Monday 29 April 2013

Antara kerjaya dan keluarga



Mana lebih penting?

Bagi yang bekerja sendiri – mungkin persoalan tersebut tidak timbul -"You are your own bos"!
Yang makan gaji ni
Dalam hati berkata – kita kerja kerana keluarga, nak bagi kesenangan pada keluarga (dan juga pada diri kita sendiri – jangan nafikan hakikat itu)
Di mulut juga sering berbicara – “family comes first”.

Ye ke?

Tanggungjawab terhadap kerja – boleh diabaikan ke?
Amanah yang telah diberi – di tolak juga?
Hasil titik peluh memikul amanah ini lah yang diberikan pada keluarga, yang mengisi perut anak-anak.
Ketepikan amanah, abaikan tanggungjawab = bukan ciri khalifah yang baik, bukan Islam yang dituntut.

Macam mana?

Tuntutan kerjaya sering memerlukan pengorbanan.
Pengarah saya sering berkata – antara kerjaya dan keluarga –  DAHULUKAN kerja!
"Ya – kamu boleh pilih keluarga, TAPI INGAT – kamu akan bebankan orang lain untuk menjalankan tanggungjawab kamu!"
Tersentuh di hati – Dato' ni bukan Islam, tapi dia lebih muslim dari seorang Islam itu sendiri.

Ketua saya juga mengatakan benda yang sama – kalau tak boleh outstation sebab suami tak bagi –jangan kerja. Berhenti. Dok kat rumah boleh buat apa yang awak suka. Kalau nak kerja – buat cara orang yang kena kerja. Kerja ialah melakukan apa yang di arahkan dan apa yang diamanahkan.

Dulu saya adalah seorang yang memberontak bila dipaksa outstation sebab memikirkan anak-anak yang kecil dan tugas di rumah. Tapi, bila diri sendiri menjadi penyelia pada ibu-ibu muda ini, terasa beban “tarik tali” begitu bermasalah.

Tak nak pegi outstation.
Habis tu, tugas di cawangan siapa yang nak jalankan - The show must go on.
Bergilir dengan rakan setugas bila perlu kerja luar, adalah satu-satunya penyelesaian yang baik.
Tapi jika tiap kali memberi jawapan : “Suami saya kerja malam, tak ada orang boleh jaga anak. Nursery tak nak jaga baby malam". Macam mana ni?

Serahkan beban kepada orang lain untuk memikulnya =  saya ada kerja tapi saya tak nak buat kerja saya =  jangan kerja.

Ramai lagi orang yang benar-benar memerlukan kerja dan sanggup melakukan apa sahaja asal dapat kerja yang halal dan berkat.

3 comments:

Unknown said...

payahkan? duit nak, shopping nak, keje nak tapi byk sangat hal yg jadi penyebab supervisor sakit kepala. Betul kata Miz, kat luar sana, ramai lagi yg sanggup buat apa saja utk dpt keje. So..kalu rasa nak keje tapi tak mampu nak pikul tanggungjawab (keje kan amanah!), berenti lah dulu. Berniaga online ke hapa ke, pastu anak dah besar, cari lah keje balik. Rezeki tak ke mana kalau dah mmg itu bahagian kita.

Anonymous said...

betul.sy setuju..staff sy bru krj 6bln da wat kpla sndri..mmg kluarga utama..tp kerja itu 1tggungjwb jugak.jgn membebankan org laen dgn mslah kluarha...

Anonymous said...

keberkatan rzki yg kita dpt,kalu asyik beralasan dlm krj pun xleh jgak..

Post a Comment