika tidak berada dalam ihram. Cara ini dapat mengelakkan kulit bersentuh dan wuduk batal sekiranya ‘terserempak’ dengan situasi kesesakan sewaktu waktu puncak dalam masjid. Suami saya tidak memaki stokin dan mengalami kulit melecet apabila menggunakan selipar Jepun. Sebab lain - jika selipar hilang - lebih selesa berjalan pulang dengan kaki berstokin!! 

Cadangan pakaian untuk lelaki (berdasarkan pengalaman suami): 
2 persalinan baju melayu
1 baju kurta
2 tshirt lengan panjang
2 pasang stokin
3 helai kain ihram (suami dan anak akhirnya masing-masing menggunakan 2 keping sahaja bagi 4 kali umrah)
2 pakaian tidur (kain pelikat + tshirt)
Tali pinggang yg bersesuaian untuk memakai ihram
Seluar dalam cukup untuk 2x basuh sahaja (orang lelaki malas nak selalu basuh kan?)
Inner (sekiranya pergi semasa musim sejuk)
Sepersalinan yang sama untuk pergi dan pulang
Toiletries

TIDAK PERLU (analisis dari suami): 
Baju kemeja
Jaket tebal*
*Sekiranya berada di sama semasa musim sejuk, boleh menggunakan inner HeatTech Winter dari UniGlo dan memakai sehelai jaket semasa dalam penerbangan– dapat jimat ruang begasi

Perempuan
Untuk wanita, bawalah baju yang jenis kain yang tidak terlalu tebal - mudah untuk dicuci dan cepat kering! Jika tiada jubah – jangan terus tempah/beli selengkapnya di Malaysia - bawa sahaja baju kurung. Jubah wanita jauh lebih murah di Mekah, khususnya jubah bajet. 

Untuk di Madinah - kebetulan ada peniaga jalanan yang membuka bisnes jubah wanita di hadapan hotel dgn harga SR30 bagi jubah dengan sulaman ringkas, kena dengan selera anak-anak, terus sahaja dibeli. Harga di Bangi  untuk jubah sebegitu dalam lingkungan RM50 – RM60.

Saya galakkan juga untuk membawa seluar panjang sebagai ganti kain dalam. Di mana bila kita solat, selesa dan selamat memakai jubah/baju kurung dengan seluar di dalam dan stokin kaki... beres tidak risau bila sujud nampak bahagian dalam kain! 

Tudung - saya sangat suka memakai tudung khimar! Amat mudah dan ringkas berbanding menggunakan telekung untuk ke mana-mana! Saya membawa sehelai khimar dan 2 telekung tapi akhirnya khimar itu lah yang menjadi pilihan untuk dipakai semasa ziarah atau ke masjid! Senang dibasuh dan cepat untuk kering! Bonus jika khimar tersebut mempunyai zip sorok sebelah dalam - amat berguna untuk meletakkan SR10, kad bilik dan beberapa helai tisu! Alternatif lain - baju kurung yang ada poket berzip! Tak perlu susah2 untuk membawa beg ‘tabung haji’. Memadai membawa lapik muka utk solat dan plastik kasut! 

Cadangan pakaian untuk perempuan (berdasarkan pengalaman saya): 
3 helai Baju kurung
2 helai Baju tidur
2 helai Seluar panjang pakai sebelah dalam
2 helai Khimar
1 helai telekung (yang tidak terlalu labuh)** tidak perlu jika telah ada khimar
3 helai anak tudung Anak tudung
3 pasang Stokin kaki tebal- Percayalah – semasa di sana sering terjadi stoking tak cukup sebelah dan anak tudung takt ahu letak kat mana! Jadi untuk mengelakkan kelam kabut mencari stoking dan anak tudung, bawa lah berlebihan. Bila kita mengemas dalam keadaan tenang, pasti berjumpa kembali stoking dan anak tudung tersebut!
8 helai seluar dalam  - Bawalah seluar dalam berlebihan untuk memudahkan proses cucian – jika perlu membeli lebihan di tanah suci, sayang harga duit tukaran
3 helai baju dalam
Toiletries

TIDAK PERLU (analisis diri sendiri) :
Telekung yang ke-2
Jaket tebal – jika sewaktu musim sejuk, belilah inner heatTech winter dari Uniglo – ianya nipis tetapi berkesan untuk memanaskan badan. Lagipun dengan memakai tudung/telekung, sudah membantu untuk mengelakkan rasa sejuk.

