Friday 4 October 2013

Anak yang berkeyakinan

Kalau dah tengah rajin boleh je buat entries berderet-deret :-)

Sabo ek, kali ni entry Miz adalah berkongsi dari website lain.. 
Miz google topik ni "Raising confident kids" sebab topik ni timbul masa Miz berwapsek dengan kawan-kawan.

Masing-masing menyatakan anak-anak sama ada dalam Tahun 1 ke, Tahun 2 atau Tahun 3 masih bermasalah untuk menyatakan "Tidak" kepada kawan-kawan.

"Anak I kalau kawan minta barang dia, sayang macam mana pun dia bagi je... lepas tu kalau balik rumah cakap dengan ayah dia sebab takut kalau cakap dengan I kena marah".
"Anak aku pun sama, pencil kaler yang baru beli, dia buka kat KAFA, budak-budak pakat ambik dia tak kata apa-apa pun.. balik rumah nangis kata kawan ambik. Bila aku tanya - dia kata masa keluarkan pensil warna, kawan-kawan datang kat meja, memula tengok lepas tu ambik".
"Anak aku pun.... asyik kena pow duit dengan budak sekelas dia... sampai tak makan sebab duit tak cukup.. aku geram betul.. yang dia bagi wat per.."

Kalau anda adalah seorang ibu atau bapa, mesti topik ni macam pernah dengar kan....

Itu lah puncanya - anak-anak tak reti nak kata TAK BOLEH..

TAK BOLEH la, nanti saya tak cukup duit nak makan.... 
Awak JANGAN ambik pensel saya, nanti saya nak kaler dengan apa... 
saya suka la eraser awak, wangi, warna warni, bagi saya boleh tak? TAK BOLEH. NI saya punya. Kalau awak nak, awak suruh la mak awak belikan.

Pergh. Dengar ayat macam tu pun dah rasa yakin...apatah lagi ayat ayat itu penuh dan melimpah ruah dengan keyakinan diri.

Kenapa anak-anak kita kurang keyakinan diri ek...

Rasanya kita pun ada kelirukan diaorang kan... selalu bagitau - tak baik kedekut...kena la share barang Kakak...  nanti orang tak nak kawan dengan kakak sebab kakak kedekut.
Kan kan kan...??
Kita ni macam sentiasa nak berbuat baik dan dipandang baik oleh orang lain kan... hehehe
Dan orang suka kita tu penting...kan kan kan... sampai ke tua perangai ni lekat.

Jadi, macam mana nak bina keyakinan diri anak-anak? Berdasarkan website kat atas, ni antara point yang diberikan oleh pengarang:

1. Puji dia sorok-sorok tapi sebenarnya bagi dia dengar.
2. Jangan lagi kata "Dia ni pemalu skit.." dengan kawan-kawan kita atau dengan tetamu.
3. Kita tolong dia mulakan perbualan. Lepas tu balik rumah, ulang item (1), iaitu puji dia sorok-sorok tapi dia boleh dengar.
4. Masukkan sekali adik beradik lain dalam puji-pujian tu. Contohnya: Eee... comelnya adik ni, pipi tembam muka sweet sangat.. baik betul lah dia. Kita tambahkan ayat : Ha'ah, dia ikut kakak dan abang dia semua macam tu, comel dan baik-baik semua. Sampai besar semua nya boleh harap.

Miz selalu buat kesalahan no. 2...  perlu buang sikap tu.

Jom kita bina anak yang berkeyakinan!!!

0 comments:

Post a Comment