Monday, 19 June 2017

Cuti-cuti Pulau Perhentian II

21 - 22 March 2017

Kali ni repeat lagi Pulau Perhentian sebab semua orang suka! Dan Pakcik Mie finally had his confidence in the water - yeay!

This time a bit wiser, kami stay di hostel yang sama, tapi tak ambik pakej yang standard. Terus je ambik pakej untuk snorkeling dan main pantai. I think this worked out for us just marvelous !

Pakej 2H1M (SeaLife Inn)- Return Tickets, Snorkeling & Beach Trip and Accomodation (Meals on our own) - RM170/pax.

Tips 1: Tak perlu ambik full board - kedai makan yang sedap-sedap banyak di Perhentian (Pulau Besar). Sedia sahaja ongkosnya dong!

Tips 2: Boleh sewa underwater camera dengan hotel/chalet. Saya dapat sewa camera Minolta dengan harga RM100 sehari. Kualiti gambar - sangat memuaskan! Yang penting - tiada risiko ke atas kamera handphone saya sekiranya menggunakan "waterproof casing" !

Agenda 21 March 2017:
1. Bot bertolak sekitar jam 10 pagi - perjalanan 35 minit
2. Sampai je kat SeaLife, terus deal untuk underwater camera!
3. Snorkeling trip jam 11.30 pm - 2.45 pm

* Kami sangat bernasib baik sebab pada hari sebelumnya tidak hujan - maka hari tersebutnya air sangat jernih!



 


Air sangat jernih! Coral kaler purple ni adalah tempat tinggal 'Clown Fish' @ NEMO

4. Selesai agenda snokerling - boatman hantar balik ke pantai - tapi sebelum tu minta tolong dia tunjukkan area mana boleh mandi - sebab persisiran pantai banyak boat2 yang berlabuh - tak kan nak mandi manda celah-celah boat kan...  
5. Alhamdulillah tempat yang dia tunjuk ada privacy dan ada pokok yang bagi teduhan.
 
Perjalanan terpaksa menempuh matahari yang memancar terik!

Kawasan ni angle dia memang cantik ! 

5. Selepas tu, kami patah balik ke pantai untuk makan tengahari di warung yang buruk rupanya tapi sedap makannya! Siap ada kepok lekor dan goreng pisang yang entah berapa kali bertambah! 

 
6. Pulang ke Inn untuk membilas badan, solat dan kemudian aku dan Pakcik Mie turun untuk meninjau kawasan keliling pulau. Budak-budak semua dah pengsan dalam bilik!

 



Agenda 22 March 2017:

1. Teluk Keke, Perhentian Kecil
2. Bot bertolak sekitar jam 9 pagi - perjalanan 5 minit sahaja!
3. Boatman turunkan kami di sini, dan pick up jam 11 pagi. jam 12 kena check out dah.

 
Subhanallah! Cantik sangat kawasan pantai dan pemandangan di Teluk Keke ni! We got the beach all to ourselves because nobody was there at that time. Good timing!

Kawasan ini pantainya agak cetek dan dasar airnya agak 'berdebu'.



Kami berpindah port mencari yang paling sesuai! Akhirnya kami pilih tempat yang pasirnya halus, airnya tidak terlalu cetek dan banyak ikan!



Tips: Jangan lupa untuk membawa roti / biskut kering untuk diberi kepada ikan!
Tepat jam 11 boatman datang untuk ambil kami pulang, tapi macam tak puas pulak bermain di sini. Dalam 11.30 baru la naik dalam keadaan yang kurang redho! Masa tu, dah ada orang lain yang baru sampai, jadi, eloklah juga kami beredar meninggalkan syurga ekslusif yang dipinjam itu :-)


Kami terus balik - bersih diri - kemas bilik dan check out. settel balance payment. Rupanya life jacket tidak termasuk dalam harga untuk trip pantai ni - tapi lepas memujuk rayu tokey SeaLife, dia bagi jugak la diskaun.. 

Lunch dulu dan tunggu boat, ingatkan boleh tumpang yang jam 1 punya - tapi terpaksa ikut deal asal -jam 3. Jenuh menunggu. 


 
Akhirnya - selepas kira-kira 1jam40minit menunggu, bot kami sampai dan perjalanan pulang mengambil masa 30 minit sahaja.

Tips: Boat yang membawa kita pulang adalah sangat strict. Jika kita telah deal dengan agen untuk pulang jam 3, tidak boleh sesuka hati 'tumpang' trip boat yang lebih awal. Sebaiknya, pilihlah masa yang paling sesuai dan bersedialah di jeti pada waktu tersebut.


Selamat tinggal Pulau Perhentian, hingga kita ketemu lagi, insyallah <3 !

Nota:
Perjalanan dari KL adalah sama ada :
1. Memandu sendiri - lalu LPT atau Gua Musang
2. Naik bas - ambik stesyen Kuala Besut
3. Kapal terbang - pilih KUL-KBR lebih dekat.
Kemudian ambil sahaja teksi dari airport ke Kuala Besut. Cara yang paling mudah - tapi paling mahal :) 















 

2 comments:

Julia Tarmidi said...

perghh air jernih betul huhu

Miz Elle said...

Subhanallah - betul, jernih sangat!

Post a Comment