Yang saya rasa rugi tak beli dari Malaysia kerana di Saudi harga lebih mahal:
  1. Panty liners (perlu ditukar setiap kali masuk waktu bagi memastikan solat/tawaf kita sah)
  2. Gula2 hacks/Vicks/Kissme
  3. Brooch kecil bawah dagu
  4. Tisu pack kecil
Perlu bawa:
  1. Tuala muka kecil (tuala arab tebal sangat nak kesat badan pun susah)
  2. Sunblock
  3. Pelembap muka – perlu dipakai setiap masa dan sebelum tidur – ayah saya telah menggelupas kulit muka khususnya di tepi mulut dan di pipi pada hari ke-2 kerana cuaca yang sejuk dan kering!
  4. Lip balm
  5. Gunting & ketip kuku
  6. Lapik muka untuk sujud
  7. Sabun basuh baju debu pack kecil
  8. Hanger besi nipis 10-15 keping - Pada hari ke-4 kami mula kehabisan baju bersih dan menghadapi masalah bila tiada hanger yang mencukupi untuk menyidai pakaian yang dicuci!! 
  9. Selipar jepun - kami kehilangan kasut sebanyak 2 kali!  
  10. Buku nota kecil dan pen – untuk mencatit mukasurat al quran yang di baca

YANG SAYA BAWA TETAPI TIDAK LANGSUNG GUNA:
Jika mengikut perkiraan saya, pasti jemu memakan makanan arab setiap masa. Salah! dan Betul!!
Nampaknya makanan yang disediakan oleh pihak hotel (Khususnya di Madinah) tidak pernah mengecewakan selera saya sekeluarga!
Jadi, ini lah barangan yang dibawa pulang akhirnya....
  1. Nescafe/Milo Stick
  2. Maggie
  3. Kicap Enaq (botol kecil) 
  4. Sambal kicap
Cuma dalam 2 hari sebelum balik, memang dah rasa tekak tak boleh nak lalau makanan arab lagi.. tapi masa tu pun masib boleh bedal roti dan butter!

TIPS: Saya menggunakan plastik zip-lock dari IKEA saiz yang paling besar dan baju2 digulung rapi dan di susun di dalam plastik. Keluarkan udara dan zip-lockkan ia. Hasilnya - bungkusan tersebut menjadi padat dan pakaian 5 orang boleh dimuat dalam 2 bag (termasuk 6 helai kain ihram tau!)

MAKLUMAN UMUM
  1. Sesetengah barang - harga di Malaysia jauh lebih murah, contohnya Pringles - di mekah harganya SR9! 
  2. Dobi di Madinah dan Mekah mengikut bilangan kain. Seluar track tebal sehelai SR10, jubah SR8 baju kurung SR16 (SR8/piece) - oleh itu penting untuk membawa baju yg tidak tebal!! Nasib baik tak hantar kain ihram !!!!
  3. Sila bawa charger dalam handbag- sebab boleh terus caj telefon dlam kapalterbang dan dalam bas! 
  4. Data 4G SR40. Saya tidak membeli sebarang simkad Arab, bergantung sepenuhnya kepada wireless hotel. Cuma 2 hari terakhir saya menggunakan data roaming Maxis.
 Tips:

