Thursday, 18 June 2015

Bercuti ke Switzerland .. Bahagian 1

30 JUN 2015 : SWITZERLAND - THE BEGINNING

Lama sungguh teringin ke Swiss. Dari kecik memang selalu suka tengok background pada kalendar Kuda. Kalau tak gambar Alps, mesti gambar Kuekenhof kan! tapi aku memang sukakan Swiss..

Plan asal adalah percutian kami berdua sahaja ke Swiss selama 8 hari. Tapi, mengenangkan kesiannya anak-anak yang dah besar dan dah punya perasaan jika ditinggalkan, ok lah, bawa lah semua. Aku fikir, ini adalah masa terbaik untuk diaorang, Sofea dan Khadija sudah cukup besar untuk mengingati semua ini dan mereka masih kategori kanak-kanak, harga tiket mesti lebih murah. Haikal sahaja yang sudah bergelar dewasa. Keadaan kesihatan kami semua pun alhamdulillah dan diberi lagi rezeki kelapangan masa.. Duit tu, aku pejam mata korek simpanan.. kalau tak buat macam ni, rasanya tak sampai kami ke sini.

Plan di ubah.. dari berdua - kepada berlima... dan Plan Swiss jadi lah Plan Europe.. bagi memperkenalkan anak-anak kepada budaya dan kota di Eropah.

Peta perancangan perjalanan dan keseluruhan kos kasar yang terlibat
Perancangan bermula seawal bulan Ogos 2014, dengan aku mencari tarikh cuti sekolah pada tahun 2015. Oleh kerana masa tu terlalu awal, KPM tidak dapat memberikan tarikh jangkaan cuti sekolah bagi tahun 2015. Maka terpaksalah aku membuat kajian tarikh cuti-cuti sekolah pada tahun-tahun sebelum dan menjadi nujum Pak Belalang.. Alhamdulillah, nujuman ku tepat !

Perancangan ke dua adalah membeli tiket kapalterbang. Berdasarkan nujuman tarikh cuti sekolah, aku telah nekad membeli tiket seawal bulan Oktober 2014. Ini untuk memastikan plan ini benar-benar berjaya. Setelah tiket dibeli, nak tak nak, rancangan ini mesti dijayakan!!


Bermula dari situ, aku cari info dari blog-blog untuk percutian ini... Terima kasih kepada traveller tegar yang sudi berkongsi kisah dan pengalaman mereka... Aku banyak rujuk blok Kaki Berangan, rossdowsen dan  Chawannauntuk route dan tips bagi trip ke Switzerland. Rasanya aku memang khatam habis part Swiss ni. Highlight percutian ini adalah Switzerland. Yeayy!


Kisah bermula apabila kami tiba di Paris. Paris adalah "pintu pegi-balik" bagi kembara Eropah kami sekeluarga.
Setibanya di Paris, kami terus mencari kereta api yang akan membawa kami ke Geneva. cuaca di Paris, Masyallah, sejuknya. 

video





Untuk memudahkan urusan, kami mengambil teksi sahaja untuk membawa kami dari lapangan terbang CDG ke stesyen kereta api Gare De Lyon. Jangan takut ambil teksi mahal, rupanya bila ber-5 ni lebih jimat dari ambik bas atau tren! Kelebihan Along untuk berbahasa Prancis amat membantu dalam berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Alhamdulillah...



 Dari Gare De Lyon,  kami menaiki TGV Lyria untuk ke Geneva. Tiket dah dibeli awal-awal dengan harga yang agak murah di website "Capitain Train" 3 bulan sebelum tarikh perjalanan. 3 jam masa dalam kereta api, aku cuba melawan rasa mengantuk - sebab sayangkan pemandangan di kiri kanan yang cantik. Cuma agak ralat kerana tren ini agak 'buruk' dan sempit - tidak seperti gambar yang digoogle.. apa boleh buat, redha je la... 

Tren juga agak sempit dan menyukarkan kami untuk menyimpan 3 beg lugej yang besar dan berat tu.


Tips 1: Kena cepat-cepat naik untuk ambik ruang simpanan beg yang terhad.  
Tips 2: Travel light!!

Sepanjang perjalanan, pemandangan sebelah kanan tren lebih menarik, yang membentangkan ladang-ladang yang menghijau yang sangat mengkagumkan... 
Nak tido pun aku segan sebenarnya - segan dengan mamat yang dok setentang jambu gila.. hahaha...

Alhamdulillah... Kami tiba di Geneva 3 jam kemudian... Stesyen di Geneva agak besar, dan aku terus ajak Along and the kids menuju ke pejabat SBB Switzerland untuk membeli Swiss Pass.


Adegen yang paling tak dapat dilupakan di Geneva adalah kami berputar memusing kawasan setempat mencari apartment Airbnb kami... Aku pun tak tahu la kenapa aku cepat panik sepanjang berada di negara orang ni. Boleh alamat rumah aku tak confirm betul-betul! Aduyai... Lepas tu nak kol, takut bil naik... at last beli je local simcard (Lycamobile) yang berharga CHF5 dan topup sebanyal CHF10! Itu pun suruh orang kedai convenience tu yang masukkan bagai!

Dalam dekat-dekat 2 jam tak jumpa cari rumah (di kawasan yang sama) baru la Allah bukakan jalan yang benar. Haduyai... tapi syukur Alhamdulillah, rumahnya sangat selesa dan cantik!! View rumah juga menghadap sungai yang bertingkat sangat menenangkan hati-hati yang panas lagi hangat sebab sesat!!
Kami kerugian dalam RM100 sebab dah beli tiket untuk pusing-pusing dalam bandar Geneva.. tapi dah sebab sesat, semua orang dah tak sanggup keluar rumah dah...!


TIPS PALING PENTING: 

TUKARLAH SIMKAD ANDA KEPADA LOCAL TELCO !
Aku guna Lycamobile.. rasa berbaloi sangat sebab boleh digunakan di 4 negara dan hinga balik Malaysia, masih ada lagi baki dari mula-mula beli topup 10 Euro tu!!!

Bersambung ke Bahagian II  :  Geneva dan Golden Panoramic Express!


4 comments:

spartacus craze said...

Salam, boleh share Apt Airbnb yg puan stay tu?
zettyezhard@live.com

Misz Aein said...

menarik! Kalau ada rasa nak bercutike mana-mana lagi, boleh hubungi mereka ini untuk dapatkan tawaran pakej yang menarik.

http://www.pakej-percutian.com.my

BTS said...

saya akan ke swiss juga.. boleh komen itenary nanti tak
www.blog2shout.blogspot.com

Yaya :) said...

Salam, boleh tau puan stay kat apartment mana? Plan nak ke sana jugak nanti

Post a Comment