Wednesday, 7 November 2012

Shopping dan Beramal


Nak tak shopping sambil beramal?

Shopping :

1 - Dapat barang kan.. Suka sangat!! Especially bila balik dan lambak-lambakkan then kawan-kawan dok gushing over the things kan... 

2 – Dapat kepuasan – satu macam feeling bila dapat barang tu.. Impossible to describe, hanya mereka dan kroni mereka sahaja yang memahami perasaan ini :-)

3 – Dapat penat. Yang overweight macam Miz ni of coz kaki rasa kebelai semacam sampai nak masak tak boleh dah (sila kaitkan - memasak dan berdiri)

4 – End of the month – dapat CC statement.. hahaha.. garu la kepala, cubit la lagi duit dah spare untuk maintenance rumah tu..

Nak tak shopping sambil dapat saham akhirat?
Harga – dijamin murah gila dari pasaran! Kat mana? Di Islamic Relief Malaysia - yang bertempat di Paragon Point, Bandar Baru Bangi.


Hasil keuntungan kedai Islamic Relief Malaysia Charity akan digunakan untuk  menjalankan program serta aktiviti amal dan kebajikan organisasi Islamic Relief Malaysia (IRM).  Jom kita bagi sokongan! Kita membeli, dapat berjimat (sebab harga murah) dan kita dapat beramal!



Pssstt.. Miz dapat teko tembikar cina kat sini lah!

My tembikar cina tea set

Rasanya ni gambar lama semasa pembukaan kedai.. got it from internet

Paragon Point. Kedai tu rasanya yang ber'papan tanda'kan hijau tu... rasanya lah.

Sunday, 4 November 2012

Extra Income


Selamat kembali ke meja kerja pada hari ini.

Nampak sangat desperate nak tambah duit kan.. hahaha.. dah dua kali entry pasai extra income nih. Well, yang baik, apa salahnya kita share kam.. Miz ada plot untuk cerita, tapi malas nak menulis. Sekarang kan musim orang filemkan novel-novel cinta yang gempaks lagi mencairkan hati. Ombak Windu. Adam dan Hawa. Nowa Elana (er, buku ke tu? Yang pasti Aron Aziz kannn). Sapa nak plot boleh je contact Miz untuk dapatkan jalan ceritanya (amboi perasannya akuuuu!) banyak dalam kepala otak Miz. Tak boleh la share kat sini, nanti korang berebut story board story line pulak.. isyy tak baik gaduh-gaduh sehh.. malu jadi macam Lopa n Alna tu (whoops!) Tak pro langsung. Nanti korang dah femes jgn lupa jemput Miz ke tayangan perdana, dapat dok depan jadik ler.. paling kurang sebelah Aron. Kalau Aron takde, sebelah Abang Body pun Miz tak berkira sangat :-P

Miz kena outstation sampai Rabu. Rasanya tak de peluang nak update dalam masa tu. Almaklumlah.. HP Miz pun paling kelas dapat MMS je.. hehehe...






Ain @ Kak Ain - dah banyak noval dia, best jugak. JR Rowlings ni memang hebatlah - Harry Porter semuanya di wayangkan.

Friday, 2 November 2012

Jiwang karat


Bizi, tak sempat update on time.

Jangan marah kalau Miz guna istilah nih. 
Bercinta tu indah, rindu tu mengasyikkan dan khayalan itu melalaikan. Nape Miz kata gitu? Sebab kalau dilamun cinta ni, asyik teringat je orang tu.. asyik terfikir je masa depan dengan dia.. Satu kerja pun tak sempurna bila dok teringat kat si dia. Kalau dapat berjumpa tu kan, senyum ni tak payah cakap lah.. bagai ke telinga rasanya meleretnya.  Tak payah jumpa la, dapat dengar suara pun dah cukup berbunga hati ni, kaki bagai di awangan je bila dah letak talifon (letak talifon = dulu guna fixed line hokeh). Tak keruan sekejap. Tak betol? Ini adalah analisis dari apa yang pernah kita sendiri rasa, time muda belia tengah bercinta dulu (Once upon a time). Mungkin orang lain rasa lain, Miz tak tahu lah..  tapi perumpamaan mengatakan – “Makan tak kenyang, mandi tak basah” rasa in general begitu lah perasaaan bila tengah hangat bercinta.

Tapi, rasanya – lebih bermakna jika berserdahana bila bercinta. Contohnya: kalau kita suka makan aiskerim, tengah suka tu kita akan asyik makannn je… makan pun dengan gelojoh dan lahap sekali. Kejap je habis aiskerim tu. Tapi, kalau aiskerim tu dinikmati perlahan-lahan, makan sikit then simpan peti ais. Makan lagi skit. Keenakkan dan keseronokan tu dapat dinikmati lebih lama. Lagi ‘meaningful’. 

Kan.

Jangan masa bercinta semua benda nak share. Semua perkara nak buat. Semua perkara kena sekarang. Tak best lah. Kalau jadi. 

Kalau tak jadi?

Pembaziran emosi dan tenaga. Juga wang ringgit.