Thursday 26 September 2013

Renew Permit Bibik

Miz tiap tiap tahun renew permit bibik.. tapi tiap tiap tahun juga lah asyik lupa je..so, kali ni Miz abadikan kat sini, untuk rujukan masa depan sesiapa dan diri sendiri juga.

Ada 2 cara:
1- Guna servis MyEg - yang ni rsanya mesti senang, tapi Miz tak pernah cuba lagi.. sapa pernah cuba boleh share - untuk tahun depan :-)

2- Pegi ke Imigresyen.
As for me, since di Putrajaya - pegi la pejabat Immigresyen tu.. dekat je dan parking pun senang. Jangan parking merata nanti kena saman. Parking kat padang. Free je.

Perlu siapkan:
i. Bank draf RM495 (rate 2013) atas nama KETUA PENGARAH IMMIGRESYEN MALAYSIA.
ii. Surat doktor (FOMEMA) kalau maid masih baru, and since maid Miz dah tahun ke-8 kat sini, takde lah isu FOMEMA tu..

that's all!
Pegi ke tingkat 2; beratur di kaunter pertanyaan, dan nyatakan tujuan - pegawai bertugas akan bagi nombor.

Nombor tersebut adalah untuk pembayaran levi.
Lepas bayar, kaunter pembayaran soh pegi ke kaunter 1 atau 2. tu untuk tampal sticker.

Kat kaunter tampal sticker tu, tunggu sampai pegawai dia ada, then serahkan passport maid dan Pegawai berkenaan akan bagi nombor.
Dia kemudian akan masuk ke 'dalam' untuk buat kerja-kerja menampal sticker.
Bila siap, dia akan kembali ke kaunter dan panggil nombor ombor yang dah siap.

Bila dah dapat passport semula, semak butiran, semak sticker dan kalau semua OK, boleh blah kay...

Less than 1 hour.

0 comments:

Post a Comment