Monday 21 January 2013

1M4U



Kisah (sedih?) dari blog HIP HIP HOOREY.
 
Masalah sejagat keluarga yang bekerja di Malaysia.Hantar ke nursery pun boleh tahan gak mahal. Jadi, sebenarnya mengambil pembantu bekerja di rumah lagi jimat. Pembantu tu akan buat ALL in one. Tapi, pembantu naik lemak la sekarang. Hukum ekonomi: DD > SS = tocang naik.

Patut orang-orang kita kena pandai ambil peluang beramal beribadat membantu keluarga yang memerlukan sambil berniaga. dapat untung skit2 cukuplah.. niat asal nak beramal dengan membantu kan.. sediakan perkhidmatan 'home manager' wanita tempatan.. kerja takat uruskan rumah jek. Anak lain cerita..

Masalah utama setiap rumah adalah CMS - Clothes Management System. Percayalah. Bertimbun baju tak berlipat. Basuh baju senang kacang. Sumbat masuk sabun tekan on. 20 minit siap. Nak melipat, nak susun, nak mengosok haduhaiii... merintih jiwa dan raga. Tapi jika ada bantuan dari pihak luar, sangat menjernihkan keadaan. Sekurang-kurangnya ibu-ibu bekerja ni bila balik rumah - baju dah siap basuh, berlipat, bergosok. Rumah dah wangi dan bersih.Kurang stress. Balik masak pun hati senang (lagi senang kalau dah beli lauk siap-siap). Ambik anak dari nursery boleh tumpukan masa bermain-main dengan anak. Spend quality time with them. Not the menjerit time.

1M4U. I am for you. Takde orang nak buat servis ni kaa... Besar pahalanya.

1 comments:

Cik Mek said...

Muahahahaa...betul tu!! CMS la yang bikin leceh! Bertimbun atas kosi rumah. Aduhaii. Takde nye orang kita nak buat 1M4U. Uhuhuhu..

Post a Comment