Tuesday, 22 January 2013

Asrama atau rumah ?


Dulu dapat result Penilaian Darjah 5, terkinja-kinja nak pegi sekolah berasrama penuh. Kawan-kawan semua mohon. Miz pun sama  naik seronok bawa balik borang untuk diisi. Penuh harapan. Tup-tup, mama tak kasi pegi sekolah asrama penuh. Down sangat. 

Lepas tu mama pujuk, dia kata “Anak Mama tak ramai, dua orang ni je.. kalau Elle pegi asrama, tinggal la Mama dengan Ayah sorang-sorang. Adik kecik lagi. Tak dapat Mama nak manja dengan anak Mama, esok-esok Elle dah besar tak boleh nak manja-manja dah”. 

Bagai disiram air salju, terus sejuk hati dan-dan tu jugak. Bila kawan-kawan dapat tawaran Miz tak rasa cemburu pun, sebab jawapan pada diri sendiri dah disemat dan dipegang dalam hati. Alhamdulillah, sekolah biasa dan tiggal di rumah pun SRP dan SPM cemerlang juga.

Sekarang Haikal.
Tahun 6, UPSR. Tahun depan dah masuk sekolah menengah. *Gulp* Cepatnya masa berlalu.
Rasa tak nak lepaskan anak tu belajar jauh-jauh. Miz dah rasa bibit-bibit kerinduan yang Mama rasa sewaktu masa dulu.

"Biarlah dia belajar berdikari"
"Di asrama, dia belajar disiplin diri, belajar pun teratur"
"Mana boleh tidur petang, aktiviti penuh sampai masa nak tidur"
"Senang tak bergaduh lagi pasal nak main komputer 24 jam"
 
Ayat-ayat yang diberikan oleh ibubapa yang menghantar anak ke sekolah berasrama penuh (Eceh.. macam la keputusan UPSR Haikal dah confirm 5A.. hihihii).

Walau bimbang emosi mengatasi rasional tapi biarlah anak ini tempoh di sarang lebih lama sebolehnya. Rasanya keputusan dah tetap dengan Along, apa jua keputusan Haikal, dok bawah ketiak ibu aja lah!

2 comments:

Deanna Aris said...

memang payah kan nak lepas kan anak2 jauh dari kita..hati seorang ibu kan..kalau anak takde depan mata asik risau je..asik pikir ape la yang dia tgh buat..huhu
Kisah Saya & Shaklee

Miz Elle said...

Deanna, betul.. pengalaman husbend 5 tahun di asrama, lepas tu masuk U dan kerja - dia jadi tak rapat adik beradik. Tak best pulak macam tu. Tapi tang disiplin, memang tip top lah! :-)

Post a Comment