Sunday 15 May 2016

Video lagi - Switzerland

Aku rasa kecewa tak dapat cara lagi macam mana nak kongsikan video melalui gambar yang berkualiti... dalam kamera HF memang dah HD dan cantik. Nampaknya aku perlu lebih mendalami ilmu ni.

Anyway, aku juga ada uploadkan di dalam Vimeo, jika ingankan pandangan yang lebih jelas - di mana kualiti gambarnya jauh lebih baik dari You Tube...


https://vimeo.com/user23174822/videos

On the way back, perlu singgah Murren sekali lagi sebelum finally desending down to Lauterbrunnen Valley.. alamak, terspeaking pulak...








Aku rasa kerdil sangat di sini. Lembu meragut rumput di kawasan lembah di sebeah atas manakala anak sungai menuruni lembah ini dengan tenang. Rasa nyaman dan tenteram. Kalau kat Malaysia dah lama rasanya sungai ni orang mandi manda dan berkelah.


Bergerak keluar ke Zurich. Laluan yang memukau mata!




Ini adalah scene yang paling cantik sekali di laluan ini. Subhanallah, aku emo tau masa tu!

Video terakhir di Swiss... Memory phone aku dah full time tu! Memang rasa rugi sangat tak sediakan memory phone yang lebih besar!


Next - aku aku upload video di Amsterdam, Rome dan Paris... setelah aku jumpa kat celah mana ku save!
 

0 comments:

Post a Comment