Sunday 15 May 2016

Video Jalan-jalan dulu

Aku baru berpeluang nak upload video masa trip ke Europe tahun lepas.
Al kisahnya, ingat dah takde rezeki nak tengok video ni lagi.. sebab:
1 - aku tak ingat save kat mana
2 - aku rasa macam dah kena overwrite
3 - tak tahu nak cari kat mana

Banyak yang di save ke memory card phone sahaja, dan bila tukar baru ( bila dah penuh ), tak cara dah.
Tapi alhamdulillah, rupanya ada sebahagiannya aku dah transfer ke komputer ofis rupanya! Alhamdulillah.. Masih ada rezeki..

Masih mencari-cari video di Paris dan Amsterdam... Pelan pelan jumpa lah tu.. Insyallah..


Di sini aku abadikan memori indah tersebut. Entah bila ada rezeki untuk ke sana lagi....

Sayang pula kualiti video terjejas bila di "YOU TUBE" kan...

Masa mula-mula sampai CDG..


Gare de Lyon, tunggu train kami untuk ke Geneva.


Dari Geneva kami ke Zweissman,  untuk menaiki Golden Pass Panoramic Train, destinasi - Interlaken Ost.






 


Sampai di Lauterbrunnen, explore dulu kawasan sekitar sementara menunggu waktu untuk check in, jam 3 petang.

 


Ingat nak join sekali, tapi penih wehh!


Trip keesokkan harinya adalah ke Gunung Schilthorn, melalui pekan Murren.. yang sangat cantik dan lenggang dan sunyi sepi. Kami je kot yang bising..


Rasanya kalau lama skit dok sini, cepat je depa ni dapat pick up bahasa baru.. ni pun dah cukup happening..




Naik BLM Cable car.. Tengok keadaan puncak agak berkabus..


 

Singgah sebentar untuk menikmati kopi. 


Aktiviti di puncak, selain dari bergambar dengan salji (jakun kan, kena lah bergambar dengan salji!) adalah permainan di Galeri Agent 007..


0 comments:

Post a Comment