Kamus DBP:
Hobi = kegemaran (spt
mengumpulkan setem dll) yg diamalkan pd waktu lapang.
Minat = keinginan
(kesukaan, kecenderungan) kpd sesuatu
Trend = perkembangan
rentetan kejadian (amalan dll) yg seolah-olah menuju ke suatu arah
Miz pernah :
- Belajar menjahit baju smocking budak (dapat la buat 3 helai!)
- Belajar sulam riben dengan Puan An
- Hadiri kelas buat cup cake dengan Lynn Hassan
- Belajar buat cake dengan Zati d Hati(kat Pekan, Pahang nu)
- Hadiri kelas buat cheese cake
- Hadiri kelas buat roti
- Hadiri kelas buat macaroon
Sekarang – dah start menggatal nak ‘lakukan
sesuatu’. Rasanya macam lately ni asyik browse mesin jahit je. Ehem.
Tak tahu la benda-benda yang Miz
buat ni sebenarnya kategori apa. Adik Di kata kategori “gelenyar” - istilah orang pantai timur untuk “miang” atau “gatal". Hahaha.. Betul lah tu! Sebab semua yang dipelajari, tak jauh perginya.. lebih
kepada bersifat – ingin tahu.
- Oh, macam ni rupanya hias cupcake..
- Oh resepi ni rupanya sedap buat cup cake..
- Oh, tak susah sangat rupanya buat sulam reben..
- Oh, cerewet juga nak jahit baju budak rupanya.. Oh, penat rupanya buat smocking patut la mahal..
- Alamak, tak berbaloi la buat macaroon ni, baik beli je kalau nak..
Dan bila rasa gatal
menjelma (more likely tonik rajin timbul), Miz boleh buat menda-menda tu semua
(cehwah eksyen pulak). Sekarang ni nak sambung browse mesin jahit.
"I haven't find my
calling" omputih kata.
Ehem.
2 comments:
Eh? Mahal sangat ka ingredient macaroon? Ka rumit nak buat dia? Kalau beli mahal gila la..
Mr Doc, main ingredient ground almond, tapi yang mahal lagi adalah proses nak buat tu! Silap2 tak jadi! Tapi kalau ramai2 nak makan - murah lagi buat sendiri... kalau nak hilangkan "mengidam" beli lagi jimat, boleh pelbagai warna dan perisa.. :-)
Post a Comment