  1. Ambillah buah2an dari hotel sekiranya ada berlebihan – boleh disedekahkan semasa di masjid
  2. Belilah gula-gula coklat dari Malaysia (Mydin) – boleh disedekahkan kepada kanak-kanak
  3. Belilah gula-gula Hudson/Hacks berlebihan dari Malaysia – boleh disedekahkan kepada Jemaah yang batuk
  4. Pinjamlah telekung/tudung/selipar jepun dari keluarga yang tidak pergi – mereka sama-sama mendapat pahala apabila kita menggunakannya apatah lagi di tanah suci.
  5. Bawalah makanan kucing dari Malaysia – di Madinah ada banyak kucing-kucing yang kurus dan kelaparan dan di sana saya tidak menjumpai makanan kucing. Kesian binatang kesayangan Rasulullah


1
4.   
5.      

Kisah Umrah - Persediaan Awal

Alhamdulillah, kami sekeluarga bersama ibu bapa telah berkesempatan untuk ke tanah suci bagi menunaikan umrah pada 23 November 2017 – 4 Disember 2017. Di sini saya ingin mencatatkan pengalaman dan persiapan saya sebelum, semasa dan selepas ke sana memandangkan saya juga agak kebingungan memikirkan persiapan sebelum berangkat.

Saya sekeluarga telah memilih pakej yang ditawarkan oleh Syarikat Rayhar dan syukur sekali lagi, kami sangat berpuas hati dengan pilihan tersebut. #UmrahRayhar

Setelah mengambil kira anak-anak yang bersekolah dan keadaan ibu saya yang mengalami masalah sakit kaki/lutut, kami membuat keputusan untuk memilih pakej cuti sekolah seperti berikut:
  1. Flight MAS KUL - Medinah; Jeddah - KUL 
    (Tetapi last minit sektor penerbangan balik ditukar Medinah - KUL)
  2. Kombinasi Hotel Medinah : Dollah Taibah & Hotel Mekah : Abdul Aziz Huait
  3. Kos pakej: RM7300/pax
Rakan-rakan mencadangkan untuk masuk Mekah dahulu agar dapat menyempurnakan ibadah umrah dan barulah ke Medinah untuk ziarah, dan ini lah pilihan asal iaitu untuk mengutamakan yang wajib terlebih dahulu. Tetapi Allah adalah yang mutlak menjadikan sesuatu, maka kami masuk Medinah dahulu... pilihan yang terbaik, kerana dapat menyediakan kami semua secara mental selama 3 hari di Medinah sebelum berangkat ke Mekah.


Persiapan Mental : Kursus Umrah
Perlu! Jangan ambil ringan setiap kursus... Alhamdulillah syukur, kami dapat hadir dalam 4 kali dan setiap kali hadir kami paksa anak-anak untuk mengikut sama.... walaupun kami rasa kandungan antara kursus-kurusus tersebut hampir sama, tetapi setiap kali pergi, ada juga benda baru yang dapat lagi.. dan semakin faham dan faham lagi... Jangan ponteng kursus!

Persiapan Fizikal
1. Suntikan Vaksin - kami dapat harga 'borong' di Klinik Qistina di Seri Kembangan RM130/pax. Boleh refer website Klinik Qistina atau ringkasan maklumat seperti di bawah:

SUNTIKAN JEMAAH HAJI & UMRAH

Suntikan Vaksin Meningococcal (Meningitis)- Bersama Buku (Harga Biasa - RM150 per suntikan/org)
Seorang -  RM150 per suntikan/org
Berdua - RM140 per suntikan/org
Lebih 3 org - RM130 per suntikan/ org


2. Jogging untuk melonggarkan urat dan sendi badan.
3. Minum air masak dengan banyak
4. Seminggu sebelum bertolak, mulakan mengambil vitamin C untuk semua orang.

Biarlah kita pergi dalam keadaan sihat - Jika sudah mula selsema dan batuk, tak seronok dan lesu untuk beribadah.

Bersambung untuk persiapan seterusnya...