Thursday 3 October 2013

Tak habis-habis dengan hiburan

Miz maleh nak kongsikan rasa hati ni kat FB.. kang masak kena kutuk "macam bagus" dan "anti sosial". "Macam bagus" tu dah cover segala macam jenis kutukan wokeh.
Oleh kerana ni blog sendiri, Miz boleh tulis la apa yang terbuku di hati kan.. kalau orang nak marah pun, marah la kan.. hehehe... peduli apa Miz, dok? I CCL je, atau - "Couldn't care less".

Wokeh, memula sekali - apasal kebanyakan orang Melayu, di Malaysia ni - suka sangat dengan program realiti? Bukan semua, tapi macam kebanyakan, betul tak..?
AF? Ok la.. 3 siri pertama boleh lah terima.. tapi sekarang ada lagi AF...?? Come on!
Raja Lawak... ? Haduhai...Please la...
~ ~ kan Miz dah kata memang teruk kena kutuk kalau share benda ni kat FB!!

Nampak sangat Astro AMAT memanupulasi minda rakyat dan menyogoknya dengan program program sampah macam ni (Pergh - Program sampah tu Miz label).

Cuba tengok Ninja Warrior atau American Ninja Warrior. Tu program yang menggalakkan peserta untuk mengamalkan cara hidup sihat, bersenam, tahan lasak... survival skill.
Amazing Race - nak masuk Amazing Race pun kena tubuh badan yang sihat, kalau tak termengah mengah berlari dik Non... dan sebaiknya peserta perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan geografi tentang negara, budaya dan adat resam tempat-tempat perlumbaan tersebut.

AF, Raja Lawak, Mentor, Gangstar, Showdown, One in a Million, Vokal Bukan Sekadar Rupa - nak muntah dah... pertaruhkan rupa dan suara yang tak seberapa. Buang masa je tengok.
 ~ ~So far ada orang dah marah ke. sorry ek. Menyatakan pendapat Miz dengan seikhlas rasa sahaja.
Lain lah kalau kualiti suara dan showmanship diaorang setaraf dengan The Voice. Itu - worth watching.

Please lah, kita terbahak bahak ketawa dan bertepuk bersorak dengan program reaiti ni,  bangsa lain bertepuk tangan je tengok kita syiooookkk sendiri membuang masa dengan perkara-perkara tak menbangunkan minda ni.
Bangga gila mak bapak anak masuk reality show hiburan ni. 
"Minta maaf, boleh beri laluan tak, anak saya ada appointment untuk program realiti ya" 
Gitu!

Cuba ambik sorang peserta yang masuk reality show Raja Lawak serta sorang peminat tegar reality show Mentor - tanya apa pendapat dia dan bagaimana dia boleh mengatasi kesan kenaikan harga barang di peringkat mikro dalam bentuk isi rumah dia sahaja.
Agak agak dia paham tak soalan tu sebelum nak nilaikan jawapan dia.
Tanya lagi, apa sumbangan dia sebagai individu untuk mengurangkan kenaikan suhu dunia.
Tanya juga, jenis pemimpin bagaimanakah yang dia inginkan untuk diri sendiri?
Silap silap dia bagi jawapan politik...
Dia tau tak kat Tanzania tu ada apa? Mesti jawapan orang hitam, binatang dan savanna (tu pun kalau tau apa tu savanna)
Macam mana nak bagi jawapan yang bernas kalau otak tak boleh fikir jauh skit dari kepompong hiburan tu...

Belum lagi masuk bab sejarah dunia. Sejarah perjuangan Tanah Melayu pun tak berapa pas. Macam mana nak lahirkan rakyat yang patriotik.. dan menghargai negara sendiri,
 
~ ~ Miz dah bagi warning posting kali ni "Macam la dia baguzzz sangat"..

Well - Memang itu lah sikap orang kita kan.. orang cakap lebih skit mesti kena cop "macam la dia bagus sangat"..

Just my two-cents view.

Jangan mare.

2 comments:

Arisa Lucifiria said...

GOOD post. Malaysia is filled with shitty society. All they care about is doing terrible and worthless matter and just recently, the Tunjuk Ajarku Sifu commercial just popped out asking for more people to come by if they wanted to be singer. Seriously? All Malaysian would cared about is singing, dancing and making preposterous jokes? This land is sickening. Of course, I'm not talking about the entirety of Malaysian but just like you had believed in, almost every Malaysian like to intervened in useless demeanor. And hey, those that were angered at you before on Facebook for posting up something like this are just ridiculous. They couldn't accepted the truth and wanted to swayed in the world's current convention of negativity. You are one of the salvaged one and keep it that way.

Elle said...

afezeria miku... it's sad... we're still at the level of third world mentality, where in real truth, the third world people - through hardship and oppression, have better wisdom than us.

Post a Comment